Followers

Sunday, December 6, 2009

Catatan wehdah..."wacana 2"


Walaupun kesejukan, tapi kami masih bersemangat. Ye ke? Ada je yang tidur, huhu… Baru hari pertama, rasa macam banyak sangat ilmu yang kami dapat. Dengan barisan penceramah yang hebat-hebat, memang tak rugi datang. Untuk wacana kedua, sidang pleno 1, saya still berada di DKP 3, lagipun ada my favourite penulis iaitu Ustaz Pahrol. Di DKP 4, iaitu sidang pleno 2, saudara faisal tehrani turut terlibat sebagai pembentang. Teringin jugak nak dengar sebenarnya, tapi kenalah pilih satu je, mana boleh nak pergi dua-dua serentak. Ye tak?


Wacana kedua bertemakan “Strategi Dakwah”. Para pembentang pula memang tidak asing lagi bagi saya. Ustaz Abdul Naser Abdul Rahman atau lebih famous dengan panggilan xifu Naser, diberi tajuk “Rasulullah sebagai suri teladan: Manhaj dan strategi dakwah Rasulullah-Perkaitan Dakwah di Malaysia”. Panjangnya tajuk… Xifu banyak bercerita dan membuat kami berfikir. Maklumlah, subjek yang beliau ajar di pusat asasi uia nilai pun Critical & Creative Thinking. Beliau banyak menekankan supaya menjaga lidah dan akhlak, terutama sebagai seorang muslim.




Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Ketua editor Majalah Solusi, juga penulis lirik nasyid, diamanahkan tajuk “Dakwah kontemporari/Dakwah Bil Hal: Penulisan dan Media Massa. Saya memang suka pendekatan dan bahasa yang beliau gunakan. Sesiapa yang tak kenal, boleh baca buku-buku tulisan ustaz atau lawat blog beliau. Promote la pulak…^_~


Memang banyak input yang saya dapat. Tidak berniat untuk menceritakan kesemuanya, Cuma mungkin beberapa point utama di sini, “to deliver the message, be the message”. Betullah, untuk sampaikan sesuatu mesej, kita mesti jadi mesej tersebut. Mengikut kefahaman saya, ini lebih kepada dakwah bil hal. Orang lebih senang ikut apa yang kita buat berbanding dengan apa yang kita cakap. Kita perlu membawa orang kepada Islam, bukan diri kita. Kalau bawak orang kepada diri kita nak buat apa. Boleh rujuk tulisan ustaz “Kau Murabbi Bukan Selebriti”.


Menyentuh soal penulisan, penulisan akan jadi lebih mudah sekiranya hati kita kuat dan dekat dengan Allah, serta benar-benar mahu berdakwah. Saya bertanya sendiri “Adakah aku mempunyai hati seperti itu?” Kata-kata ustaz memang banyak membuatkan saya sedar dan berfikir. Banyak…




Tajuk seterusnya “”Kesatuan Dalam Usaha Gerakan Dakwah” dikupas oleh Dr. Muhd Rumaizuddin Ghazali, pensyarah USIM sendiri.

Saya tertinggal cermin mata di bilik sebenarnya, terganggu penglihatan. Dah tau rabun, tak suka pakai spek jugak, last-last tertinggal. Suffer betul, nampak samar-samar je muka penceramah. Takpelah, yang penting apa yang disampaikan tu dapat dihayati, dan insyaallah diamalkan. =)



No comments: