Followers

Friday, December 10, 2010

JAMBORI NISA’ SELANGOR 2010




TARIKH :17-19 Disember 2010/11-13 Muharam 1432H

TEMPAT :
Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES)
Permatang Pasir, 42700 Banting, Selangor.

MASA :
Jumaat (petang) – Ahad (tengah hari)

SASARAN PESERTA :
Remaja perempuan Islam (13-18 tahun), rakyat & penduduk di Selangor

PENGENALAN
Program Jambori NISA’ Selangor ini adalah merupakan program tahunan anjuran Nisa’ Selangor, dan pada tahun ini adalah merupakan penganjuran buat kali yang ke 2 dengan bertemakan ‘I’M PROUD TO BE A MUSLIM’. Penganjuran program ini adalah sebagai salah satu sumbangan kecil Nisa’ Selangor dalam usaha mendidik masyarakat terutamanya golongan remaja, selaras dengan motto NISA’, ‘Penghubung Generasi Muda’.

OBJEKTIF
· Melahirkan rasa cintakan Islam dan bangga menjadi muslimah.· Memantapkan jati diri peserta agar mempunyai daya tahan untuk terus tetap berakhlak dengan akhlak Islam dalam suasana pengaruh persekitaran yang pelbagai.
· Membimbing peserta ke arah menjadi individu muslim yang peduli (mahu mengambil tahu) dan mampu berperanan sebagai duta kecil Islam kepada masyarakat di sekelilingnya dalam usaha menyampaikan mesej dakwah Islam.
· Membina dan mengukuhkan ukhuwwah Islamiah di antara peserta dengan ahli Nisa Selangor.
· Memperkenalkan Nisa’ Selangor sebagai suatu organisasi yang aktif melaksanakan pelbagai bentuk program dalam usaha menghubungkan generasi muda agar lebih dekat kepada Islam.

BENTUK PENGISIAN PROGRAM
· Ceramah dan diskusi dua hala.
· Slot khas bersama Imam Muda Asyraf http://www.imamudasyraf.com/v1/
· Aktiviti bermodul dalam kumpulan kecil dengan
· bimbingan intensif fasilitator.
· Praktikal dan pemantapan amalan ibadat sunat (solat fardhu berjemaah, Qiamullail, solat sunat Dhuha, bacaan Al Quran, bacaan Al Mathurat dll).
· Melibatkan peserta sebagai imam solat, pengerusi majlis, ketua kumpulan dan lain-lain.
· Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM).

nak join?
sms / hubungi kak shida : 017.224 8987 / 013.315 0515






1 comment:

simpleshida said...

salam menjengah..
aik..plagiat ni..ehhee..

promot..promot..
masih open utk penyertaan PESERTA.
sape yg ada adik-adik..jiran tetangga, sepupu sepapat, setaman..sekampung yg remaja girl umur 13-18thun..

ajak..moh le.. pakat p Jambori Nisa' Selangor ;) murah aje. yuran RM35.

slot..mmg best. ada LDK, main games, jumpe ikon IMAM MUDA ASyraf.. ;) jln2 ke kampung..pantai..

jom... cpt seat limited edition ;)
heehehhe...

psst..jumpe nti ek, kak jie =D