“Akak sihat?”
“Tak”.
“Pergi klinik tak?”
“Tak”.
“Dah makan ubat?”
“Tak”.
“Jaga kesihatan tu.”
“Suka hatilah.”
“Jaga amanah Allah, badan tu Allah bagi pinjam je.”
“Err..baiiikkk.” -_-"
Dialog di atas adalah perbualan saya dengan seorang adik. Terima kasih sebab ingatkan akak. Terima kasih sebab banyak bersabar dengan akak yang tak dengar nasihat awak dan kuat merajuk. :P
Alhamdulillah sudah bertambah sihat, cuma batuk belum berhenti, macam makin teruk je. Suara masih normal, harapnya kekal normal. Huhu...
Bermula dengan adik yang demam, kemudian saya dan adik lagi seorang, malah ibu saya juga. Kasihan ibu saya yang masih batuk berterusan. Err, saya juga. Tak pergi klinik, tak makan ubat, masih minum air sejuk, malah ais. Elok sangatlah tu, buat ‘ubat'. Jangan tiru macam saya ye! :D
Sesetengah orang, lebih mudah untuk bersabar dalam musibah, tetapi tewas bila 'diuji' dengan nikmat kesenangan, lupa untuk bersyukur. Bersyukur dengan nikmat sihat, bersabar dengan 'ujian' sakit. Kalau nak dihitung-hitung, cuma berapa detik saja saat kita sakit, jika nak dibandingkan dengan kesihatan yang Allah anugerahkan-sepanjang masa!
Kalau dah jatuh sakit, dan Allah izinkan untuk sakit, kena redha lah. Muhasabah bersama, moga jadi kifarah dosa. Tapi janganlah saja-saja cari penyakit, membahayakan kesihatan dan memudaratkan diri sendiri, itu lain cerita.
Hari selasa minggu lepas, saya cuti sehari. Serius tak larat. Tapi tak pergi klinik pun, huhu..(tak larat+malas). Hari rabu ok, hari khamis tak ok balik. Demam. Tangan dah sejuk macam baru keluar dari peti ais. Adeh~ Cuma pergi kerja separuh hari, itu pun memang tak buat apa-apa di pejabat.
Sebenarnya saya tak berapa suka bergantung pada ubat. Memanglah kena ikhtiar, tapi kalau berehat je pun dah cukup, maka tak perlulah makan ubat lagi kan? Hehe.
*Tukar topik jap*
*Tukar topik jap*
Tahniah untuk kedua-dua sahabat saya, rabi'atul akmalia (ba') dan faiz yang selamat melangsungkan perkahwinan semalam. Se'course' dan sekelas, elok sangatlah tu. ^^,
Maaf tak dapat hadir kerana kondisi kesihatan yang tak mengizinkan. Huhu~
~May Allah bless both of you until Jannah, ameen~


No comments:
Post a Comment