Semester baru telah melewati minggu kedua. Pantas masa bergerak seakan tidak terasa. Tarikh peperiksaan sudah ada dalam jadual, tugasan mula bertambah, banyak perkara yang perlu disusun atur dengan sebaiknya agar perancangan tersusun rapi.
Buat adik-adik baru, selamat datang ke taman ilmu dan budi, selamat melangkah ke alam university.
Ada beberapa orang sahabat yang saya kenali dan temui berubah penampilannya. Alhamdulillah, mereka telah berhijrah ke satu tahap yang lebih baik bagi saya. Berniqab. Semakin ramai yang berpurdah pada semester ini. Mungkin niat itu sudah lama tersimpan, cuma sekarang baru terlaksana, seperti saya dulu. =)
Selepas habis meeting hari tu, saya terserempak dengan seorang sahabat dalam perjalanan ke café.
“Masyaallah, umai!” gembira saya dapat bertemunya. Sambil menanti makanan siap, kami duduk berbual.
“Suami yang suruh ke memang umai nak pakai?” saya memulakan perbualan, memandang tepat ke arahnya.
“Orang memang dah lama nak pakai.” Dia menjawab.
“Buat istikharah tak?” saya bertanya lagi.
“Sebenarnya, lebih kepada gerak hati.”
“Owh…suami umai macam mana?” saya teringin mendengar kisahnya.
“Dia ok je, nak pakai takpe, tak pakai pun takpe. Dia cakap, buat la research dulu, kaji pasal ni. Biar faham dulu. Tapi dia memang sokong orang pakai.” Sahabat saya menjelaskan, baru saja kahwin beberapa bulan yang lalu.
“Sama la, jie dulu pun macam tu. Janganlah pakai sebab ikut orang atau saja-saja nak pakai. Biar kita sendiri yang faham. Jie dulu pun, tanya pendapat ramai orang jugak, lama fikir, buat istikharah semua tu. Takut jugak, kalau-kalau tak mampu nak istiqamah. Tapi kita usaha untuk jaga, kan? Lepas tu umai buat apa?”
“Orang cari la sebarang maklumat pasal pemakaian purdah ni, tentang hukum semua tu, search internet pun ada, baca blog jie, jie kan suka tulis pasal ni.” Tergelak saya mendengarnya. Siap cari kat blog saya lagi tu. :p Apa lagi entah yang dia buat.
“Jie...awak dah nak jadi mak cik tau…” saya nampak senyuman melalui matanya.
“Hah? Ye ke?!” saya separuh menjerit. Nasib baik la café tu memang bising. Pregnant 2bulan katanya, Alhamdulillah. Tahniah ye, bertambah lagi la anak-anak saudara saya nanti, dah berapa orang entah kawan-kawan yang tengah pregnant ni.
“Isy, dah nak jadi mak. Tapi jie nampak umai macam budak-budak lagi la…macam tak percaya je…” memang gaya dia macam tu pun.
“Orang dah matang la.” Selamba dia menjawab.
Tahniah untuk yang telah berubah selangkah lagi. Saya sendiri pun masih rasa belum layak untuk berpenampilan sebegini, tapi ini jalan yang saya pilih. Memang saya masih cetek ilmu, masih banyak sangat yang kurang, dan cabarannya tidak sedikit. Ada harga yang perlu dibayar. Ramai yang menyokong, tidak kurang juga yang memandang sinis, yang mempertikaikan pemakaian niqab ni.
Buat sahabat-sahabat, semoga terus thabat dan istiqamah di jalan ini. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Jadi, mintalah pertolongan dari-Nya, mohonlah agar kita sama-sama diberi kekuatan untuk memperbaiki diri, akhlak dan iman. Jangan utamakan pandangan manusia, tetapi utamakan pandangan Allah. Saya sendiri kadang-kadang tetap “jatuh”, tetap masih lakukan kesilapan yang sama. Tapi kita sentiasa punya waktu untuk memperbaiki kesilapan itu, kita masih punya waktu untuk berubah. Hargai setiap peluang yang ada. Semoga terus istiqamah, sahabat!

2 comments:
Salam'alayk kak...
TERUSKAN... Moga diberika kekuatan yerk! Ana selalu juga baca blog akak ni, alhamdulillah banyak juga yang ana dapat dr blog akak.
salam'alayk kak jie..
baru2 ni sy g pondok Baitul Qura' kt Sg.Udang,Melaka..Ust.Zul ckp hkum pkai niqab wajib dlm Mzahab Syafie'..Wajib apbla FITNAH b'lluasa spt k'adan dnia skg ni..walubgaimnpn pkra ni mrupkn khilaf dlm klgn ulamak..mklumt lnjut akk refer la gn guru2 pOndOk..xpOn cari kitab2 Fiqh yg dikarang ulamak2 silam..
harap b'guna tk akk n sume.. (^_^)
Post a Comment