Dah lama tulis, tapi ni baru sempat post...
Roommates semasa konvensyen-wehdah'09
Sebelum ke konvensyen pada 22 nov, saya ke rumah kakak di sungai besar, sabak bernam. Husna teman. Pukul 11 lebih baru bertolak dari uia. Mula-mula pergi low yat, husna cari external hard disk, lepas tu masuk times square pulak, tapi tak beli apa-apa pun. Kami beli makan tengahari je. Roti, cheese 1 packet, aiskrim 1 bekas. Sedap jugak makan macam tu, kan husna? Huhu…
Lepas asar pergi kl sentral pulak, stay situ je dulu. Selesai solat isya’ baru kami teruskan perjalanan, naik komuter ke shah alam, jumpa kakak kat sana. Kalau dah masuk komuter tu, crowded tak payah cakap la, sesak nafas pun ada, nasib baik tak tumbang je. Sangatlah ramai orang kat dalam tu. Memang macam sardin. Rimas. Pukul 9.30 baru sampai sana, kakak tunggu kat giant shah alam. Risau dia, abang ipar pun risau. Maaf ye…
Lepas asar pergi kl sentral pulak, stay situ je dulu. Selesai solat isya’ baru kami teruskan perjalanan, naik komuter ke shah alam, jumpa kakak kat sana. Kalau dah masuk komuter tu, crowded tak payah cakap la, sesak nafas pun ada, nasib baik tak tumbang je. Sangatlah ramai orang kat dalam tu. Memang macam sardin. Rimas. Pukul 9.30 baru sampai sana, kakak tunggu kat giant shah alam. Risau dia, abang ipar pun risau. Maaf ye…
Dua malam stay kat rumah kakak. Then balik uia balik before ke usim. Macam-macam kakak bagi, buah la, biskut la, roti la…
“Kak Lah, kitorang ni nak pergi program, bukannya balik kampung. Kat sana nanti diorang sediakan makanan la. Mana sempat nak makan bawak banyak-banyak macam ni.” Saya separuh menolak. Dahla bawak beg galas je, bukannya beg besar pun nak isi barang banyak-banyak.
“Alah, amik je. Ni bawak bekal, makan dalam bas. Yang ni boleh makan bila-bila. Amik ni sekali…bla bla bla…” dah kakak bagi, ambil jugaklah. Thanks a lot, sis. (^^,)
Kakak hantar ke stesen bas sungai besar jam 11pagi, dekat je pun. Dua jam lebih baru sampai pudu. Risau takut terlewat sebenarnya, nak bertolak ke usim jam 3petang, bas uia. Naik lrt sampai ke terminal putra, naik teksi, balik mahallah kejap, ambil barang-barang, lepas tu ke tangga besar, naik bas kat sana. Alhamdulillah pukul 3 masa tu, ada beberapa orang yang belum sampai. Dah bermandi peluh dah, penat!
Perjalanan dari uia ke usim memakan masa kira-kira sejam. Sampai sana azan asar berkumandang. Mula-mula check-in kat asrama dulu. Kami dibahagikan mengikut kampus masing-masing. Dalam bilik saya ada 6 orang, semua uia. Husna je uia kuantan. Ada 4bilik dalam tu, sebilik dua orang. Tapi satu bilik tak digunakan sebab kami berenam je. Saya, mestilah dengan husna. =)
4orang lagi baru kenal, walaupun satu kampus, uia gombak. Huhu… Aisyah sebilik dengan atiqah, k.syud sebilik dengan nisa’. Alhamdulillah, semua ok, dan masing-masing dapat menyesuaikan diri dengan cepat.
Jam 8malam ada taklimat di kampus usim, kami bertolak ke sana dengan menaiki bas yang disediakan. Malam tu naik bas UPSI. Jadi budak UPSI kejap. Hehe… Malam tu just briefing tentang perjalanan program je. Esoknya baru start program. Ramai jugak peserta. Ada yang datang dengan bas ‘u’ masing-masing, tak kurang juga yang datang sendiri. Insyaallah, next entry I’ll write about the program. ^_^

No comments:
Post a Comment