Followers

Sunday, June 26, 2011

Amanah yang perlu dijaga.

“Akak sihat?”


“Tak”.

“Pergi klinik tak?”

“Tak”.

“Dah makan ubat?”

“Tak”.

“Jaga kesihatan tu.”

“Suka hatilah.”

“Jaga amanah Allah, badan tu Allah bagi pinjam je.”

“Err..baiiikkk.” -_-"

Dialog di atas adalah perbualan saya dengan seorang adik. Terima kasih sebab ingatkan akak. Terima kasih sebab banyak bersabar dengan akak yang tak dengar nasihat awak dan kuat merajuk. :P

Alhamdulillah sudah bertambah sihat, cuma batuk belum berhenti, macam makin teruk je. Suara masih normal, harapnya kekal normal. Huhu...

Bermula dengan adik yang demam, kemudian saya dan adik lagi seorang, malah ibu saya juga. Kasihan ibu saya yang masih batuk berterusan. Err, saya juga. Tak pergi klinik, tak makan ubat, masih minum air sejuk, malah ais. Elok sangatlah tu, buat ‘ubat'. Jangan tiru macam saya ye! :D

Sesetengah orang, lebih mudah untuk bersabar dalam musibah, tetapi tewas bila 'diuji' dengan nikmat kesenangan, lupa untuk bersyukur. Bersyukur dengan nikmat sihat, bersabar dengan 'ujian' sakit. Kalau nak dihitung-hitung, cuma berapa detik saja saat kita sakit, jika nak dibandingkan dengan kesihatan yang Allah anugerahkan-sepanjang masa! 

Kalau dah jatuh sakit, dan Allah izinkan untuk sakit, kena redha lah. Muhasabah bersama, moga jadi kifarah dosa. Tapi janganlah saja-saja cari penyakit, membahayakan kesihatan dan memudaratkan diri sendiri, itu lain cerita. 

Hari selasa minggu lepas, saya cuti sehari. Serius tak larat. Tapi tak pergi klinik pun, huhu..(tak larat+malas). Hari rabu ok, hari khamis tak ok balik. Demam. Tangan dah sejuk macam baru keluar dari peti ais. Adeh~ Cuma pergi kerja separuh hari, itu pun memang tak buat apa-apa di pejabat. 

Sebenarnya saya tak berapa suka bergantung pada ubat. Memanglah kena ikhtiar, tapi kalau berehat je pun dah cukup, maka tak perlulah makan ubat lagi kan? Hehe.


*Tukar topik jap*

Tahniah untuk kedua-dua sahabat saya, rabi'atul akmalia (ba') dan faiz yang selamat melangsungkan perkahwinan semalam. Se'course' dan sekelas, elok sangatlah tu. ^^,

Maaf tak dapat hadir kerana kondisi kesihatan yang tak mengizinkan. Huhu~




~May Allah bless both of you until Jannah, ameen~

Sunday, June 19, 2011

Cara menjahit niqab arab.

Copy gambar-gambar ini dengan izin, daripada salah seorang kenalan di fb. :)














Lebih selesa memakai niqab seperti ini (cuma ada warna hitam) berbanding niqab biasa. Selalunya jahit niqab biasa guna tangan je, tak pakai mesin jahit. Setakat ni belum pernah buat niqab macam ni, sangat teringin nak jahit sendiri. Lepas ni bolehlah try kot. Selamat mencuba! ^_^


Friday, June 17, 2011

Cinta hatiku. ♥◕‿◕♥


Ya Allah, berikanlah ibu balasan yang sebaik-baiknya atas didikan ibu padaku dan pahala yang besar atas sayang yang ibu limpahkan padaku,
peliharalah ibu sebagaimana ibu memeliharaku.
Ya Allah, bila maghfirah-Mu telah ibu kecapi sebelumku,
izinkanlah ibu memberi syafaat untukku.
Tetapi jika maghfirah-Mu kukecapi lebih dahulu,
maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk ibuku,
sehingga kami semua berkumpul bersama di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.


Selamat hari lahir yang ke-60 buat permaisuri hatiku...
Redhamu yang kuharapkan untuk meraih redha Ilahi... 
Ya Allah, 
panjangkan usianya dalam kerahmatan, 
murahkan rezekinya dalam keberkatan, 
jadikanlah kami anak-anak yang soleh solehah untuknya...
"Ya Tuhan kami,ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku serta kasihanilah ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu masa kecilku... Ameen..."

Thursday, June 16, 2011

Tudung labuh.

Bila sebut tudung labuh, tak semestinya tudung yang dipakai itu tudung bulat. Betul. Asalkan labuh. Tapi saya lebih selesa bertudung bulat sejak 11 tahun lepas. Alhamdulillah.

Kagum dengan sahabat-sahabat yang masih istiqamah dengan tudung labuh sehingga sekarang, apatah lagi yang bukan berasal dari sekolah agama, tapi memilih untuk berubah berubah atas inisiatif sendiri. Doakan saya juga, semoga mampu istiqamah sampai bila-bila, biiznillah.

Bila kahwin, macam-macam jenis tudung dapat dilihat, yang tak pernah dipakai pun ada. Tapi, masih kagum dengan yang mampu istiqamah, dan tidak keterlaluan bertabarruj (berhias dan bermekap). Apatah lagi yang berniqab, even semasa akad nikah. Tak mudah tu (pengalaman sahabat-sahabat).

Dari dulu, saya suka melihat orang yang berjubah dan bertudung labuh (bukan merujuk kepada diri sendiri ya). Tak tahu kenapa, tapi saya suka tengok dan suka pandang. Kadang-kadang kalau terserempak atau berselisih di mana-mana dengan orang yang berpakaian begini, walau tak kenal, saya akan senyum. Dan dia akan membalasnya. Ada juga yang beri salam. :)

Pertama kali berjubah dan bertudung labuh memang buat saya rasa selesa, rasa selamat, dan lebih terjaga. Pengalaman sahabat-sahabat pun, kebanyakannya juga begitu. Lebih-lebih lagi bila berpurdah.

Sebenarnya, tak kisahlah pakai macam mana pun, asalkan cukup syarat menutup aurat, bukan membalut aurat. Bertudung pun, tak semestinya menutup aurat. Mungkin juga lebih kepada berfesyen. Masing-masing boleh tanya diri sendiri, tanya hati sendiri, kenapa bertudung. Kenapa ye? :)

Dah lama terfikir pasal ni. Sebabnya, sangat banyak gambar-gambar walimah di facebook sekarang (dan banyak juga menghadiri majlis walimah). Bila dah bergelar pengantin, memang cantiklah. Berseri.

Tapi, dalam banyak-banyak pakaian raja sehari, saya paling suka tengok yang bertudung labuh, terutamanya tudung bulat. Lebih cantik, pada mata saya lah. Sejuk mata memandang. Juga yang tak bermekap tebal. Cantik yang asli tu lagi cantik. Cantik pada mata saya. ^^,

Semoga baitul muslim yang dibina disirami sakinah, mawaddah, warahmah. Ameen.

Baru saja menghadiri walimah mereka baru-baru ini. Cerita penuh dan gambar-gambar lain ada di sini.

Itu saja. Sekadar pandangan peribadi saya. Berfesyen tak salah, asalkan tak langgar syariat. Berhias juga tak salah, asalkan tidak keterlaluan. Kalau silap tolong betulkan. Wallahu'alam.

*artikel tentang kewajipan bertudung*
*kisah perkahwinan sahabat saya yang berniqab*

"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.."
(An-Nur: 31)

Monday, June 13, 2011

♥ Wahai Kekasih ♥




Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis ku tak berair mata

Namun hati tetap gembira 
Syafaatmu menanti disana

Sungguh tabahnya hatimu
Menanggung derita yang melanda
Biarpun perit pedih tersiksa
Kerana umat kau tempuhi jua

Wahai rasul kaulah segalanya
Contoh terbaik umat akhir zaman
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai rasul kami merindui
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
Manis senyumanmu penawar hiba
Dihati kami kaulah segalanya

Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis ku tak berair mata

Namun hati tetap gembira 
Diakhirat kita kan bersua..

Friday, June 10, 2011

Sabar itu cantik.

Melihat kembali conversation saya di YM dengan seorang adik, terasa ingin publish di sini. Buat modal update blog. Asyik copy paste je... :P

Adakalanya lebih mudah menasihati orang lain berbanding diri sendiri. Err, selalu terjadi begitu. -_-"

**********************************************************************

Adik: Orang balik kerja letih. Baru nak naik, kawan suruh orang angkat kain. Org buat, orang letih, tapi orang macam nak marah. Orang betulkan niat masa angkat kain. Cuma dia kata orang nak mengamuk, boleh pulak. Orang dah cuba tajdid niat orang, dia mana tau. Mungkin orang nampak masam muka sebab orang letih balik kerja.  Sebab dia tak nak turun bawah, minta orang tolong... Allah... 

Saya: Ok, faham. Fasobrun jamil. Sa’i comey, sabar tu cantik, tambah sabar, mesti lagi cun. ^^ Anggap je Allah nak didik hati dan uji keikhlasan. Benda remeh, nak marah-marah, time letih dan penat, tengah emo, senang setan nak cucuk tu.

Adik: Orang cuba buat biasa masa bagi baju tu. Ok la, my bad la. Adoi... tak payah cakap orang nak mengamuk pun takpe. Simpan kata-kata tu dalam hati. Orang dah tak nak ingat dah.

Saya: Sa’i kata dah tajdid niat. Allah nak uji lebih sikit je, melalui kata-kata kawan sa’i tu, as simple as that.

Adik: Oh ye tu,hu...

Saya: Kan? Husnuzzon dengan Allah selalu. Reminder for me myself jugak.

Adik: Ai ai sir^^ gud word =)

Saya: Yang bercakap akan diuji dengan kata-kata sendiri. That’s why, reminder untuk diri sendiri jugak.

**********************************************************************
Acapkali nasihat yang ditujukan kepada orang lain lebih perlu ditujukan kepada diri sendiri. Sedar atau tidak, Dia juga banyak 'menegur' dan 'menasihati' saya melalui perantaraan orang-orang di sekeliling, melalui cara yang saya tak pernah terfikir. Sehingga ada masanya membuatkan saya termalu sendiri.

Bila ada orang buat kita marah, panas hati, sakit hati, kecil hati, mungkin Dia nak didik kita untuk jadi lebih sabar. Kalau tak diuji, macam mana nak tingkatkan kesabaran, kan? Selalu kita doa, minta jadi orang yang sabar, minta dimasukkan dalam golongan orang-orang yang sabar, maka bersabarlah. Mujahadah. Memang tak mudah, memang payah, tapi usahakanlah.

Saya masih, sedang dan terus berusaha ke arah itu. Sambil nasihat orang, saya juga ingatkan diri sendiri. Semoga Allah kurniakan kesabaran yang tinggi untuk saya, kamu, dan kita semua. Fasobrun jameel. Senyumlah, walau sakit, walau pedih. :)

“FASOBRUN JAMIL ( Maka bersabar itu lebih indah ). 
Dan hanya kepada Allah tempat memohon pertolongan." 
(Surah Yusuf: ayat 18 )

Beberapa minggu kebelakangan ini, ayat "fasobrun jamil" sering menjadi penguat semangat saya. Bertahan, jie! :) Hanya Allah yang tahu~ 

Bila belek-belek tafsir, memang banyak ayat yang menyebut tentang sabar. Bila terbaca tentang sirah para nabi, lagi terasa kerdilnya diri. Cuma diuji dengan sedikit musibah, tapi terlalu cepat mengeluh berbanding muhasabah. Sama-sama koreksi diri.


"Dan jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu"
(Surah Ali-Imran: ayat 120)
"Dan bersabarlah..sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
(Surah al-Anfal: ayat 46)
"Dan Allah menyukai orang2 yang sabar"
(Surah Ali imran: ayat 146)
Sabar itu cantik. Sabar itu cantik. Sabar itu cantik.
Jom sama-sama jadi 'cantik'! ^_^
"Aku tidak peduli, sekalipun semua manusia benci, 
selama Engkau redha, dan memang inilah puncak harapanku..."

~Put your trust in Allah~




Wednesday, June 8, 2011

APA BARANG CIUM BINI DEPAN ORANG

Agak meriah jugalah bulan Jun tahun ini. Macam tahun-tahun sudah agaknya. Sana sini orang berkenduri sakan menyambut pasangan pengantin. Cukup meriah.

Muda mudi di perantauan pun ramai balik. Ada yang balik sebab nak makan kenduri, ada juga yang balik sebab nak anjurkan kenduri. Boleh tahan juga ramainya yang balik mahu jadi tuan punya kenduri. Mudah-mudahan bahagialah anda semua dengan pasangan masing-masing.

Kali ini saya bukan nak bercerita tentang fenomena orang di perantauan yang balik kahwin. Bukan juga tentang orang yang tak merantau dan bakal berkahwin.

Saya cuma ingin menulis tentang beberapa fenomena dalam bab majlis kahwin yang tak seronok dipandang mata.

Bab bersanding sudah banyak dibahas orang. Bersanding bukan daripada ajaran Islam. Kalau dikatakan adat pun, adat yang rosak. Ini jelas kerana dalam amalan tersebut wujud unsur maksiat, di mana si perempuan menayangkan rupa dan kecantikannya untuk dilihat oleh sekian ramai orang. Sengaja tayang.

Walhal, tayangan tersebut tiketnya hanya untuk suami. Apa barang bagi tiket percuma biar semua orang tengok? Tak ada 'umph' lah hantaran dan mahar yang kita bagi.

Itu satu bab.

Sebelum bab bersanding, ada satu bab yang selalu kita terlepas pandang, iaitu dalam majlis akad nikah. Waktu sebelum akad nikah, si pengantin perempuan duduk bersimpuh elok, dengan gaya malu-malu, dikelilingi keluarga dan sanak saudara.

Si pengantin lelaki bersila gagah depan pak imam. Dengan sekali lafaz, mereka sah bergelar suami isteri. Alhamdulillah.

Setakat itu biasanya tak ada masalah.

Apa yang menjadi masalah adalah selepas acara tersebut. Ok, sarung cincin. Si pengantin perempuan pun datanglah bersalam dengan si pengantin lelaki. Dengan gaya malu-malu, si pengantin lelaki begitu macho kelihatan menyarung cincin ke jari isterinya. Sekeliling mereka orang galak melihat dan memerhati, termasuk jurukamera yang sememangnya tidak akan melepaskan scene-scene menarik untuk dirakam.

Kemudian? Dah sarung cincin dan bersalam, kenalah cium-cium. Semua yang ada di sekeliling galak mengusik. Ada juga yang beriya-iya supaya si suami mencium si isteri. Jurukamera pula sudah bersiap sedia untuk scene yang paling istimewa.

Lalu si suami pun ciumlah isterinya. Cium dahi. Ada juga yang cium pipi. Lama sikit, sebab ramai yang nak tangkap gambar. Syahdulah agaknya suasana tersebut. Masakan tidak, pengantin baru tampak begitu romantik di hadapan semua orang.

Kemudian acara meja makan. Suap menyuap pula. Detik-detik tersebut wajib dirakam kata mereka. Iyalah, kahwin kan sekali seumur hidup. Lalu bersuap-suapan lah mereka dengan disaksikan oleh semua mata yang memandang.



Apa Barang?

Saya dari dulu tidak pernah bersetuju dengan adegan-adegan tersebut. Mungkin ada yang panas telinga bila isu begini ditimbulkan. Mungkin ada yang beranggapan saya terlalu keras dan tak sporting.

Harus diingat, saya di sini tidak menghukum halal atau haram. Tetapi saya katakan ; apa barang cium-cium bini depan orang? Apa barang suap menyuap depan orang?

Tak kiralah hari akad nikah ke, hari berkahwin ke, yang penting adegan tersebut tidak patut sama sekali dibuat di hadapan orang.

Alah, cium dahi je pun!

Bukan soal tempat mana yang dicium. Soalnya, sifat malu kena jaga. Adab depan orang kena jaga. Macam mana nak ada keberkatan, kalau begitu rupanya permulaan?

Suami dengan isteri di hadapan orang sama sahaja dengan lelaki dan perempuan lain. Depan masyarakat, adab pergaulan kena jaga. Kalau anda pergi ke kedai makan, tiba-tiba ada satu pasangan suami isteri di meja sebelah. Berpegangan tangan , kemudian si suami tanpa segan silu mencium isterinya padahal orang sekeliling melihat.

Agak-agak, apa anda akan cakap?

Ish, mana ada orang buat macam tu. Pengantin baru yelah.

Pelik kan? Pengantin baru buat tak ada masalah, sebab baru. Tapi pengantin lama, janggal jadinya. Sebabnya mudah. Mindset kita menetapkan demikian. Kita yang menganggap perkara itu sebagai perkara biasa, lalu kita membolehkan.

Tetapi saya tidak. Dan saya tahu, pendapat saya dikongsi oleh begitu ramai orang bujang yang tidak seronok melihat adegan tersebut dalam majlis perkahwinan, terutama melibatkan orang agama.

Setakat sarung cincin, bersalaman cium tangan sudahlah. Potong kek sama-sama pun tak ada masalah. Salam cium tangan, ok lagi. Tapi bab cium-cium, suap menyuap , simpan sajalah dalam rumah. Romantik ke tidak, untuk apa ditonjolkan kepada orang?

Bimbangnya, orang yang melihat bukan seronok, sebaliknya meluat. Jadi sebaiknya, jauhilah adegan-adegan sedemikian. Kadang-kadang, yang menyuruh lebih sudu dari kuah. Saya masih ingat waktu akad nikah saya dahulu, ada juga suara-suara yang suruh cium dahi isteri. Tetapi saya tak endahkan.

Saya punya isteri, hari ini jadi tanggungjawab saya. Kalau timbul dosa, saya yang kena, bukan yang galak menyuruh. Meraikan tidak salah, tetapi biarlah berpada-pada. Apa yang penting, kita nak cari keberkatan dalam berumahtangga.

Cium bini depan orang? Apa barang!


Sekian.

Sumber di sini, entri berkaitan boleh baca di sini. Peringatan untuk semua. Wallahu'alam.


Sufygirl: Rasa macam lebih selesa untuk bercerita di blog kedua, makanya banyak entri copy paste di sini. Update juga kan? :) 

Monday, June 6, 2011

Puisi Sufi Rabi’ah Al Adawiyyah



Dua cinta ku serahkan padaMu
Cinta berkuntum hasil ingatanku padaMu
Dan cintaMu sejati kerana Kaulah kemuncak Cinta
PadaMu berpulang jua
Berkuntum dari inginku berpulang jua diriku
ingatanMu
Tidakku benarkan cintaMu tersasar
Peri datangMu bilamana Kau ingin tanpa waktu, sesuka hatiMu
Mengangkat tabir hatiku melihat kehadiranMu
Tiadalah puji dari aku padaMu, tiada puji dariMu padaku
Melainkan
Segala puji bagiMu jua yang ini dan yang itu…

Rehat hatiku wahai kawan hanya di dalam khalwah sunyi sendiriku
Dan di sini kasihku hadir bersama
Tiada ingin lagi ku pinta lebih dari kehadiranNya
Dan cinta KasihNya

Kerana cinta kasih padaNya aku diuji di maya fana
Di mana saja aku berada indah WajahNya bersama
Kiblatku DiriNya, tujuku HalaNya
Wahai mati aku kerana cinta jika cintaku tidak diterima
Kepada manusia aku hanya batangan keparat, binasa, hina, tiada berguna

Wahai Hakim sanubari, penawar segala kesakitan
Rindu berpulang padaMu jua
Gantikan hidup ini; benarkan aku merapatiMu
Biar hilang rasa rindu sehilangnya, biar sembuh luka hatiku hingga ke lubuknya
Wahai Dikau, cahaya riang hatiku, sinar hidupku, hanya kerana
Dikau adanya aku dan, kemabukan ceria hatiku
Ku palingkan wajah dari kejadian demi bersatu denganMu
Dari awal hingga ke akhir
Rangkaian Sastera Sufi, Baharuddin Ahmad, ISTAC IIUM