Untuk bulan-bulan yang seterusnya pun saya sudah mendapat jemputan. Insyaallah andai tiada apa-apa halangan saya akan bersama-sama meraikan hari bersejarah sahabat-sahabat yang lain.
Khamis, 3 Feb 2011
Lepas zohor, k.jie datang jemput saya. Then kami ke rumah k.ain, ayah k.jie hantar dengan kereta. Lama juga duduk di rumah k.ain, dalam 2 jam. Ingatkan nak pergi terus ke tempat kejadian, rupa-rupanya lepas asar baru bertolak. Panjang ceritanya kalau nak tulis semua. Pendek cerita macam tu lah.
Dalam 5.30 lebih kami bertolak dari rumah k.ain. Saya, k.jie, k.ain, dan encik driver nya adik k.ain. Ada la body guard seorang untuk jaga kakak-kakak ni. Hehe. Memandangkan ada dua orang "JIE" yang jadi penumpang di belakang, asyik tanya je "JIE" mana satu bila k.ain sebut "JIE". Alahai...
Sebenarnya jerteh dengan kota bharu tak jauh mana pun, dalam sejam atau tak sampai sejam perjalanan. Tapi sebab ada tunggu orang, sekejap nak jumpa kat tempat tu, sekejap nak jumpa kat tempat ni, beberapa misscommunication berlaku menyebabkan sedikit kelewatan dalam perjalanan.
Kami solat maghrib di masjid hadhari. Cantik masjid tu. Akad nikah selepas isya'.
Dah jumpa pengantin lelaki di masjid, tapi bukan nikah kat situ ye. Saya pergi ni dengan rombongan sahabat-sahabat sebelah pengantin lelaki. Join batch k.jie dan k.ain. Tapi, pengantin perempuan tu ex-roommate saya tau! (◡‿◡✿)

Sepatutnya akad nikah di rumah pengantin perempuan, tapi ada sedikit masalah di pihak tok kadi maka akad nikah dijalankan di rumah beliau. Maka, kami ke rumah pengantin perempuan dulu untuk menjemputnya ke rumah tok kadi. Nasib baik tak jauh sangat. Yelah, naik kereta kan, bukan jalan kaki.
Cantiknya azie! Sweet sangat, dik...
Dengan sekali lafaz, mereka sah sebagai suami isteri. Alhamdulillah.
"Tahniah azie, semoga bahagia sampai akhir hayat." saya memeluk azie usai akad nikah dan bacaan doa.
"Terima kasih, k.jie. Berdebar ni." azie senyum segaris. Manis.
"K.jie pun tolong berdebar untuk azie jugak tau." pelukan dileraikan. Yang lain-lain sudah mula melangkah keluar. Perlu bergerak ke rumah pengantin perempuan. Tapi saya dan k.jie yang menumpang k.ain terpaksa pulang dulu. Memang azie beria-ia ajak kami singgah dulu, tapi memang terpaksa balik terus. Perjalanan masih jauh. Maaf ye, dik. Huhu...
Sampai di rumah dah tengah malam. Ma dengan abah memang dah tidur pun. Tapi adik belum tidur lagi.
Terima kasih k.ain dan encik driver adik k.ain tu sebab sudi hantar sampai ke rumah. Takkan nak tinggal tepi jalan pula kan? :P Terima kasih juga sebab belanja makan. Tak dapat hadir ke majlis perkahwinan (esoknya), dapat pergi majlis akad nikah pun dah sangat bersyukur. Sebab dapat tengok detik-detik bersejarah tu.
Nasib baik boleh tumpang sekali. Lepas ni tunggu giliran k.jie dengan k.ain la pulak. Kamu kan sudah grad. :)

~tahniah azie & rauf~

No comments:
Post a Comment