Nak menegur boleh, tapi biarlah berpada-pada. Jangan rasa diri kita lebih hebat atau lebih baik dari orang yang ditegur. Mungkin satu masa nanti dia akan berubah dan jadi jauh lebih baik dari kita sekarang, siapa tau?
Ambil contoh, isu aurat, tentang tudung. Sekadar contoh.
Yang bertudung, jangan cepat menghukum orang yang tak bertudung. Tapi, nasihat dan tegurlah dengan cara yang baik. Hidayah tu milik Allah, tugas kita Cuma memberitahu dan menyampaikan. Mungkin hidayah Allah akan sampai kepadanya melalui kita, mungkin melalui orang lain, atau mungkin juga melalui cara yang lain. Banyak wasilah yang boleh Dia gunakan, kita tak tau.
Jangan sampai teguran atau cara kita yang tak berhikmah semakin menjauhkan dia dari Islam. Lebih-lebih lagi yang bertudung labuh, yang berniqab. Pesanan untuk diri sendiri terutamanya.
Pada saya, yang pentingnya kena tunjukkan akhlak yang baik. Berbanding kata-kata, orang lebih mudah melihat perbuatan kita. Dan kata-kata mestilah selari dengan perbuatan. Mungkin ramai orang mampu bercakap itu ini, tapi tak ramai yang mampu melakukan seperti apa yang diucapkan, sebab itulah orang lain susah nak ikut. Sekadar pandangan peribadi, dan hasil pemerhatian juga.
Lebih baik, sekiranya kata-kata, amalan dan perbuatan, seiring dengan penampilan.
Yang ditegur pula, cubalah berlapang dada dan tidak melenting atau berkecil hati dengan orang yang menegur. Lebih-lebih lagi bila yang menegur adalah di kalangan sahabat-sahabat kita. Biasanya orang perempuan ni lebih sensitif. Saya lah tu. ~~’ Kena sentiasa paksa hati untuk berlapang dada.
“Orang mukmin umpama cermin kepada mukmin yang lain”.
Pernah dengar ungkapan ini?
Kalau kita tengok cermin, dan nampak apa yang tak elok pada diri, muka comot ke, tudung senget ke, mesti kita nak betulkan. Macam tu juga dengan sahabat yang menegur. Bukanlah nak kata dia adalah yang terbaik, yang mulia, yang tiada dosa. Tapi dia tegur sebab dia sayangkan kita sebagai sahabatnya. Husnuzzon lah.
Cuba fikir balik, seandainya sahabat tadi tak menegur kita, dan kita terus-terusan melakukan kesilapan yang sama kemudian makin hanyut, dalam masa yang sama tiada siapa pun mahu tunjukkan kesalahan yang kita lakukan, apa akan jadi?
Mungkin orang lain akan fikir macam-macam pasal kita, mungkin orang lain akan bercakap-cakap pasal kita, mungkin juga akan semakin menjauhkan diri dari kita. Itu baru manusia. Bagaimana pula dengan pandangan Allah? Bagaimana sekiranya Allah ‘menjauhkan diri’ dari kita?
Ada orang, dia rasa malu bila sahabat tegur dan orang lain tahu pasal kesilapan yang dia lakukan. Tapi, pernahkah terfikir yang Allah tahu dan nampak segala perkara yang kita lakukan? Bukankah kita patut lebih malu pada Allah berbanding manusia?
Bersyukurlah kerana masih ada sahabat yang mahu menegur kita. Mungkin Allah ‘hantar’ sahabat itu sebagai wasilah untuk sedarkan kita, untuk menegur dengan cara yang lembut. Boleh jadi, ‘teguran langsung’ dari Allah lebih ‘tegas’ dan ‘keras’, siapa tau.
Allah sering memprtemukan kita dengan manusia yang tidak kita duga untuk memberi pelajaran dan hikmah kepada kita... Renung-renungkan. =)