Followers

Thursday, December 31, 2009

Kembara mencari tarbiyyah, bersama membina ukhuwwah…^_^

Hujung minggu yang lalu saya berpeluang mengikuti satu program anjuran nisa’ Selangor. Program selama 3 hari 2 malam ini bertempat di bukit lagong, selayang. Nasib baik abang tolong hantar, saya je dari uia masa tu. Selepas isya’ baru bertolak, agak lewat sebenarnya. Sampai kat sana, ustaz zamri (mari mengaji) tengah bagi ceramah.


Saya diamanahkan untuk mengendalikan bengkel adik-adik team A (13-15 tahun). Nama kumpulan kami “Rabi’atul Adawiyah”, kesemua nama-nama kumpulan diberi berdasarkan nama-nama srikandi islam seperti nailah al-farafishah, nusaibah, Fatimah az-zahra, dan lain-lain. Team B pulak, kategori adik-adik yang berusia 16-18 tahun. Alhamdulillah adik-adik memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang teen circle bersama fasilitator, walaupun mereka dah exhausted dan mengantuk disebabkan terlalu banyak aktiviti outdoor. (Memang sangat banyak pun) Jadi, boleh kata sepanjang masa pakai sport attire je, dengan sport shoes sekali.


Antara slot dan pengisian dalam program ini ialah sesi Simpulan Kasih, ICE Breaking (Peserta brsama AJK & facilitator), penyediaan ruangan tazkirah 3 hari 2 malam dengan pengisian “Scan Hati & Toup Iman”, “Activate Amal & Reload Taqwa”, “Cita vs Cinta”, Pemantapan Kendiri dengan ”Modul Iman Inside”, “I Love ISLAM”, “Impak Muslimah (Muslimah Power)”, “Explorasi Minda”, “Connecting Ummah”, “Di mana bumi kupijak, di situ Islam kujunjung “ dan pelbagai modul yang sememangnya best. Nak cerita satu-satu memang panjang.


Saya ke sana memang takde kawan pun, Cuma kenal aqilah dan amirah je, sahabat dari uitm. Itu pun baru kenal tak sampai sebulan, masa pergi program baktisiswa awal bulan hari tu. Seronok dapat ramai sahabat-sahabat baru di kalangan fasi dari pelbagai kampus dan juga kakak-kakak yang dah berkerjaya. Alhamdulillah masing-masing tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri. Kami juga ada briefing dan taaruf ringkas sebelum memulakan aktiviti.

Memang penat, letih, mencabar, tapi sangat seronok. Banyak yang saya belajar walaupun ke sana sebagai fasi bukan peserta. Tak nak tulis panjang-panjang, walaupun banyak sangat yang nak dikongsi sebenarnya. Syabas dan tahniah untuk  urusetia dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Moga segala penat lelah kita dinilai sebagai ibadah di sisi Allah.


Untuk  sahabt-sahabat fasilitator, antunna semua memang best! Love You all lillahi ta’ala. (^_~)

p/s: boleh rujuk blog k.su, lagi banyak gambar. & blog nisa'selangor.

"Kepada si mawar yang disayangi...
Kudoakan dirimu mekar di taman...
Diakari rasa bertuhan...
Dihiasi haruman akhlak dan iman...
Kerana itulah ukuran jelitanya seorang perawan..."



Thursday, December 24, 2009

Sebuah Dialog di Malam Hari, Buat Insan Bernama Dai'e

"Akhi, dulu ana merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah. Tapi, kebelakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah makin kering-kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak ikhwah pula yang aneh dan pelik!"

Begitu keluh kesah seorang mad'u kepada murabbinya di suatu malam. Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad'unya.

"Lalu apa yang ingin anta lakukan setelah merasakan semua itu?" Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.

"Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja." Ikhwah itu berkata.

Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut daripada wajahnya. Sorot matanya tetap kelihatan tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal.

"Akhi, bila satu kali anta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang anta lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?" Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.


Sang mad'u terdiam berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat.

"Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?" Sang murabbi mencuba memberi jawapan kepadanya.

"Bila anta terjun ke laut, sesaat anta akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang sampai tujuan? Bagaimana bila ribut datang? Dari mana anta mendapat makan dan minum? Bila malam datang bagaimana anta mengatasi hawa dingin?"

Serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang ikhwah tersebut. Tidak semena-mena, sang ikhwah menangis tersedu-sedu. Tak kuasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kekadang memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya justeru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.


"Akhi, apakah anta masih merasa bahawa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha ALLAH SWT?"

Pertanyaan yang menghujam jiwa sang ikhwah. Ia hanya mengangguk.

"Bagaimana bila ternyata kereta yang anta bawa dalam menempuh jalan itu ternyata rosak dan bermasalah? Anta akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai di tepi jalan atau mencuba memperbaikinya?" Tanya sang murabbi lagi.

Sang ikhwah tetap terdiam dalam esakan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya.

"Cukup akhi, cukup. Ana sedar. Maafkan ana, InsyaALLAH ana akan tetap istiqamah. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan. Atau ana mendapat nama di sisi manusia. Biarlah yang lain dengan urusan peribadi masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah dan hanya Allah swt sahaja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji-NYA. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana."

Sang mad'u berazam di hadapan sang murabbi yang semakin dihormatinya. Sang murabbi tersenyum.

"Akhi, jama'ah ini adalah jama'ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi di sebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan ALLAH SWT."

"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu meresahkan perasaan anta. Sebagaimana ALLAH SWT menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Kerena di mata ALLAH SWT, belum tentu antum lebih baik dari mereka."

"Futur, mundur lemah atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidakkesepakatan selalu diselesaikan dengan jalan itu; maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?" Sambungnya panjang lebar.

"Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah dai'e. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diberi amanat oleh Allah swt untuk menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya membongkarnya, yang menjadikan ia semakin meruncing dan membarah."

Sang mad'u termenung sampai merenungi setiap kalimat murabbinya. Azamnya kembali menguat. Namun ada satu hal yang tetap bergelayut di hatinya.

"Tapi bagaimana ana boleh memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?"

Sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.

"Siapa kata kemampuan anta lemah? Apakah Allah swt menjadikan begitu kepada anta? Semua manusia punya potensi yang berbeza. Namun tak ada yang mampu melihat bahawa yang satu lebih baik dari yang lain!" Sahut sang murabbi.

"Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila ada sebuah isu atau fitnah, tutuplah telinga anta dan bertaubatlah. Singkirkan segala prasangka anta terhadap saudara anta sendiri."

Malam itu sang mad'u menyedari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap hidup bersama jama'ah untuk tetap mengharungi jalan dakwah dan tarbiyah. Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan biarkan putus asa itu hilang, ditelan gersangnya debu yang menerpa. Biarlah itu semua menjadi saksi sampai kita diberi dua kebaikan oleh ALLAH SWT.

Kemenangan atau Mati Syahid

Ikhlas adalah roh daripada setiap amal. Ikhlas adalah motivasi yang kuat agar amal kita tetap terjaga sentiasa, tidak usang kerana kepanasan dan tidak luntur kerana kehujanan, tidak ghurur kerana pujian dan tidak kendur kerana cacian. Terus bergerak ke arah tujuan yang paling tinggi puncak dan cita-citanya. Peliharalah keikhlasan dalam bekerja. Semoga kita sama-sama terus istiqamah dalam dakwah dan tarbiyyah.

sumber: iluvislam.com

Wednesday, December 16, 2009

Semoga terus istiqamah, sahabat!

Semester baru telah melewati minggu kedua. Pantas masa bergerak seakan tidak terasa. Tarikh peperiksaan sudah ada dalam jadual, tugasan mula bertambah, banyak perkara yang perlu disusun atur dengan sebaiknya agar perancangan tersusun rapi.

Buat adik-adik baru, selamat datang ke taman ilmu dan budi, selamat melangkah ke  alam university.

Ada beberapa orang sahabat yang saya kenali dan temui berubah penampilannya. Alhamdulillah, mereka telah berhijrah ke satu tahap yang lebih baik bagi saya. Berniqab. Semakin ramai yang berpurdah  pada semester ini. Mungkin niat itu sudah lama tersimpan, cuma sekarang baru terlaksana, seperti saya dulu. =)

Selepas habis meeting hari tu, saya terserempak dengan seorang sahabat dalam perjalanan ke café.

“Masyaallah, umai!” gembira saya dapat bertemunya. Sambil menanti makanan siap, kami duduk berbual.

“Suami yang suruh ke memang umai nak pakai?” saya memulakan perbualan, memandang tepat ke arahnya.

“Orang memang dah lama nak pakai.” Dia menjawab.

“Buat istikharah tak?” saya bertanya lagi.

“Sebenarnya, lebih kepada gerak hati.”

“Owh…suami umai macam mana?” saya teringin mendengar kisahnya.

“Dia ok je, nak pakai takpe, tak pakai pun takpe. Dia cakap, buat la research dulu, kaji pasal ni. Biar faham dulu. Tapi dia memang sokong orang pakai.” Sahabat saya menjelaskan, baru saja kahwin beberapa bulan yang lalu.

“Sama la, jie dulu pun macam tu. Janganlah pakai sebab ikut orang atau saja-saja nak pakai. Biar kita sendiri yang faham. Jie dulu pun, tanya pendapat ramai orang jugak, lama fikir, buat istikharah semua tu. Takut jugak, kalau-kalau tak mampu nak istiqamah. Tapi kita usaha untuk jaga, kan? Lepas tu umai buat apa?”

“Orang cari la sebarang maklumat pasal pemakaian purdah ni, tentang hukum semua tu, search internet pun ada, baca blog jie, jie kan suka tulis pasal ni.” Tergelak saya mendengarnya. Siap cari kat blog saya lagi tu. :p Apa lagi entah yang dia buat.

“Jie...awak dah nak jadi mak cik tau…” saya nampak senyuman melalui matanya.

“Hah? Ye ke?!” saya separuh menjerit. Nasib baik la café tu memang bising. Pregnant 2bulan katanya, Alhamdulillah. Tahniah ye, bertambah lagi la anak-anak saudara saya nanti, dah berapa orang entah kawan-kawan yang tengah pregnant ni.

“Isy, dah nak jadi mak. Tapi jie nampak umai macam budak-budak lagi la…macam tak percaya je…” memang gaya dia macam tu pun.

“Orang dah matang la.” Selamba dia menjawab.

Tahniah untuk yang telah berubah selangkah lagi. Saya sendiri pun masih rasa belum layak untuk berpenampilan sebegini, tapi ini jalan yang saya pilih. Memang saya masih cetek ilmu, masih banyak sangat yang kurang, dan cabarannya tidak sedikit. Ada harga yang perlu dibayar. Ramai yang menyokong, tidak kurang juga yang memandang sinis, yang mempertikaikan pemakaian niqab ni.

Buat sahabat-sahabat, semoga terus thabat dan istiqamah di jalan ini. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Jadi, mintalah pertolongan dari-Nya, mohonlah agar kita sama-sama diberi kekuatan untuk memperbaiki diri, akhlak dan iman. Jangan utamakan pandangan manusia, tetapi utamakan pandangan Allah. Saya sendiri kadang-kadang tetap “jatuh”, tetap masih lakukan kesilapan yang sama. Tapi kita sentiasa punya waktu untuk memperbaiki kesilapan itu, kita masih punya waktu untuk berubah. Hargai setiap peluang yang ada. Semoga terus istiqamah, sahabat!


Monday, December 14, 2009

Masih tersemat di sanubari...

Sambungan dari entry sebelum ni. Nak tulis sikit je sebenarnya, tapi jadi ter’panjang la pulak sampai ada sambungan. Huhu…

Ok, kembali kepada cerita asal. Hari keempat ada slot circle for nisa’, girls only. Best, best. Sebab handle adik-adik perempuan je. Perancangan asal nak buat explorace, aktiviti outdoor. Tapinya, disebabkan hujan yang tak berapa renyai-renyai pagi tu (apa jenis ayat ni?), plan asal diubah serta-merta, jadilah aktiviti indoor je. Ada lah beberapa modul yang dibincangkan secara on the spot, banyak yang last minute sebenarnya, kelam-kabut. Tapi still dapat berjalan lancar, Alhamdulillah. Apa yang penting? Kerjaaasama! ;p




Last day, qiamullail di masjid. Mak cik (ibu angkat) dah kejutkan saya dan laila seawal 3.40 pagi. Beratnya mata. Ditambah dengan penat, tidur lewat, setiap hari bangun mesti sakit badan. Sabar jelah. Mengantuk amat! Rasa macam ada magnet je kat bantal dan tilam tu. Huhu… Tapi terpaksa la menggagahkan diri jugak. Jam 4pagi dah berada di masjid, bersama ibu dan ayah angkat. Family kami yang paling awal sampai. =)

Lepas subuh, ada meeting pulak. So mak cik dan pak cik balik dulu. Dalam 7.30 pagi baru saya dan laila balik, itu pun untuk bersiap, sebab still pakai telekung. Balik jalan kaki macam tu je. :p

“Rehatlah dulu, baring kejap.” Mak cik menegur kami sebaik sampai di rumah.

“Tak boleh la, mak cik. Kitorang kena bersiap cepat ni, kena pergi masjid terus lepas ni. Banyak lagi kerja yang tak settle.Nak uruskan pendaftaran, persiapan tempat semua tu.” Saya menjelaskan.

“Pengsan kamu nanti.” Mak cik menggeleng kepala.

“Takpe, pengsan tu postpone dulu.” Saya cuma tersenyum. Risau mak cik.



Riang ria carnival (sukaneka) yang paling happening, meriah, ramai orang. Dari kanak-kanak, remaja, dewasa, sehinggalah ke pasangan suami isteri, mak cik pak cik semua main, ada part masing-masing. Penat tak payah cakap la, tapi boleh release tension jugak sebenarnya, lagi-lagi bila tengok telatah si comel dan gelagat orang-orang dewasa. Dalam masa yang sama, ada pemeriksaan kesihatan. Alhamdulillah tekanan darah normal, berat saya turun! Patutlah orang cakap makin kurus. (Bangga..hehe)



Sukaneka tamat selepas zohor, termasuk acara penyampaian hadiah. Ramai yang kepenatan. Ada yang sambung buat kerja dan persiapan lain, ada yang keluar beli barang, ada yang ‘syahid’. Memang betul-betul letih. Malamnya ada majlis penutup, diserikan dengan persembahan nasyid azhan atan dan tayangan multimedia, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 5 hari berkampung di selayang. Then, ada jamuan, makan durian. Banyak sangat. Tapi saya tak makan durian. Dulu masa zaman kanak-kanak makan jugak, lepas tu kenapa entah dah tak boleh makan, sampai sekarang.



Habis je jamuan, kami tak terus balik. Sebabnya, ada post mortem pulak. Jadinya, tengah malam jugak la baru pulang ke rumah. Sedih pulak nak berpisah dengan sahabat-sahabat ni. Yang sekampus tu tak kisahlah. Seronok dapat kenal sahabat-sahabat baru di sini, aqilah, amirah, yani dari uitm, izzan dengan atiyah dari darul qur’an. Dan yang lain-lain jugak.

Esoknya (ahad) baru balik uia, mak cik menangis la pulak masa hantar saya dan laila sampai mahallah. Lepas tu terus check-in, isnin dah start kelas! =_=’


 ~gambar atas tu brooch hadiah dari mak cik, yang bawah hadiah dari wajihah, anak buah smart solat, comel3...tq ye...^^,~

Terima kasih untuk semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Moga segala penat lelah kita ada nilaiannya di sisi-Nya, insyaallah.

~Abadikan kenangan kita bersama~


Saturday, December 12, 2009

Memori yang terpahat di ingatan…^_~

Nak update tapi tak ter’update.  Ini kisahnya…=)

Selepas 5hari berada di rumah, saya kembali ke KL untuk program seterusnya-baktisiswa di selayang baru. Program bermula dari 1 dis dan berakhir pada 5 dis, tapi 6hb baru balik, sebab majlis penutup selesai pada waktu malam, diikuti dengan post-mortem terus pada malam tu jugak.



Secara jujurnya, agak kelam-kabut sikit, sangat penat sepanjang program dan kurang masa bersama keluarga angkat. Tapi apa pun, program ni memang best, Alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan kami, walaupun kekurangan tenaga penggerak dari segi urusetia dan peserta. (Orang yang sama je pun)



Setiap rumah dapat 2 orang anak angkat, saya partner dengan laila. Mak ayah angkat kami dua-dua arkitek, adik-adik cuma 4 orang dan semuanya perempuan. Alhamdulillah tiada sebarang masalah untuk menyesuaikan diri dengan keluarga baru, cuma segan sikit sebab asyik keluar pagi dan balik tengah malam. Maklumlah, tengah program, tak boleh nak duduk di rumah je. Nasib baik family angkat faham. =)



Banyak aktiviti sepanjang kami berada di sana. Kalau nak cerita satu-satu  memang panjang. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dibuat; gotong-royong, membersihkan surau, dewan, pasti, dan kawasan-kawasan yang berdekatan. Best jugak buat kerja ramai-ramai ni, takdelah rasa berat sangat walaupun penat. Yang tak ada bakat mengecat pun nak mengecat jugak. Saya la tu, hehe…

Selain tu, ada ‘share in love’. Kami dibahagikan kepada beberapa group untuk menghantar sumbangan (makanan/keperluan harian) ke rumah-rumah orang yang kurang berkemampuan dan ibu tunggal. Yang ni bergerak dengan kereta, tak boleh jalan kaki, jauh la…



 Slot “see you di IPT” diadakan khusus untuk adik-adik sekolah menengah, bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada adik-adik, halatuju selepas tamat sekolah, perancangan masa depan dan sebagainya.

Hari ketiga pulak ada pengisian khas untuk kanak-kanak yang comel, adik-adik sekolah rendah la. ;p program “smart solat”. Tapi yang tak cukup umur pun ada jugak yang join, 4-5 tahun, memang comel adik-adik ni. Bermula dengan ceramah yang disampaikan oleh dua orang ustaz, kemudian diikuti dengan bengkel praktikal solat. Kami lah yang jadi fasilitatornya, siapa lagi. ^_^ Lama dah tak handle bengkel ni, nasib baik dah biasa. Adik-adik dalam group saya semuanya dalam lingkungan 10-11 tahun, dah besar  pun, so takde masalah sangat, diorang boleh faham apa yang diajar, Alhamdulillah.



Aktiviti bersama keluarga tetap ada. Malamnya, kami ada bacaan yassin di rumah-rumah yang telah ditetapkan. Rumah saya pun kena, sebab ayah angkat saya bendahari masjid. =) Sesiapa yang tak terlibat pulak akan ke rumah-rumah yang terlibat untuk bacaan yassin, kiranya datang mengimarahkan bacaan di rumah kami ni la.



~to be continued...~



Fikirkan sejenak...

Solat hari ini cukup?  
Sampai saat ini berapa kali dah istighfar, bertahmid, berzikir?  
Dalam bulan ni berapa kali dah buat solat tahajjud, hajat dan istikharah?
Minggu ni pulak berapa kali dah menitiskan air mata menyesali kesilapan kita?  
Sepanjang hayat ini berapa kali kita khatam Al-Qur’an?  
Renungkan… 
Semoga kita menjadi hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa... 
Insyaallah…

sama-sama muhasabah dan fikirkan, untuk diriku khususnya...
semoga aku terus tabah, istiqamah, dan kuat semangat, ameen...




Thursday, December 10, 2009

Melakar secebis kenangan


Ini bukan cerpen atau sajak atau puisi dan yang sewaktu dengannya, cuma… saya tak tau nak tulis tajuk apa. :p

Semalam dua orang sahabat saya dari uitm bermalam di sini, aqilah dengan amirah. Lagipun diorang tengah cuti lagi. Kami ni je yang dah start kuliyyah. Saya pergi kelas, diorang jalan-jalan, pandai-pandai bawak diri. Maaflah ye, tak sempat nak bawak qilah dengan mirah ‘tawaf’ uia, huhu… Lain kali stay la lama sikit.



“Mirah drive ke?” sebelum tu ada mesej tanya amirah.

“Taklah, pak cik bas yang drive.” Saja je budak tu. Ingatkan datang sendiri, ada driver rupanya. Hehe…


Sebenarnya baru je kenal dengan diorang masa program baktisiswa hari tu. Lepas konvensyen pendakwah muda nasional kat usim, balik kampung cuti raya. 5 hari je pun duduk kat rumah. Lepas tu ada program baktisiswa kat selayang. Dekat je dengan rumah aqilah, amirah pulak tinggal kat kajang. Takdela jauh mana, ye tak? 5 hari bersama tapi rasa macam dah lama kenal. Kalau tak, takkanlah sanggup datang uia tidur sini kan? ;)

Sem ni semua kelas saya waktu pagi je, tapi berderet lah, sebab petang kosong. Diorang sampai tengahari semalam, memang takde pergi mana-mana pun, stay kat mahallah je. Lepas habis kelas, beli makanan, bawak diorang balik bilik. Jalan kaki je. Takpe, jauh berjalan, luas pengalaman. =D

Makan malam semalam dekat café maryam, dengan alifah, azlina & izyan. Kalau dapat makan ramai-ramai lagi best, tapi yang lain-lain ada hal. Takpelah, lain kali pulak ye, insyaallah. Then, Aqilah pergi jumpa kawan dia, amirah pulak baca novel. Semangat betul mirah ‘study’ semalam kan? Sampai tertidur terus, tapi tak habis baca jugak, sambung hari ni pulak, huhu…;p



Pagi tadi saya ke kelas, diorang ke center. Ada je sahabat-sahabat lain kat uia ni, siap jumpa kawan-kawan lama lagi. Lepas saya habis kelas tengahari tu, diorang ikut balik ke bilik, berkemas untuk balik rumah. Sebelum tu pergi café kejap, dan…bergambar kat depan blok, isy3… Yelah, bukan selalu datang uia ni kan? Orang suruh balik esok tak nak, nak balik hari ni jugak. Lepas solat dan bersiap tadi, dalam pukul 3 lebih diorang keluar.

“Kena balik la, lain kali saya datang lagi ye, jie…” senyum je aqilah tu, dahla comel. =) Ada orang lain yang lebih memerlukan katanya. Jeng jeng jeng… Mak suruh balik la! ;p

Ok takpe, nanti senang-senang datang lah lagi, jangan lupa bawak apa-apa yang patut. ;) Insyaallah kalau ada peluang nanti kami pulak ziarah sahabat-sahabat kat sana ye.


~Semusim bersama, seabad terasa...~

Ya Allah, hatiku merindui sahabat2 seperjuanganku, yang pernah bersama dalam suka & duka...
Peliharalah ukhuwwah kami agar kami tak gentar melaksanakan tugas sebagai khalifah yang menegakkan agama-Mu...
Ya Allah, damaikanlah hati sahabat-sahabatku ini kerana Engkau sebaik-baik pendamai.. 
Ya Allah, jadikan mereka temanku di syurga kelak...ameen...


Catatan terakhir wehdah...


Hari terakhir ada sesi wacana khas sebelum majlis penutup. Wacana yang bertajuk “Cabaran Missionary Kristian di Malaysia” ini disampaikan oleh Bro shah Kirit Kalkulal Govindji. Sebelum ini saya pernah mengikuti forum beliau di uia. Sedikit sebanyak, saya tahu cara penyampaian beliau.



~bergambar dengan sahabat-sahabat kampus lain sebelum balik~

Apa yang disampaikan adalah pengalaman beliau sendiri dalam berdakwah dan berdialog dengan non-muslim. Sangat menarik. Adakala diselitkan dengan lawak jenaka, namun tidak diketepikan unsur dakwah.

Majlis perasmian penutup berakhir dalam pukul 1lebih. Sedih pulak masa nak balik tu. Huhu… Lepas makan, balik asrama dulu, kemas barang, solat, dan bersiap. Kira-kira jam 3petang bertolak balik ke uia. Masa kat dalam bas, aisyah belanja aiskrim, dapat sorang satu. Wah, bestnya! Lama tak makan aiskrim. Bila masa entah dia pergi beli. Anyway, thanks a lot. Nanti belanja la lagi ye. Hehe…




Sampai uia pukul 4 lebih, dah nak asar. Solat dulu. Then, aisyah hantar saya dan atiqah ke terminal putra, naik lrt kat sana. Kami berpisah di masjid jamek, atiqah ke pudu, saya ke hentian putra. Tak biasa jalan sorang-sorang ni sebenarnya. Kalau mak tau…tapi tak bagitau pun, nanti risau pulak dia. Takpe, tawakkal je.

Pukul 6 dah sampai kat hentian putra, sejam je pun. Masa keluar dari lrt, tengah turun tangga, tiba-tiba tali beg galas terputus, penyangkut dia patah. Alahai, dugaan… Dahla tengah galas sebelah bahu je masa tu, terus jatuh beg. Tangan sebelah lagi bawak beg pakaian. Nasib baik tak ramai orang. Saya angkat beg tu, terus jalan dan buat tak tau je. Tak pandang kiri kanan dah. Sabar jelah.




6.20petang, awal lagi. Nak buat apa ye? Baca buku. Saya keluarkan buku  Travelog dakwah (beli masa konvensyen) , mengadap buku tu je sambil tunggu masa nak balik, bas pukul 10 malam, lambatnya!

~semua entry berkenaan wehdah ni dah lama tulis, cuma baru post dalam blog~ =)



Tuesday, December 8, 2009

Catatan wehdah..."bengkel"


Hari seterusnya tak ada wacana atau ceramah. Slot pertama pada waktu pagi bermula dengan sesi preview ESQ 165, “Together We Transform: V2R Through The ESQ Way 165 Model”. Preview ini berlangsung selama 2jam, di DKP 3 dan DKP 4 yang di conduct oleh ESQ Trainer. Memang best. Teringin jugak nak pergi, kalau ada rezeki, insyaallah.


Jam 11pagi kami bergerak mengikut kumpulan yang telah dibahagikan. Bengkel 1, perbincangan dalam kumpulan hampir 20orang, lebih kepada brainstorming. Setiap kumpulan diberi satu soalan dan artikel tambahan berkaitan masalah yang melanda masyarakat sekarang-dengan arus globalisasi, dunia tanpa sempadan, cabaran dunia teknologi, keruntuhan akhlak, dan lain-lain. Selepas makan tengahari dan solat zohor, bengkel ke-2 diteruskan dengan sesi perbahasan, iaitu pembentangan hasil perbincangan bengkel 1.


Masa keluar dewan, ada seorang peserta tegur saya.


“Ni kak sufygirl kan?” tanyanya.


“Ha? Awak ni sape?” terpinga-pinga saya masa tu.


“Eh, salah orang ke?” dia bertanya kembali.


“Tak, memang akak la tu, nazirah…” sekaligus memperkenalkan diri. Saya pun hairan macam mana dia boleh cam saya, padahal bukannya kenal. Then, kami pun taaruf, introduce diri masing-masing. Dia kenal saya melalui blog je. Kelakar pulak bila orang panggil saya macam tu. Huhu…





Selepas asar, bertolak balik ke asrama, khidmat diri, makan dan solat, kemudian kembali ke DKP untuk slot seterusnya. Bengkel ke-3 agak menarik, “Perkongsian Pengalaman Aktiviti Dakwah” yang dibentangkan oleh wakil setiap kampus yang hadir.


Seronok dapat berkongsi pengalaman sahabat-sahabat dari kampus-kampus lain. Ada satu aktiviti yang saya memang tak pernah dengar dan tak pernah fikir pun, buat kuliyah subuh dalam air! Dahsyat tu. Menarik. Buat kuliyah subuh, semua berendam dalam air. Tapi dalam gambar tu, semua muslimin je. lupa pulak university mana yang bentang, unimap ke?


Tidak kurang hebatnya cabaran berdakwah yang dihadapi oleh pendakwah muda hari ini, yang terpaksa berhadapan dengan golongan yang tidak ada asas agama, tidak faham agama, golongan yang murtad, pendakyah, dan seumpamanya. Uia mungkin tak terasa sangat, sebab majority memang muslim, ada juga golongan non-muslim, tapi sangat sedikit.


Banyak rupanya kampus kat Malaysia ni, yang saya tak pernah dengar pun ada. Peserta-peserta yang hadir bukan saja dari IPTA dan IPTS, malah dari politeknik dan kolej komuniti. Lebih 600 orang yang hadir ke konvensyen kali ini.



Sunday, December 6, 2009

Catatan wehdah..."forum"


Nasib baiklah petang tu kami balik ke bilik dulu, boleh ambil spek. Memang dalam jadual macam tu, petang balik ke asrama, khidmat diri, makan dan solat. Lepas maghrib bertolak ke dewan kuliah semula. Malamnya ada sesi forum yang bertajuk “Generasi Muda Menjana Tranformasi Ummah” iaitu tema program konvensyen kali ini.


Barisan panel terdiri daripada Dato’ Haji Mohd Nakhaie Ahmad, Mantan Pengarah YADIM, Prof Madya Dr. Harlina Harlizah Hj Siraj, Perunding Kanan O&G, HUKM, dan Ustaz Kalam Mazad, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, JAKIM.


Isu yang disentuh, tentulah berkaitan generasi muda. Bermula dengan definisi remaja, belia, umur, dan sebagainya. Anak-anak yang lahir pada tahun 1980-an ke atas dikenali sebagai gen-Y, iaitu anak-anak yang sheltered, protected, dan provided, people with a rapid gratification. Owh, macam tu ke…baru tau.


Orang dulu-dulu, baligh lambat, kahwin awal, muda-muda dah galas tanggungjawab, cari rezeki dan sebagainya. Orang sekarang pulak, baligh awal, tapi kahwin lambat, biasanya because of education, belajar dulu baru kahwin, kerja, dan fikir hal-hal lain. Sebenarnya, tanggungjawab yang ada, secara automatiknya menjadi sebahagian daripada proses pematangan. Saya rasa saya ni memang tak matang-matang lagi…;p


Semakin kita mencapai umur dewasa, semakin kita perlu melakukan perubahan. Terutamanya dari sudut aqidah, kena jadi lebih baik dan lebih kukuh, dari sudut akhlak, supaya dapt jadi qudwah kepada orang lain, dari sudut aqliyyah, ilmu perlu sentiasa dicari, dari sudut insaniyyah, iaitu sikap dan keprihatinan kita terhadap orang lain, dan akhir sekali dari sudut fizikal. (Maaf ye, lupa point yang ni)


Bila ada rasa tanggungjawab, kematangan akan terbentuk. Tanggungjawab boleh diberi kepada seseorang untuk melaksanakan sesuatu tugas atau melalui kesedarannya sendiri. Tanggungjawab yang ‘diberi’ tak sama dengan tanggungjawab yang dia sendiri ‘sedar’ akan tanggungjawab tersebut.




Next point, tentang ilmu. Kita belajar ni nak kutip markah ke, nak kejar pointer ke, nak dapat anugerah ke, nak kerja bagus ke…masing-masing boleh fikir. Belajar, mesti ikhlas kerana Allah. Belajar, jadikannya sebagai satu ibadah. Lihat ulama’-ulama’ terdahulu, jadikan mereka sebagai sumber inspirasi, belajar daripada mereka, bagaimana tamdun Islam membangun dan berkembang. Melalui ilmu juga kita boleh berdakwah dan mengajak orang lain kea rah kebaikan. Jadikan dakwah sebagai satu cara hidup yang boleh mewujudkan transformasi di dalam masyarakat.


Jadi ummah yang boleh memimpin; diri sendiri dan masyarakat, jadi ummah yang boleh membuat keputusan dengan baik, yang boleh berkomunikasi dengan orang lain untuk menghubungkan ilmu dan berkongsi pandangan. Dan kita perlu menjadi orang yang boleh mengurus, not just a leader but also a manager.


All of us need to speak about Islam from the aspect we know. But of course it must be based on knowledge, sebab tu kena belajar. Tak semestinya kalau ambil bidang bukan agama kita tak boleh bercakap soal agama. Kena ada inisiatif lain untuk menuntut ilmu, apa yang kita tak belajar dalam dewan kuliyah. At least, kalau orang tanya, kita dapat jawab. Dan jawapan tu pulak, tak boleh main hentam je, lagi-lagi soal hukum. So, nak tak nak memang kena belajar lah.


Apa-apa hal pun, kena sentiasa betulkan niat. Moga-moga Allah sentiasa permudahkan urusan kita, insyaallah.


Catatan wehdah..."wacana 2"


Walaupun kesejukan, tapi kami masih bersemangat. Ye ke? Ada je yang tidur, huhu… Baru hari pertama, rasa macam banyak sangat ilmu yang kami dapat. Dengan barisan penceramah yang hebat-hebat, memang tak rugi datang. Untuk wacana kedua, sidang pleno 1, saya still berada di DKP 3, lagipun ada my favourite penulis iaitu Ustaz Pahrol. Di DKP 4, iaitu sidang pleno 2, saudara faisal tehrani turut terlibat sebagai pembentang. Teringin jugak nak dengar sebenarnya, tapi kenalah pilih satu je, mana boleh nak pergi dua-dua serentak. Ye tak?


Wacana kedua bertemakan “Strategi Dakwah”. Para pembentang pula memang tidak asing lagi bagi saya. Ustaz Abdul Naser Abdul Rahman atau lebih famous dengan panggilan xifu Naser, diberi tajuk “Rasulullah sebagai suri teladan: Manhaj dan strategi dakwah Rasulullah-Perkaitan Dakwah di Malaysia”. Panjangnya tajuk… Xifu banyak bercerita dan membuat kami berfikir. Maklumlah, subjek yang beliau ajar di pusat asasi uia nilai pun Critical & Creative Thinking. Beliau banyak menekankan supaya menjaga lidah dan akhlak, terutama sebagai seorang muslim.




Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Ketua editor Majalah Solusi, juga penulis lirik nasyid, diamanahkan tajuk “Dakwah kontemporari/Dakwah Bil Hal: Penulisan dan Media Massa. Saya memang suka pendekatan dan bahasa yang beliau gunakan. Sesiapa yang tak kenal, boleh baca buku-buku tulisan ustaz atau lawat blog beliau. Promote la pulak…^_~


Memang banyak input yang saya dapat. Tidak berniat untuk menceritakan kesemuanya, Cuma mungkin beberapa point utama di sini, “to deliver the message, be the message”. Betullah, untuk sampaikan sesuatu mesej, kita mesti jadi mesej tersebut. Mengikut kefahaman saya, ini lebih kepada dakwah bil hal. Orang lebih senang ikut apa yang kita buat berbanding dengan apa yang kita cakap. Kita perlu membawa orang kepada Islam, bukan diri kita. Kalau bawak orang kepada diri kita nak buat apa. Boleh rujuk tulisan ustaz “Kau Murabbi Bukan Selebriti”.


Menyentuh soal penulisan, penulisan akan jadi lebih mudah sekiranya hati kita kuat dan dekat dengan Allah, serta benar-benar mahu berdakwah. Saya bertanya sendiri “Adakah aku mempunyai hati seperti itu?” Kata-kata ustaz memang banyak membuatkan saya sedar dan berfikir. Banyak…




Tajuk seterusnya “”Kesatuan Dalam Usaha Gerakan Dakwah” dikupas oleh Dr. Muhd Rumaizuddin Ghazali, pensyarah USIM sendiri.

Saya tertinggal cermin mata di bilik sebenarnya, terganggu penglihatan. Dah tau rabun, tak suka pakai spek jugak, last-last tertinggal. Suffer betul, nampak samar-samar je muka penceramah. Takpelah, yang penting apa yang disampaikan tu dapat dihayati, dan insyaallah diamalkan. =)



Catatan wehdah..."wacana 1"


Wacana 1 bermula jam 11pagi, juga pada hari pertama program berlangsung. Temanya ialah, “Sikap Sosial”. Wacana 1 dibahagikan kepada 2 sidang pleno, satu bertempat di dewan kuliah pusat 3 (DKP3) dan satu lagi bertempat di dewan kuliah pusat 4 (DKP4). Sejuknya tak payah cakapla. Dah pakai t-shirt+jubah+blazer pun masih rasa macam nak beku je. Huhu… Tidur pun best. :P


Saya berada di DKP 3 untuk sidang pleno 1. Tiga orang pembentang yang terlibat terdiri daripada Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, Pengarah Kampus UiTM, kampus Segamat, yang juga penulis buku bestseller “Travelog Haji” dan “Travelog Dakwah”, Ustaz Hasnan Kasan, Pusat pengajian Umum, UKM, dan Ir. Dr. Muhd Fuad Yeoh Abdullah, Timbalan Pengerusi Malaysian Chinese Muslim (MACMA). Masing-masing membentangkan tajuk-tajuk yang tidak kurang pentingnya untuk para peserta, iaitu “Kesedaran Berdakwah”, “Cabaran, Mahnah dan Tribulasi Berdakwah”, dan “Persiapan Para Pendakwah Muda”.




Antara isi-isi penting yang dapat dipetik melalui wacana 1, ketiga-ketiganya memang tidak lari dari menyebut soal dakwah (dah memang tajuknya, kan?), berdakwah ialah satu ibadah, bukannya profession, maksudnya jangan mengejar ganjaran, sebaliknya kita berdakwah sebagai simbol mengucapkan syukur kepada Allah. Bahasa mudahnya, buat baik kepada orang lain bukan mengharapkan upah, tetapi sebagai tanda kita bersyukur kepada-Nya.


Orang yang tiada iman takkan mampu untuk member suntikan iman kepada orang lain. Kenapa? Sebab, hati yang kotor, mana mampu untuk bersihkan hati orang lain? Apa yang saya faham, nak tarik mad’u, kita kena baiki diri dulu. (Tak layaknya rasa nak jadi da’ie ni). Kalau dah terang-terangan kita buat benda yang tak betul, mana mungkin orang lain nak ikut nasihat kita. Berdakwah, untuk bawa orang kepada Allah. Lakukan mengikut kemampuan, sama ada cegah orang buat perkara fahsya’, atau ajak orang berbuat baik, dan sebagainya. Itu contoh melalui lafaz, melalui kata-kata.


Berdakwah ni bukannya tempat untuk cari makan, sebaliknya tempat untuk berkorban. Ambil contoh mudah, nak edar risalah, artikel, etc, semua tu perlukan modal, kan? Kita yang kena sumbangkan masa, tenaga, adakalanya kewangan. Susah tak nak buat benda-benda macam ni? Fikir, fikir… Muhasabah untuk saya sendiri jugak.


Dalam berdakwah, bisikan syaitan tetap ada. Benda ni memang tak dapat dinafikan. Kadang-kadang bila kita buat baik, buat amal, atau apa saja lebih dari orang lain, timbul perasaan bangga, kagum, ujub, riya’, dan seumpamanya. Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah… Mudah-mudahan Allah pelihara diri dan hati kita dari sifat-sifat mazmumah seperti ini. Yang paling penting ialah al-fahmu, iaitu kefahaman, sebagaimana yang  termaktub dalam gerakan dakwah sebagai rukun bai’ah yang pertama. Faham kenapa kita berdakwah, ambil teladan dari sirah-sirah sahabat sebagai rujukan. (Fiqh Sirah bila nak baca ni…adui)



Catatan wehdah..."ucaptama wehdah"


Ucaptama program bermula jam 9pagi oleh Dr Mohd Farid Mohd Shahran, Deputy Dean IRK, UIA. Tajuknya ialah “Persoalan Dakwah dan Generasi Muda”. Siapa generasi muda tu? Kita la, kan? Besar sebenarnya tanggungjawab dan amanah kita ni.



Saya tak nak ulas semua apa yang disampaikan oleh Dr Farid, cuma mungkin ada beberapa perkara yang boleh dikongsi di sini. Generasi muda dianggap generasi yang paling ‘subur’ dan paling tinggi idealisme. Kita pun masih dalam proses belajar lagi. Kemajuan teknologi dan dakwah turut dikaitkan dengan generasi muda. Ambil contoh yang paling mudah, internet-look as an opportunity, not as a threat. Gunakan sebagai medium untuk berdakwah. Manfaatkanpenggunaan internet semaksimum mungkin. Jangan kita pulak yang hanyut. Bila dah mengadap internet tu, faham-faham jelah…tak payah cakap orang lain, saya sendiri ni pun, isk…

Sebenarnya, kita boleh mengambil ibrah dari kisah nabi musa ketika melawan ahli sihir fir’aun, berkaitan dengan kemajuan teknologi sekarang. Hm, bagaimana ye? Ingat tak, tongkat nabi musa bertukar jadi ular? Ada pulak tanya soalan macam tu. Macamlah kita ada masa zaman tu, kan? Kan Allah dah ceritakan kisah tu dalam Al-Qur’an, everything is complete.

Ok, kaitannya ialah, Nabi Musa diberi mukjizat oleh Allah untuk melawan musuh-musuh Islam pada masa itu, iaitu ahli sihir fir’aun dengan menukarkan tongkat baginda menjadi ular, lalu menelan kesemua ular-ular ahli sihir tersebut. Cara yang digunakan adalah sama, iaitu menggunakan ‘ular’.

Pada zaman sekarang pula, musuh-musuh Islam menggunakan teknologi untuk menyebarkan dakyah serta ideologi-ideologi mereka yang entah apa-apa tu. So, kesimpulannya, kita perlu melawan mereka dengan menggunakan pendekatan atau kaedah yang sama. Gunakan teknologi untuk sebarkan dakwah. Boleh faham, kan?

Antara lain, Dr Farid ada menyebut tentang “Tuntutan Dakwah”, “Metod Berdakwah yang disebut dalam Al-Qur’an”, iaitu hikmah, mau’izah hasanah (nasihat yang baik), dan mujadalah billati hiya ahsan (berdebat dengan cara yang baik), “Siapa Generasi Muda”, “Cabaran Dakwah Terkini”, dan juga “Keperluan Baru Dakwah dan Peranan Generasi Muda”.