Entri copy paste. Saya rasa isu ini memang tak pernah selesai diperdebatkan. Dan mungkin, tulisan ini mampu memberi pencerahan kepada yang masih tertanya-tanya dan mencari jawapan tentang persoalan ini. Saya sendiri kadang-kadang tak dapat memberi penjelasan yang mampu memuaskan hati semua orang yang bertanya.
Semoga ada manfaatnya. Kredit to insyirah untuk entri ini. :)
********************************************************
Bismillahirrahmanirrahim.
Orang kata pakai purdah tak releven zaman sekarang.
Saya tanya kenapa.
Dia jawab sebab nanti orang takut dengan Islam.
Saya cakap, sebenarnya mereka bukan takut pada Islam tapi mereka takut melihat orang Islam yang tak mengamalkan Islam.
Dia kata lagi, purdah hanya fesyen.
Saya tanya di mana fesyennya.
Dia kata orang berpurdah pun tak tutup aurat, pakai baju ketat-ketat, pakai seluar singkat-singkat kadang nampak pusat, ada masa pakai legging saja.
Saya tanya lagi, sekarang... Yang salahnya purdah atau pada orangnya?
Dia kata lagi, purdah budaya orang Arab saja.
Saya kata pula. Oh, disebabkan Rasulullah s.a.w. berbangsa Arab, semua yang datang dari Rasulullah hanyalah budaya Arab. Syariat Islam pun dikatakan budaya Arab juga. Tapi, kenapa tang pemakaian saja nak pertikaikan. Kenapa semasa Ramadhan, berbuka puasa dengan kurma sebab ianya sunnah Rasulullah? Kenapa tak berbuka puasa dengan cornflakessaja? Kan semua yang datang dari Rasulullah hanya budaya, kenapa tak pertikaikan berbuka puasa dengan kurma adalah sunnah Rasulullah?
Dia cakap lagi, pakai purdah pun akhlaq macam sampah.

Saya senyum saja. Saya tertanya-tanya, tapi saya takut nak tanya nanti awak makin tertanya-tanya kenapa awak bertanya. Sebenarnya saya nak tanya, awak bermasalah dengan purdah atau awak ada masalah dengan Si Pemakai Purdah?
Saya nak bagitahu awak, sahabat saya cakap... Purdah bukan hanya pakaian tutup hidung, tutup mulut, tutup sebahagian muka atau nampak mata macam ninja saja. Sahabat saya kata lagi, purdah ialah sunnah (baginya yang memegang pendapat purdah adalah sunnah). Kalau sunnah, maknanya dari Rasulullah. Bila datang dari Rasulullah, kena la jaga betul-betul. Purdah adalah Islam. Orang kafir tak pakai purdah. Bila pakai purdah, kena jaga imej Islam. Menutup bukan sekadar mulut tetapi menjaga lidah dari mengadu domba, berprasangka, mencaci, menghina, mengumpat dan sebagainya. Bila orang yang pakai purdah tapi perangai macam sampah macam yang awak cakap tu, maksudnya bukan salah purdah tapi salah orang tu yang tak jaga akhlaq dia.
Awak kata lagi, bila berpurdah orang akan berprasangka dengan Islam.
Saya tanya awak, siapa yang berprasangka dengan Islam. Orang atau awak?
Awak tanya lagi, tak susah ke nak bermuamalat bila pakai purdah. Nanti orang pandang serong.
Saya nak bagitahu awak, muamalat dengan memakai purdah lebih menjaga muslimah bahkan orang yang tidak beriman dengan syahadah 'La ilaha illaLLAH, Muhammad Rasulullah' pun lebih menghormati muslimah daripada orang Islam sendiri.
Awak tak percaya juga.
Ada muslimah bercerita, dia baru je buat kad pengenalan (IC) minggu lepas sebab cip IC dah rosak. Tiba gilirannya untuk diambil gambar, pekerja lelaki tersebut mintakan pekerja wanita yang ambilkan gambarnya kerana segan dengan muslimah yang memakai purdah. Dan, pekerja lelaki tu BUKAN orang Islam. Barangkali dia tidak menganut mana-mana agama atau kristian. Dia terus berlalu meninggalkan kaunter. Awak rasa dia fikir orang berpurdah hantu ke? Tak... Dia tak takut tapi dia menghormati pendirian muslimah tersebut. Jadi, kenapa orang bukan Islam boleh menghormati pendirian orang Islam berbanding orang Islam sendiri?
Ini hanyalah analogi sebuah kisah yang selalu mempertikaikan sesuatu yang berkaitan dengan Islam. Seperti yang hangat baru-baru ini (sekarang pun masih hangat juga) mengenai syariat Hudud. Sesuatu yang orang tak sedar atau tak nak sedar... Orang Islam lebih takut kalau syariat Islam tertegak dibandingkan ketakutan mereka yang bukan Islam.
Renung-renungkanlah...
Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment