Followers

Thursday, June 16, 2011

Tudung labuh.

Bila sebut tudung labuh, tak semestinya tudung yang dipakai itu tudung bulat. Betul. Asalkan labuh. Tapi saya lebih selesa bertudung bulat sejak 11 tahun lepas. Alhamdulillah.

Kagum dengan sahabat-sahabat yang masih istiqamah dengan tudung labuh sehingga sekarang, apatah lagi yang bukan berasal dari sekolah agama, tapi memilih untuk berubah berubah atas inisiatif sendiri. Doakan saya juga, semoga mampu istiqamah sampai bila-bila, biiznillah.

Bila kahwin, macam-macam jenis tudung dapat dilihat, yang tak pernah dipakai pun ada. Tapi, masih kagum dengan yang mampu istiqamah, dan tidak keterlaluan bertabarruj (berhias dan bermekap). Apatah lagi yang berniqab, even semasa akad nikah. Tak mudah tu (pengalaman sahabat-sahabat).

Dari dulu, saya suka melihat orang yang berjubah dan bertudung labuh (bukan merujuk kepada diri sendiri ya). Tak tahu kenapa, tapi saya suka tengok dan suka pandang. Kadang-kadang kalau terserempak atau berselisih di mana-mana dengan orang yang berpakaian begini, walau tak kenal, saya akan senyum. Dan dia akan membalasnya. Ada juga yang beri salam. :)

Pertama kali berjubah dan bertudung labuh memang buat saya rasa selesa, rasa selamat, dan lebih terjaga. Pengalaman sahabat-sahabat pun, kebanyakannya juga begitu. Lebih-lebih lagi bila berpurdah.

Sebenarnya, tak kisahlah pakai macam mana pun, asalkan cukup syarat menutup aurat, bukan membalut aurat. Bertudung pun, tak semestinya menutup aurat. Mungkin juga lebih kepada berfesyen. Masing-masing boleh tanya diri sendiri, tanya hati sendiri, kenapa bertudung. Kenapa ye? :)

Dah lama terfikir pasal ni. Sebabnya, sangat banyak gambar-gambar walimah di facebook sekarang (dan banyak juga menghadiri majlis walimah). Bila dah bergelar pengantin, memang cantiklah. Berseri.

Tapi, dalam banyak-banyak pakaian raja sehari, saya paling suka tengok yang bertudung labuh, terutamanya tudung bulat. Lebih cantik, pada mata saya lah. Sejuk mata memandang. Juga yang tak bermekap tebal. Cantik yang asli tu lagi cantik. Cantik pada mata saya. ^^,

Semoga baitul muslim yang dibina disirami sakinah, mawaddah, warahmah. Ameen.

Baru saja menghadiri walimah mereka baru-baru ini. Cerita penuh dan gambar-gambar lain ada di sini.

Itu saja. Sekadar pandangan peribadi saya. Berfesyen tak salah, asalkan tak langgar syariat. Berhias juga tak salah, asalkan tidak keterlaluan. Kalau silap tolong betulkan. Wallahu'alam.

*artikel tentang kewajipan bertudung*
*kisah perkahwinan sahabat saya yang berniqab*

"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.."
(An-Nur: 31)

5 comments:

WanitaMustanir said...

Salam kak jie,

teringin juga jadi pembaca di blog peribadi kak jie.. tidak mahu menjemput shira ke?? :)

sufygirl said...

ws,

bagi emel, nanti akak invite. :)

Abu 'Ubaidah Al-Jaiz said...

guane nak access link 2??

sufygirl said...

blog lagi 1 akak invite muslimat je. ~~

WanitaMustanir said...

ok, ini emel shira..

mas88.angah@gmail.com

syukran kak jie.. :)