Apa first impression anda bila mengenali sahabat anda sekarang?
Mungkin last impression dah jadi berbeza dengan first impression. Tak mustahil juga masih sama.
Contoh, mula-mula kita kenal dia, nampak macam pendiam, sombong, garang. Sebaliknya, bila dah kenal, peramah rupanya, ceria, periang, dan sangat ramah.
Jangan mudah menilai orang berdasarkan penampilan luaran atau pandangan mata kasar. Cuba kenali hati budi dan dekatinya. Lagipun, taaruf adalah satu proses yang berterusan. Mungkin banyak perkara yang kita tahu mengenai sahabat baik kita. Tapi, lagi banyak perkara yang kita tak tau mengenai dirinya, hatinya, perasaannya, masalahnya, kisah hidupnya.
Serendah-rendah ukhuwwah ialah husnuzzon, kemudian berlapang dada. Setinggi-tinggi ukhuwwah adalah ithar, iaitu melebihkan sahabat daripada diri kita sendiri. Mampukah kita untuk sentiasa husnuzzon dan berlapang dada? Apatah lagi untuk ithar. Pada saya, memang susah. Tapi, tak mustahil. Jujur, saya belum sampai tahap tertinggi dalam berukhuwwah. ~~’
Kita sering bercerita, mahu sahabat kita mendengar luahan hati dan masalah kita. Cuba check balik, pernahkah kita menjadi sahabat yang sebegitu untuknya?
Manusia. Seringkali mengharapkan kesempurnaan daripada orang lain, seringkali mengharapkan orang lain memberikan yang terbaik untuknya, sehingga kadang-kala terlupa bahawa sahabat kita juga mengharapkan perkara yang sama dari kita. Sentiasa mahu sahabat menunaikan hak kita, tapi adakah kita juga memberikan yang terbaik untuknya dan menunaikan haknya sebagai sahabat kita?
Sekadar menulis apa yang terdetik di hati. Peringatan buat diri saya sendiri khususnya. Maafkan saya andai ada hak-hak yang tak tertunai, andai ada amanah yang tak terlaksana, andai ada hati yang terguris. Bukan niat saya, bukan disengajakan, mungkin ada yang terlepas pandang, sehingga ada perasaan yang terluka. Mungkin...ada kah?
Jika ada, tolong beritahu, agar saya boleh betulkan kesilapan itu dan tidak mengulangi perkara yang sama. Kita sama-sama tegur. Itulah gunanya sahabat.
Sekurang-kurangnya, husnuzzon lah dengan sahabat-sahabat kita. Sekurang-kurangnya. Semoga mereka juga husnuzzon dan berlapang dada dengan kita.
Didiklah hati untuk sentiasa ikhlas dan berlapang dada.
Susahnya mahu mentarbiyyah hati.
Saya, masih dalam proses.
Jom sama-sama jaga hati.
Sayangi sahabat anda. =)



1 comment:
=]
dari dulu smp skrg
kak jie mang cm ni...
rindunyelah..
Post a Comment