Followers

Thursday, December 16, 2010

Hari-hari dalam minggu pertama...

First week. Hari pertama dah dapat assignment. Begitu juga dengan hari kedua. Kembali menyesuaikan diri di alam kampus dan kehidupan ber'assignment'. Huhu... 

Sem ini, buat pertama kalinya ada kelas jam 5 petang. Sejak masuk gombak ni tak pernah lagi ada kelas selepas pukul 5. Terpaksalah, dah jadual macam tu, nak buat macam mana. Subjek LE 4000. Sebelum ni EAP, sekarang dah jadi EAW, English Academic Writing. Banyak lah kerja nak kena buat ni. Arab dan BM dah lama habis belajar, tinggal english je yang belum settle. Subjek core-course pun makin tough je rasa. Kena struggle sungguh-sungguh la jawabnya. Risau sangat ni.

Masa pre-reg EAW sebelum cuti hari tu, tak ada kawan yang register sekali pun. Ingatkan tak ada geng la kat dalam kelas tu. Sekali bila masuk, ramai muka-muka yang dikenali rupanya. Budak-budak HS jugak, cuma major lain-lain sebab campur. Tapi still kawan-kawan sendiri juga. 

Next sem (short sem) dah start praktikal. Tapi sampai sekarang belum decide lagi nak buat kat mana. Dilema sungguh. Buat istikharah dulu lah. *thinking...thinking...thinking*

Hari jumaat ni ada briefing untuk student yang akan buat praktikal short sem nanti. Hari jumaat ni juga ada kelas EAW. Biasanya memang tak ada kelas pada hari jumaat. Tapi subjek ni petang selasa (dahla pukul 5 sampai 6.30 petang) & jumaat 8.30 pagi. Redha jelah. Kalau dapat jadual yang tak best pun, terpaksalah mem'best'kannya jugak. Huhu... Tapi so far masa first class lecturer masuk hari tu ok je, madam tu best. :)

Baru je siap assignment kawan kakak yang saya kena check balik tu. Lama kot nak buat. Lepas ni berderet la assignment nak kena buat. Kebanyakan lecturer dah sebut dalam kelas cuma belum bagitau detail lagi tentang tugasan tu. It's normal, campus life la katakan. Bila dah grad nanti mesti rindu suasana ni. Sebabnya, dulu tak sabar-sabar nak masuk U, nak keluar sekolah, tapi bila dah keluar rindu pulak kat sekolah. Kan, kan, kan? 

Masa mula-mula masuk matrik (cenfos PJ), culture shock juga. Firstly, of course sebab campur brothers & sisters. Yelah, kat sekolah dulu kan semua perempuan. Lama-lama makin ok, boleh adapt dengan environment dan sistem pembelajaran kat sana. Tapi bila dah masuk gombak pun, culture shock lagi sekali. Salah satunya sebab ikhtilat, pergaulan. Rindunya zaman sekolah dulu. T_T

Saja membebel la ni.

Semalam sangatlah sakit kepala. Tak tau kenapa. Biasanya saya buat tak tau je. Tak suka bergantung pada ubat, tak nak biasakan. Tapi rasa macam menyengat semacam je. Harap-harap bukan migrain lah. Silap haribulan kalau melarat tak pasal-pasal pulak tak pergi kelas nanti, naya je. 

Maka saya pun dengan terpaksa dan tawakkal telah menelan panadol. Huhu... Lepas tu terus men'syahid'kan diri. Sampai tak bangun sahur pun, sedar-sedar je dah subuh. Padahal on je alarm. Tapi tak bangun juga. Isk.. Pagi-pagi pula asyik bersin je beberapa hari ni, hidung buat hal lagi..sabar jelah.

Maaf tak ter'reply mesej puan insyirah. Akak kelam-kabut sikit (sikit je) masa 1st day. Bila nak jumpa lagi ni? Maaf juga tak ter'reply mesej aqilah, don't worry dear, jie ok je. Kalau ada masa nanti datanglah UIA ye. :)

Jangan lupa pakat-pakat puasa 10 muharam ye. Tak taulah bangun sahur tak nanti ni. Kalau asyik tidur lewat macam mana lah nak bangun awal kan? =_='

Nak kongsi sikit info ni. Selamat berpuasa! ^_~

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Berpuasa sunat pada 10 muharam akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya."
[Hadis riwayat Muslim]

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI……. Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud. Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

No comments: