Dah habis cuti! Esok start kelas.
Sudah masuk hari ketiga saya berada di UIA, sampai 3 hari lebih awal. Sedih. Bukan sedih sebab balik UIA, tapi sedih sebab dah tinggalkan rumah. Err, ada beza ke? Huhu... Azlina ada hal terpaksa balik awal, maka saya pun 'ter'balik awal jugak. Nanti tak ada kawan pulak nak balik sekali. Tak ada masalah pun balik seorang sebenarnya, tapi..berdua lebih baik, kan? ;)
Dulu, kadang-kadang balik dengan fadhilah, adakalanya bertiga. Tapi sejak dah bertukar status tu, mana boleh kacau isteri orang lagi. Jadi, memang pergi atau balik UIA sentiasa dengan azlina sekarang ni. Na, awak jangan nak kahwin awal pulak ye! Tunggu habis belajar dulu. :P

Tak best kalau tak ada kawan. Memang biasanya kalau nak ke mana-mana saya akan berteman, kalau berjalan jauh la. Tapi tengok keadaan jugak, kadang-kadang redah je sorang2 pun, tak kisah. Dengan syarat tak payah bagitau mak, nanti risau pulak ibu saya tu. :)
Walaupun dah dewasa (yang belum matang), ibu saya anggap saya tak berapa dewasa lagi kot. Hehe... Dah nak masuk suku abad usia saya tahun ni, kalau ikut bulan Islam lagi lah, 10 safar nanti dah cukup 24 tahun. Tua dah rasanya..isk..T_T

Tiba di greenwood before subuh macam biasa. Sampai UIA dah masuk waktu subuh. Ada roommate LIDV sebab dia tengah ada program, jadi boleh balik ke bilik terus. Cuba teka apa first thing yang saya buat lepas masuk ke bilik dan letak beg? Jeng..jeng..jeng.. Sapu lantai! Berhabuk betul bilik..huhu... Lepas tu baru solat subuh, kemas-kemas semua...
Nasib baik cafe dah buka. Belum ada stok makanan lagi di bilik selain keropok dan kek coklat. Adik-adik baru tengah taaruf week, mestilah cafe buka. Ada juga beberapa orang sahabat-sahabat yang balik awal. Tak adalah sunyi sangat UIA ni.
Level saya ni pun dah ada orang. Ok la tu kalau ada dengar bunyi bising-bising, orang berjalan, buka tutup pintu, whatsoever. Kalau duduk sorang2, sunyi, tak ada orang, memang tak boleh bertahan lama lah! Ni pun rasa nak jerit je dalam bilik. Sori la kak imah, saya call akak lepas tu jerit-jerit pulak, lepas tension kat akak. Tapi takpe, sebagai kakak yang baik, akak kena bersabar dengan adik kan? :P
Nasib baik jugak ada kerja yang perlu dibuat. Kena check kan assignment kawan kakak, phD pulak tu. Adeh. Semak interview yang telah dirakam, dengar balik, dan semak apa yang ditulis berdasarkan temubual tersebut. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi jugaklah. Lagi-lagi kalau cakap laju dan tak clear, yang setengah jam pun boleh jadi 3 jam baru siap. Sebab nak kena ulang-ulang dan dengar banyak kali. Baru siap 2 setengah, ada lagi 2 setengah belum settle. Juga sedang menyiapkan tudung puan insyirah. Baru siap jahit satu, ada lagi satu belum jahit. Takpe, yang tu sekejap je.
Dah masuk tahun akhir ni, semakin risau pulak rasanya. Dahlah result tak best. Sedih betul. Hm..takpe, yang tu dah berlalu, lepas ni cuba lagi untuk improve. Insyaallah. Jangan sedih-sedih lagi ye, jie...(pujuk diri sendiri)
First week biasanya masih sibuk dengan add-drop. Kalau yang dah settle tu alhamdulillah, boleh proceed dengan kelas macam biasa.
Weekend nanti dah start terlibat dengan program. Err, saya yang melibatkan diri dengan program tu sebenarnya. Baru je balik dah ada program. Sambil isi masa, cari pengalaman, tambah kawan. Kalau kat rumah tu, usah kata pergi program, keluar rumah pun tak. Kecuali masa pergi pahang hari tu jelah. Susah sikit nak keluar bila duduk rumah ni. Masa cuti, kenalah bercuti, habiskan masa di rumah. Huhu...

Tahun lepas dah jadi fasi untuk Jambori Nisa' Selangor. Masa tu first time JNS, buat dekat Bukit Lagong, saya seorang je dari UIA, nasib baik abang hantarkan. Best! Tidur dalam khemah, bukan selalu boleh tidur dalam khemah ni. Next week pun insyaallah terlibat sebagai fasi lagi. JNS kali kedua. Biasanya fasi-fasi yang terlibat ni daripada student IPT area selangor, kakak-kakak yang dah kerja pun ada. Memang bertambah lagi la sahabat-sahabat bila join program macam ni.
Masih lagi berada dalam fatrah awal muharam, baru saja bermulanya semester baru, dan tidak lama lagi akan melangkah ke tahun baru masihi. Semoga tahun baru dan semester baru akan menjadikan kita seorang yang 'baru' juga dari segi akhlak+peribadi+ibadah+etc. (untuk diri sendiri terutamanya) Berubah tidak semestinya pada tahun baru, kerana perubahan itu sentiasa perlu, untuk sentiasa menjadi lebih baik. Doakan saya. :)

3 comments:
slamat berkuliah jie..miss u!!
semoga berjaya jie...moga ALLAH permudahkn sume urusan mu...aminnn...
Ziarah adik solehah Jie =)
Sudah mula sem baru ya, smg sukses mengiringimu dik..
Ukhwah Fillah =)
Post a Comment