Followers

Wednesday, October 5, 2011

Kerana kita tak pernah sendiri.


Kadang-kadang bila datang ujian, rasa macam nak lari jauh-jauh, tak nak jumpa sesiapa, Cuma mahu bersendiri. Rasa lemah, rasa down, tension, sedih, bimbang, kecewa, bingung, serabut, gelisah, semuanya teradun menjadi satu. Segala bentuk rasa yang negatif mula bersarang dalam hati. Itu, apa yang saya rasa. Saya yang rasa.


Tapi, apa yang saya buat bertentangan dengan apa yang saya rasa. Kalau ikutkan hati memang saya Cuma mahu bersendirian dan nak jauhkan diri dari semua orang. Sangat mahu buat begitu. Tapi, saya masih boleh berfikir dengan rasional dan tidak meletakkan emosi di depan. Hati perlu kuat!

Bila buat salah, ada yang tegur, bila terlupa, ada yang mengingatkan, bila jalan seakan tersasar, ada yang menunjukkan arah, itulah gunanya sahabat. Alhamdulillah saya dikelilingi insan-insan yang baik dan prihatin. Saya sangat-sangat bersyukur kerana Allah anugerahkan sahabat-sahabat yang mampu buat saya rasa gagah untuk melawan rasa lemah.

Hidup ni ada pasang surut, iman pun ada turun naik, hati manusia apatah lagi, sentiasa berbolak-balik. Maka perasaan pun turut terganggu dengan ‘suasana hati’ yang kurang sihat. Lepas solat, sah-sah la menangis, dalam kelas pun boleh menangis tiba-tiba..adeh~ Tapi terlindung di sebalik kain yang menutup muka. :’)


Semalam ada usrah, sebelum tu awal-awal lagi dah mesej adik-adik untuk inform masa dan tempat. Takkan tiba-tiba nak cancel pula, memang takkan lah. Nak tak nak memang kena proceed juga. Harus. Walaupun saya sebenarnya bimbang macam mana nak handle usrah dalam keadaan hati sendiri yang rasa tak berapa stabil ni. Macam mana nak bagi pengisian? Risau tak risau, tawakkal jelah.

Dan saya doa, moga-moga Allah beri kekuatan pada hati serta lapangkan jiwa saya, sekurang-kurangnya untuk  teruskan usrah ni. Dan saya harap sangat-sangat, Allah akan ampuni dosa-dosa saya supaya adik-adik akan dapat ilmu dan perkongsian dalam usrah nanti. Saya tak nak, disebabkan gelapnya hati saya akan menyebabkan adik-adik terkena tempiasnya. Sebab saya sedar, hati yang bermaksiat kepada Allah, hati yang gelap dan berdosa tidak akan mampu untuk menyinari hati-hati yang lain.

Rasa macam nak je sambung menangis lepas solat isya’ masa kat masjid tu. T_T
Tabah, tabah...bertahan!

Kami mulakan usrah lebih kurang pukul 9.45 malam, itupun dah setengah jam bersembang dengan husna sementara menunggu yang lain datang, sebab ada yang ada meeting lain. Pada saya, saya bukan hanya mahu memberi, tetapi menerima, dalam konteks perkongsian ilmu. Saya sekadar pemudah cara dan penggerak, tapi isu yang dibincangkan adalah buah fikiran bersama. Saya minta adik-adik suarakan pendapat dan berkongsi pengalaman.

Last sekali, dalam pukul 11 lebih juga baru habis usrah. Itupun memang saya tamatkan dulu, lepas tu ada lagi sambung perkara lain dan bersurai dalam pukul 11.30 malam.

Saya rasa lega. Sangat. Saya bagitau adik-adik usrah, memang saya agak ‘bermasalah’ dan ‘kurang stabil’ pada hari tu. Nak buat usrah ni pun risau, risau dengan diri sendiri takut tak mampu handle dengan baik. Tapi saya paksa diri untuk berlagak tenang dan bertenang. Alhamdulillah berjaya.

Dan bersyukur sangat-sangat sebab berusrah pada malam tu. Sebabnya, saya seolah-olah dapat satu energy yang baru, dapat cas yang positif. Sedar tak sedar, masalah dan keserabutan yang bersarang dalam hati seakan lenyap macam tu je. Hilang. Memang saya tak sangka.

Terima kasih untuk adik-adik usrah akak. Best dapat anak-anak usrah macam ni. Boleh jadi ‘charger’ untuk akak. ;)

Kalau ada yang rasa tersisih, fikirkan semula, adakah orang yang menyisihkan kita atau kita yang menyisihkan diri dari orang lain. Kalau duduk seorang diri, lagi mudah syaitan nak 'cucuk', mula lah fikir benda-benda yang tak elok, sebab itu kita perlukan teman. Supaya ada yang boleh menasihati dan saling mengingatkan.

Bila berhadapan dengan masalah, jangan lari, tapi hadapi. Pesanan untuk diri sendiri. Sila tabah! 
^^,

Hati yang sakit dan tidak redha tidak akan mudah dan tidak akan berlapang dada dalam menerima dugaan dan ujianNya, kerana apa? 
Kerana hatinya telah jauh dari AsmaNya. 

Ubatilah hati itu agar kita tidak semakin jauh dan menjauh, terima lah ujian Nya agar kita tidak mengikuti jalan yang salah.
 
Sesungguhnya 

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Al-Baqarah: 286)

3 comments:

hnshzk said...

:) terima kasih awak untuk post ni.Rasa macam tgk cermin je bila baca post ni.Wlupun x kenal n dah x ingt mcm mana boleh sampai blog ni,tapi rasa sangat dan faham sgt apa yg awk rasa :( teruskan bermujahadah! and quote balik tajuk post ni-KERANA KITA TAK PERNAH SENDIRI :)

Syukran ya ukhti

umi Hamraa said...

Salam akak,

terima kasih atas sharing ni.

sangat kena dengan kondisi diri skrg ni.

:)

eliana said...

tq sharing jie.
*rindu jie* *hugs n kiss*