Convest kan seminggu, sekarang masih dalam fatrah convest, walaupun konvo dah berakhir.
Meriah juga, pada saya lah.
Lagi-lagi ramai kawan-kawan se batch yang konvo.
Seronoknya dah grad!
Ke tak? ~~’
Tentunya kamu-kamu akan rindukan UIA.
Saya pasti tentang itu.
Dan rindukan saya juga mungkin? ;)
***************
Hari pertama convest, sabtu. K.yuz nak datang dengan k.shida. Ingatkan saja nak melawat, rupanya datang ‘kidnap’ saya. Isy3... Imad pun ikut sekali. Dah lama sangat-sangat tak jumpa k.shida, k.yuz apatah lagi. Cuma internet menjadi penghubung. Itupun bukan selalu online.
K.shida memandu, k.yuz di sebelah, saya dan imad duduk di belakang.
“Kita nak ke mana ni kak?” k.yuz masih memandang ke depan.
“Entah, akak drive je ni.” Selamba k.shida menjawab. Huh? Biar betul..-_-“
“Akak jangan buat macam ni, kak...” imad menuturkan senada, macam orang tak ada perasaan. Imad memang macam tu. Saya Cuma ketawa.
“Akak boleh bawak imad, tapi yang penting kena hantar jie balik UIA sebelum zohor,ada program pulak ni,” giliran saya mencelah.
Rupa-rupanya kakak-kakak ni belanja kami makan secret recipe. Ok, terharu. Dah lama sangat mengidam ni. :P Maka sesi bergambar dimulakan. Sebelum masuk ke dalam pun saya dah snap gambar. Err, masa mula-mula masuk dalam kereta saya dah start ambil gambar, belum keluar UIA lagi masa tu. Sila tabah ye, semua. Saya memang macam ni. :D
***************
Sebelum keluar dengan kakak-kakak saya tu, awal-awal (tak ada lah awal sangat pun) dah melawat booth-booth yang ada di sekitar centre. Tapi sempat singgah satu booth je, untuk buat pemeriksaan kesihatan. Ukur tinggi, timbang berat (dah turun 4kg rupanya), periksa tekanan darah, dan yang sewaktu dengannya. Alhamdulillah semuanya stabil, sihat.
Tak tau pulak ramai sahabat-sahabat dari UIA kuantan yang datang. Seorang demi seorang saya jumpa, mula-mula di centre, lepas tu di masjid, sewaktu solat zohor. Excited kot jumpa mereka-mereka ni (rosak bahasa). Ramai tegur kata saya makin kurus. :P
Siap jumpa cikgu dan ustazah (maahad) lagi, datang konvokesyen anak-anak.
Selesai solat zohor, terus ke moot court AIKOL (Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Law) untuk program ‘Serumpun’. Nama panjangnya ‘Seminar penulisan putra-putri nusantara’. Best. Ramai juga peserta-peserta dari kampus lain yang datang.
Tak nak cerita pasal program, nanti panjang sangat yang nak di explain. Cuma nak kongsi sikit antara kata-kata Kak Fatimah Syarha. Mudah je nak menulis ni, mulakan dengan ‘bismillah’. Paling penting, kena ada asas dan kefahaman tentang al-Qur’an dan as-Sunnah.
***************
Hari ahad, mulanya bercadang untuk ke program National Seminar, tapi tak jadi. Lagipun tempat dah penuh, sebenarnya. Tapi bila tanya PM, katanya masih ada kekosongan. Tapi last-last saya tak jadi pergi jugak.
Bagus juga, dapat jumpa aqilah dan teman dia jalan-jalan. Ni salah seorang best friend saya juga, walaupun kami tak sama universiti, Cuma kenal melalui program. Tapi cepat je jadi rapat, boleh la nak share apa-apa atau berkongsi pendapat.
Lepas zohor baru ke centre, jumpa aqilah dan masuk kaed gallery. Chocolate fair!
Habislah... Saya sangat suka coklat. Beli yang murah-murah je, belanja qilah sekali. Tapi lepas tu dia belanja saya pulak. Isy3... Harus gunakan peluang untuk rasa semua ‘tester’ yang ada. Kenyang dah duk rasa coklat tu coklat ni, hehe.. Sebelum balik tiba-tiba aqilah bagi hadiah birthday. Wah, terharunya! Lain kali boleh bagi hadiah lagi. :P
Hari yang sama, sesi petang untuk student KAED (Kulliyyah of architecture and environmental design). Kat sini semua guna short form, habis semua saya explain kat aqilah. Kalau U lain panggil ‘fakulti’, tapi UIA kami sebut ‘kulliyyah’. Kalau U lain panggil ‘kolej kediaman’ tapi UIA kami sebut ‘mahallah’. =)
Masa tu tunggu izyan, tapi punyalah lama, then kami bergambar sama-sama kami dulu. Eh, siapa yang konvo sebenarnya ni? :P Last-last dalam 6.30 petang baru boleh jumpa dan bergambar dengan izyan, sampailah azan maghrib berkumandang. Huhu... Lepas solat maghrib ke aikol pulak, ada briefing untuk DTE (Down To Earth). Kiranya aktiviti amar ma’ruf nahi mungkar la ni. Lambat juga start, lepas isya’ baru bergerak.
***************
Terima kasih kepada sahabat saya azlina yang tiba-tiba bagi hadiah walaupun birthday saya dah seminggu berlalu. Hadiah terbaik adalah doa, itu pun dah cukup. Na, awak salah seorang sahabat terbaik yang pernah saya kenal. Sila rasa terharu bila baca ni, ye..;p
Dah lama kenal azlina ni, sejak mula-mula masuk maahad. Waktu tu baru 13 tahun, dah 11 tahun berkawan. Lama kan? Dah nak habis belajar pun (untuk degree lah), cepat je masa berlalu.
Tahniah untuk semua yang telah selesai konvo.
Tahniah kepada yang sudah bergelar siswazah.
Saya masih seorang mahasiswa. =)









2 comments:
xsempat jupe jie pon.. rindu. :'(
wow de new pcture yg di upload dalam entry ni... semoga duduk2 kita berpahala pada pg itu ye... walaupun hanya seketika insyaAllah memaknakan sebuah pertemuan.
Post a Comment