Followers

Sunday, December 6, 2009

Catatan wehdah..."forum"


Nasib baiklah petang tu kami balik ke bilik dulu, boleh ambil spek. Memang dalam jadual macam tu, petang balik ke asrama, khidmat diri, makan dan solat. Lepas maghrib bertolak ke dewan kuliah semula. Malamnya ada sesi forum yang bertajuk “Generasi Muda Menjana Tranformasi Ummah” iaitu tema program konvensyen kali ini.


Barisan panel terdiri daripada Dato’ Haji Mohd Nakhaie Ahmad, Mantan Pengarah YADIM, Prof Madya Dr. Harlina Harlizah Hj Siraj, Perunding Kanan O&G, HUKM, dan Ustaz Kalam Mazad, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, JAKIM.


Isu yang disentuh, tentulah berkaitan generasi muda. Bermula dengan definisi remaja, belia, umur, dan sebagainya. Anak-anak yang lahir pada tahun 1980-an ke atas dikenali sebagai gen-Y, iaitu anak-anak yang sheltered, protected, dan provided, people with a rapid gratification. Owh, macam tu ke…baru tau.


Orang dulu-dulu, baligh lambat, kahwin awal, muda-muda dah galas tanggungjawab, cari rezeki dan sebagainya. Orang sekarang pulak, baligh awal, tapi kahwin lambat, biasanya because of education, belajar dulu baru kahwin, kerja, dan fikir hal-hal lain. Sebenarnya, tanggungjawab yang ada, secara automatiknya menjadi sebahagian daripada proses pematangan. Saya rasa saya ni memang tak matang-matang lagi…;p


Semakin kita mencapai umur dewasa, semakin kita perlu melakukan perubahan. Terutamanya dari sudut aqidah, kena jadi lebih baik dan lebih kukuh, dari sudut akhlak, supaya dapt jadi qudwah kepada orang lain, dari sudut aqliyyah, ilmu perlu sentiasa dicari, dari sudut insaniyyah, iaitu sikap dan keprihatinan kita terhadap orang lain, dan akhir sekali dari sudut fizikal. (Maaf ye, lupa point yang ni)


Bila ada rasa tanggungjawab, kematangan akan terbentuk. Tanggungjawab boleh diberi kepada seseorang untuk melaksanakan sesuatu tugas atau melalui kesedarannya sendiri. Tanggungjawab yang ‘diberi’ tak sama dengan tanggungjawab yang dia sendiri ‘sedar’ akan tanggungjawab tersebut.




Next point, tentang ilmu. Kita belajar ni nak kutip markah ke, nak kejar pointer ke, nak dapat anugerah ke, nak kerja bagus ke…masing-masing boleh fikir. Belajar, mesti ikhlas kerana Allah. Belajar, jadikannya sebagai satu ibadah. Lihat ulama’-ulama’ terdahulu, jadikan mereka sebagai sumber inspirasi, belajar daripada mereka, bagaimana tamdun Islam membangun dan berkembang. Melalui ilmu juga kita boleh berdakwah dan mengajak orang lain kea rah kebaikan. Jadikan dakwah sebagai satu cara hidup yang boleh mewujudkan transformasi di dalam masyarakat.


Jadi ummah yang boleh memimpin; diri sendiri dan masyarakat, jadi ummah yang boleh membuat keputusan dengan baik, yang boleh berkomunikasi dengan orang lain untuk menghubungkan ilmu dan berkongsi pandangan. Dan kita perlu menjadi orang yang boleh mengurus, not just a leader but also a manager.


All of us need to speak about Islam from the aspect we know. But of course it must be based on knowledge, sebab tu kena belajar. Tak semestinya kalau ambil bidang bukan agama kita tak boleh bercakap soal agama. Kena ada inisiatif lain untuk menuntut ilmu, apa yang kita tak belajar dalam dewan kuliyah. At least, kalau orang tanya, kita dapat jawab. Dan jawapan tu pulak, tak boleh main hentam je, lagi-lagi soal hukum. So, nak tak nak memang kena belajar lah.


Apa-apa hal pun, kena sentiasa betulkan niat. Moga-moga Allah sentiasa permudahkan urusan kita, insyaallah.


1 comment:

Amin Rukaini Mustafa said...

Generasi kini lebih banyak cabaran namun lebih 'slow' matang. Byk hiburan kurang tanggungjawab.

Diri ini juga terkena tempias2 itu.
:)

Salam Ziarah, salam ukhuwah.