Melihat kembali conversation saya di YM dengan seorang adik, terasa ingin publish di sini. Buat modal update blog. Asyik copy paste je... :P
Adakalanya lebih mudah menasihati orang lain berbanding diri sendiri. Err, selalu terjadi begitu. -_-"
**********************************************************************
Adik: Orang balik kerja letih. Baru nak naik, kawan suruh orang angkat kain. Org buat, orang letih, tapi orang macam nak marah. Orang betulkan niat masa angkat kain. Cuma dia kata orang nak mengamuk, boleh pulak. Orang dah cuba tajdid niat orang, dia mana tau. Mungkin orang nampak masam muka sebab orang letih balik kerja. Sebab dia tak nak turun bawah, minta orang tolong... Allah...
Saya: Ok, faham. Fasobrun jamil. Sa’i comey, sabar tu cantik, tambah sabar, mesti lagi cun. ^^ Anggap je Allah nak didik hati dan uji keikhlasan. Benda remeh, nak marah-marah, time letih dan penat, tengah emo, senang setan nak cucuk tu.
Adik: Orang cuba buat biasa masa bagi baju tu. Ok la, my bad la. Adoi... tak payah cakap orang nak mengamuk pun takpe. Simpan kata-kata tu dalam hati. Orang dah tak nak ingat dah.
Saya: Sa’i kata dah tajdid niat. Allah nak uji lebih sikit je, melalui kata-kata kawan sa’i tu, as simple as that.
Adik: Oh ye tu,hu...
Saya: Kan? Husnuzzon dengan Allah selalu. Reminder for me myself jugak.
Adik: Ai ai sir^^ gud word =)
Saya: Yang bercakap akan diuji dengan kata-kata sendiri. That’s why, reminder untuk diri sendiri jugak.
**********************************************************************
Acapkali nasihat yang ditujukan kepada orang lain lebih perlu ditujukan kepada diri sendiri. Sedar atau tidak, Dia juga banyak 'menegur' dan 'menasihati' saya melalui perantaraan orang-orang di sekeliling, melalui cara yang saya tak pernah terfikir. Sehingga ada masanya membuatkan saya termalu sendiri.
Bila ada orang buat kita marah, panas hati, sakit hati, kecil hati, mungkin Dia nak didik kita untuk jadi lebih sabar. Kalau tak diuji, macam mana nak tingkatkan kesabaran, kan? Selalu kita doa, minta jadi orang yang sabar, minta dimasukkan dalam golongan orang-orang yang sabar, maka bersabarlah. Mujahadah. Memang tak mudah, memang payah, tapi usahakanlah.
Saya masih, sedang dan terus berusaha ke arah itu. Sambil nasihat orang, saya juga ingatkan diri sendiri. Semoga Allah kurniakan kesabaran yang tinggi untuk saya, kamu, dan kita semua. Fasobrun jameel. Senyumlah, walau sakit, walau pedih. :)
“FASOBRUN JAMIL ( Maka bersabar itu lebih indah ).
Dan hanya kepada Allah tempat memohon pertolongan."
(Surah Yusuf: ayat 18 )
Beberapa minggu kebelakangan ini, ayat "fasobrun jamil" sering menjadi penguat semangat saya. Bertahan, jie! :) Hanya Allah yang tahu~
Bila belek-belek tafsir, memang banyak ayat yang menyebut tentang sabar. Bila terbaca tentang sirah para nabi, lagi terasa kerdilnya diri. Cuma diuji dengan sedikit musibah, tapi terlalu cepat mengeluh berbanding muhasabah. Sama-sama koreksi diri.
"Dan jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu"
(Surah Ali-Imran: ayat 120)
(Surah Ali-Imran: ayat 120)
"Dan bersabarlah..sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
(Surah al-Anfal: ayat 46)
(Surah al-Anfal: ayat 46)
"Dan Allah menyukai orang2 yang sabar"
(Surah Ali imran: ayat 146)
(Surah Ali imran: ayat 146)
Sabar itu cantik. Sabar itu cantik. Sabar itu cantik.
Jom sama-sama jadi 'cantik'! ^_^
"Aku tidak peduli, sekalipun semua manusia benci,
selama Engkau redha, dan memang inilah puncak harapanku..."
~Put your trust in Allah~


No comments:
Post a Comment