Wacana 1 bermula jam 11pagi, juga pada hari pertama program berlangsung. Temanya ialah, “Sikap Sosial”. Wacana 1 dibahagikan kepada 2 sidang pleno, satu bertempat di dewan kuliah pusat 3 (DKP3) dan satu lagi bertempat di dewan kuliah pusat 4 (DKP4). Sejuknya tak payah cakapla. Dah pakai t-shirt+jubah+blazer pun masih rasa macam nak beku je. Huhu… Tidur pun best. :P
Saya berada di DKP 3 untuk sidang pleno 1. Tiga orang pembentang yang terlibat terdiri daripada Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, Pengarah Kampus UiTM, kampus Segamat, yang juga penulis buku bestseller “Travelog Haji” dan “Travelog Dakwah”, Ustaz Hasnan Kasan, Pusat pengajian Umum, UKM, dan Ir. Dr. Muhd Fuad Yeoh Abdullah, Timbalan Pengerusi Malaysian Chinese Muslim (MACMA). Masing-masing membentangkan tajuk-tajuk yang tidak kurang pentingnya untuk para peserta, iaitu “Kesedaran Berdakwah”, “Cabaran, Mahnah dan Tribulasi Berdakwah”, dan “Persiapan Para Pendakwah Muda”.

Antara isi-isi penting yang dapat dipetik melalui wacana 1, ketiga-ketiganya memang tidak lari dari menyebut soal dakwah (dah memang tajuknya, kan?), berdakwah ialah satu ibadah, bukannya profession, maksudnya jangan mengejar ganjaran, sebaliknya kita berdakwah sebagai simbol mengucapkan syukur kepada Allah. Bahasa mudahnya, buat baik kepada orang lain bukan mengharapkan upah, tetapi sebagai tanda kita bersyukur kepada-Nya.
Orang yang tiada iman takkan mampu untuk member suntikan iman kepada orang lain. Kenapa? Sebab, hati yang kotor, mana mampu untuk bersihkan hati orang lain? Apa yang saya faham, nak tarik mad’u, kita kena baiki diri dulu. (Tak layaknya rasa nak jadi da’ie ni). Kalau dah terang-terangan kita buat benda yang tak betul, mana mungkin orang lain nak ikut nasihat kita. Berdakwah, untuk bawa orang kepada Allah. Lakukan mengikut kemampuan, sama ada cegah orang buat perkara fahsya’, atau ajak orang berbuat baik, dan sebagainya. Itu contoh melalui lafaz, melalui kata-kata.
Berdakwah ni bukannya tempat untuk cari makan, sebaliknya tempat untuk berkorban. Ambil contoh mudah, nak edar risalah, artikel, etc, semua tu perlukan modal, kan? Kita yang kena sumbangkan masa, tenaga, adakalanya kewangan. Susah tak nak buat benda-benda macam ni? Fikir, fikir… Muhasabah untuk saya sendiri jugak.
Dalam berdakwah, bisikan syaitan tetap ada. Benda ni memang tak dapat dinafikan. Kadang-kadang bila kita buat baik, buat amal, atau apa saja lebih dari orang lain, timbul perasaan bangga, kagum, ujub, riya’, dan seumpamanya. Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah… Mudah-mudahan Allah pelihara diri dan hati kita dari sifat-sifat mazmumah seperti ini. Yang paling penting ialah al-fahmu, iaitu kefahaman, sebagaimana yang termaktub dalam gerakan dakwah sebagai rukun bai’ah yang pertama. Faham kenapa kita berdakwah, ambil teladan dari sirah-sirah sahabat sebagai rujukan. (Fiqh Sirah bila nak baca ni…adui)

No comments:
Post a Comment