O°o. .o°O______________________________O°o. .o°O.
(✿◠‿◠)*.: ♥ Catatan di hari ulangtahun ♥ .:*(✿◠‿◠)
.°o.O.o° ¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯ ¯ °o.O.o°
Terima kasih ya Allah, kerana masih mengizinkanku bernafas di bumi-Mu sehingga saaat ini.
Terima kasih ya Allah, kerana menciptakan aku dalam keadaan Muslim.
Dan semoga pengakhiranku juga sebagai seorang Muslim.
Terima kasih ibu, kerana bertarung nyawa untuk melahirkanku, pastinya tak mudah untuk mengasuh, mendidik, dan melayan kerenah anak-anak yang pelbagai.
Hanya redhamu yang kupinta.
Dan semoga Allah anugerahkan syurga buatmu.
Ameen.
★═══════ ●❤● ═══════★★═══════ ●❤● ═══════★★
Mohon doa sahabat-sahabat dan insan-insan yang mengenali diri ini.
Semoga Allah menerima segala amalan saya.
Semoga hidup saya dilimpahi dengan keberkatan.
Semoga usia saya yang berbaki dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya yang lalu, kini, mahupun akan datang.
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya, sama ada yang nyata atau tersembunyi.
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya, sama ada yang disengajakan atau tidak.
Dan,
Doakan semoga saya mampu menjadi hamba yang solehah.
Doakan semoga saya mampu menjadi hamba yang beriman.
Doakan semoga saya mampu menjadi hamba yang bertaqwa.
Paling penting, doakan saya dapat mencapai husnul khatimah.
Mahu kembali kepada-Nya dalam keadaan qalbun saleem.
Ameen...ameen...ameen ya Rabbal ‘Alameen...
★═══════ ●❤● ═══════★★═══════ ●❤● ═══════★★
Untuk awak, yang bernama sahabat...
Kalau saya tersalah, tolong betulkan.
Kalau saya terlupa, tolong ingatkan.
Kalau rasa saya jauh dari Tuhan, bantu saya untuk dekatkan diri pada Dia.
Jangan biarkan saya sendiri, jangan tinggalkan saya, boleh?
Terima kasih untuk awak,
Yang muncul sebagai salah satu helaian dalam muka surat kehidupan saya.
Yang menjadikan hidup saya berwarna-warni.
Yang mengisi kekosongan hidup saya.
Yang bukan hanya menemani saya sewaktu senang,
tetapi meminjamkan bahu untuk saya menangis.
Saya sayang kamu, tahu.
Ya, kamu. :)
★═══════ ●❤● ═══════★★═══════ ●❤● ═══════★★
Selamat hari lahir yang ke-24, Nazirah. :)


1 comment:
selamat hari lahir akak!
sanah helwah akak!
semoga umur yg baru ini
menmbhkan lagi segenap langkah menjejakkan kaki akak
melalui dunia-Nya
untuk mencipta keindahan disana
insyaAllah =]
Post a Comment