Followers

Sunday, February 22, 2009

Intellectual Forum


Rabu, 18 Februari, Gombak : Selepas mendapat kelulusan dari Hal Ehwal Pelajar UIAM, Ma'ruf Club UIAM akan menganjurkan satu forum intelektual mengenai senario semasa politik Malaysia pada saat ini.

Antara panelis yang dibabitkan adalah tiga tokoh politik dari parti pemerintah dan pembangkang di negeri Selangor serta seorang pakar undang-undang dari UIAM. Saudara Faridzul Nasarudin, Presiden Ma'ruf Club UIAM menyatakan bahawa menjadi hasrat awal di peringkat Ma'ruf Club untuk mempertemukan YB Nizar Jamaludin dan YB Dr Zambry yang kini menjadi icon utama pergolakan politik di Perak, namun hampir pasti usaha kami ke arah itu agak mustahil berikutan ketegangan yang belum mereda antara kedua-dua belah parti pemerintah dan pembangkang tersebut.

Berikut adalah maklumat lanjut program. Kesemua mahasiswa,aktivis kampus, dan masyarakat luar dijemput hadir :

Nama Program : Intellectual Dialogue Towards Upholding Ummatic Aspiration : Implication of Current Phenomenon Towards The Future of Malaysia

Tarikh : 24 Februari 2009 (Selasa)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Main Auditorium, UIAM


Isu-isu yang akan dibincangkan:

1. Isu Perak dari kacamata perundangan dan perlembagaan
2. Isu moral dan integriti ahli politik di Selangor
3. Kestabilan sosial yang diketepikan
4. Keparahan ekonomi negara pada saat ini
5. Peranan mahasiswa Islam dalam memperjuang nasib ummah pada saat ini

*Semua Dijemput hadir terutama golongan mahasiswa kerana isu ini berkait rapat tentang masa depan mahasiswa sendiri yang mana kita adalah generasi yang akan menentukan masa depan negara.
AYUH!!bersama kita memeriahkan forum ni. Tolong sebarkan kepada sahabat-sahabat terdekat.

~ Let's Discover the Beauty of Islam ~

Saturday, February 21, 2009

Kenapa perlu berkarya?

Mula-mula buat blog dulu, saya tak ada matlamat khusus pun, saja-saja buat. Lagipun kebanyakan posting saya copy paste je, tazkirah, sirah, dan artikel-artikel atau cerpen yang saya rasa menarik untuk diletakkan dalm blog.

Lama-lama baru saya mula tulis sendiri, belajar sikit-sikit. Macam best je bila baca blog orang yang cerita pasal aktiviti dan pengalaman sendiri. Walaupun kadang-kadang cerita yang ditulis entah apa-apa, tapi saya rasa seronok baca. Lebih bermakna kalau dapat tulis sendiri. Kan k.ain, kan? Blog
k.ain best. =) Siap promote lagi ni, k.ain kena belanja jie la lepas ni..;p

Then, baru saya sedar, banyak benda yang boleh kita sebarkan bila kawan-kawan baca blog kita. At the same time, boleh berdakwah melalui penulisan, bagi nasihat atau teguran, dan secara tak langsung peringatan untuk diri sendiri. Pun boleh improve writing skill. Walaupun saya tak ada bakat menulis, tapi takpelah. (Tiba-tiba je dapat "anugerah" hari tu, terkejut jie, k.ain, huhu...) Sometimes boleh hilangkan tension jugak.

Tajuk posting saya "kenapa perlu berkarya", sebenarnya saya terjumpa dalam
group karya fatimah syarha kat friendster. Saya tertarik dengan apa yang beliau tulis. Mohon izin akak ye, saya post dalam blog.


  1. Mencari redha Allah
  2. Membuka akaun akhirat
  3. Melawan gelombang karya jahiliyyah dengan gelombang karya islamik
  4. Mempertahankan fikrah Islam agar tetap berpengaruh dalam minda masyarakat
  5. Wasilah dakwah
  6. Menyebarkan deen Allah
  7. ......(tanya imanmu)
Banyak yang adik boleh hasilkan.

1. Karya santai khusus untuk remaja
  • Jadikan bacaan ringan boleh sentuh isu-isu remeh yang memebelenggu hidup remaja berusia sekitar sekolah rendah dan menengah contohnya, isu cemburukan rakan, gosip, malu berbadan gemuk, kuat berangan-angan dan sebagainya. Buat dalam 100 pages ke bawah cukup. Boleh dapatkan idea dari kisah adik-adik kita, kisah kita zaman muda-muda, imaginasi atau kisah masyarakat yang kita dengar jangan lupa suntik imunisasi dakwah di dalam mesej karya itu.
2. Novel yang agak ilmiah
  • Ala-ala novel yang pernah akak hasilkan
3. Karya santai kehidupan seharian



  • Catat apa saja pengalaman hidup untuk pengajaran masyarakat. Teristimewa buat yang rajin tulis diari dan blog.
4. Adaptasi buku daripada bentuk teks ilmiah kepada bacaan mudah untuk masyarakat umum.

5. Terjemahan

6. Ada baaaanyak lagi.


  • Mari, hunuskan pena kebenaran.
  • Langkah jihad ini tak maju dek puji,tak mundur dek keji,tapi kan tetap melangkah memburu redha Ilahi.

Wednesday, February 18, 2009

Peristiwa hari ini...

Setiap hari kelas saya bermula jam 8 dan 8.30 pagi, selang-seli. (Skema nya ayat) Awal ke? Taklah, boleh elak tidur lepas subuh, walaupun kadang-kadang ter'syahid' jugak dekat sejadah lepas solat. Huhu... Hari ni start 8.30 smpai 1 tengahari, gap 10 minit je untuk ke kelas seterusnya.

Semuanya berjalan seperti biasa. Kelas kedua, creative thinking & problem solving jam 10 pagi, memang lecturer tu sangat punctual. Nasib baik la kelas dekat bangunan yang sama, tak payah nak rush, dua2 dekat irk. Mula-mula ada presentation, group saya dah present minggu lepas. Then mdm sambung mengajar, explain balik apa yang group tu dah bentang tadi. Tapi ada perkara yang tak diduga terjadi. Saya pun tak sangka benda ni nak jadi. Suspen tak?

Masa mdm tengah mengajar, kawan sebelah saya ni merungut.

"Boringla.." dia tengok jam.


"Belum pukul 11 pun lagi, lamanya..." kelas tamat jam 11.20.

"Tension la, jie..." saya pandang dia dan senyap je. Lepas tu dengar dia mengeluh, dia bersandar di kerusi, nampak macam tak larat je. Dia angkat tangan macam menggeliat, begnya jatuh.


Dalam hati saya,

"Apahal pulak sampai macam ni reaksi dia ni." Dahla brothers duduk sebelah. Tapi saya buat tak tau jelah, cuma pandang lecturer je.

Tiba-tiba dia menjerit,


"Aarghh...!!"

Terkejut saya! Dia pandang atas, nampak macam tak sedar. Saya tersentak, takut pun ada, nasib baik tak panik. Saya terus pegang tangan dia kuat-kuat. Mana la tau tiba-tiba jadi benda lain pulak.

"Mdm, mdm!" teriak seorang brother.

"What happened?" mdm datang ke arah kami.

"Tak tau la mdm, tiba-tiba je jadi macam ni. Tadi dia cakap tension..." hanya itu yang mampu saya jelaskan. Mdm pegang tangannya, suruh dia minum air kosong.


"Ada sesiapa yang ada air tak?" tanya mdm. Seorang sister meghulurkan sebotol mineral. Muka kawan saya dibasahi peluh, pucat, tak bermaya. Bibirnya bukan setakat biru, dah berubah jadi putih.

"Peningnya..." kawan saya dah sedar balik, dia bersuara lemah. Saya tau, satu kelas pandang kami masa tu. Macam-macam mdm tanya saya, kenapa dia jadi macam tu, pernah sakit tak, tapi saya memang tak tau apa-apa! She just my classmate, memang baik, tapi tak rapat sangat.

i
"Takpelah, rehat dulu. Lepas dia dah ok, awak bawak dia pergi bilik saya, rehat kat sana, ye..." then our mdm continue her lectures. Saya urut tangannya. Sejuk.

"Jie, orang nak pergi toilet." pinta kawan saya, tapi dia tak boleh bangun, tak larat nak jalan.

"If she cannot walk, don't can't force her. Badan dia lemah lagi, tunggu dia ok sikit." nasihat mdm.

"Ok tak ni? Boleh jalan tak?" risau saya melihat keadaannya. Baru saya sedar, masa dia menjerit tadi, kasutnya tercampak ke depan, dua-dua pulak tu. Saya tak perasan pun tadi.

"Ok dah..." dia mengangguk perlahan. Bila dia cakap dah ok, saya bantu dia bangun. Nampaknya badannya masih tak stabil, tak boleh pimpin, kena papah. Banyak mata tertumpu ke arah kami. Baru je jalan beberapa langkah, elok-elok je sampai depan pintu, dia terjatuh. Badan saya tak mampu menampung tubuhnya, saya pun terduduk sama! Yang lain datang tolong.

i
Melihatkan situasi ini, mdm call ambulan. Saya bawanya ke bilik air dibantu kawan yang lain. Lepas tu duduk kat luar kelas je tunggu ambulan sampai. Kelas pun dah nak habis masa tu. Saya ada kelas lain pulak, straight 3 kelas. Ada classmate yang temankan dia ke klinik menaiki ambulan. Saya ingat nak pergi klinik lepas kelas, tapi dia mesej kata dah tak ada masalah, dah boleh balik. Roommate dia pun dah ada kat sana temankan. Alhamdulillah tak ada apa-apa, cuma kena rehat je.

Doktor kata tekanan darahnya rendah. Sebelum ke kelas, dia pergi derma darah. Patutla pitam tadi, effect la tu. Tapi dia cakap dah makan, mungkin memang badannya masih lemah. Masa menjerit tu pun dia cakap tak sedar apa-apa, dia siap tanya saya lagi apa yang berlaku masa tu. Saya ingatkan dia kena histeria, risau jugak. Dulu roommate saya pernah kena, agak teruk jugak la. Pengalaman.

Saya tak pernah derma darah lagi setakat ni. Sebelum ni dah dua kali nak derma tapi tak boleh, tak cukup iron. Kena makan "besi" lebih sikit la ni, huhu. Ada sekali tu, saya puasa. Sehari sebelum tu saya tak makan kecuali dalam pukul 5 petang. Malam tu pun tak makan apa-apa. Ingatkan nak bangun sahur tapi tak tersedar, maknanya qiam pun tak.


Masuk waktu zohor memang saya rasa lapar sangat, perut minta diisi. Saya buat tak tau je. Masa nak solat asar, lutut saya dah rasa lemah, nak sujud pun terketar-ketar, tak larat. Tangan saya menggigil, sangat ketara. Saya pun naik takut, kalau sakit pun tak pernah menggigil sampai macam tu. Sebab tak makan la, tak ada tenaga. Lepas berbuka alhamdulillah dah ok.

"Lain kali buat lagi ye, jangan makan." Perli nisa'. Yelah, yelah...lain kali tak buat dah. Huhu.

Apa-apa hal pun, kena jaga kesihatan. Ni nasihat untuk diri sendiri la jugak, nanti k.imah marah pulak. Hehe... Kalau tak makan, tangan saya akan menggigil, kalau tak tidur malam saya akan pening. Tapi mak tak tau pun, takpe... Pandai-pandailah jaga diri. Memang kena jaga kesihatan, sebab kita kena tunaikan hak kepada diri jugak, badan pun perlukan rehat.

Tuesday, February 17, 2009

Asal-usul kalimah zikir...(^^,)

Sebenarnya dah lama saya nak tulis tentang entry yang ni. Teringat masa forum isra' mikraj tahun lepas, panelnya ustaz wan akasyah dan ustazah siti nor bahyah. Ustazah ada cerita tentang bagaimana wujudnya kalimah-kalimah zikir yang selalu kita amalkan. Tapi saya tak catat pun masa tu, khusyuk mendengar je, huhu... So saya pun search la dalam internet cari pasal butir-butir yang ustazah cakap, luckily i found it! =)

Kalimah-kalimah zikir yang kita lafazkan tu ada sejarah dan asal-usulnya. Bila dengar forum masa tu, baru saya tau kisah di sebaliknya. Isk, jahil sungguh saya ni, banyak benda yang tak tau. Sebenarnya memang banyak perkara yang kita tak tau, kan? Ilmu Allah memang sangat luas, sampai ke liang lahad pun memang takkan habis menuntut ilmu. Mungkin ada yang dah tau pasal ni tapi terlupa. Mungkin juga ada yang memang tak tau langsung. Jom kita singkap kisah di sebaliknya.



ASAL USUL KALIMAH 'Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaha illallah Wallahu Akbar Wala Haula Wala Quwwatailla Billahil Aliyyil Aziem'
(KISAH DIPETIK DARI HIMPUNAN KISAH-KISAH TAULADAN)


Ibnu Abbas R.A. berkata, "Ketika ALLAH SWT menjadikan Arasy dan menyuruh Malaikat cuba memikulnya lalu Malaikat cuba memikulnya dan terasa berat, kemudian ALLAH SWT menyuruh para Malaikat membaca 'SUBHANAALAH' sebaik sahaja membacanya maka ia terasa ringan memikul Arasy dan mereka membaca selama-lamanya."

Ibnu Abbas R.A. berkata, "Apabila ALLAH SWT menjadikan Nabi Adam A.S. maka mula-mula yang keluar dari mulut Nabi Adam A.S. ialah bersin, lalu ALLAH SWT mengilhamkan pada NAbi Adam A.S. untuk mengucapkan kalimah 'ALHAMDULILLAH' lalu ALLAH SWT menjawab 'YARHAMUKA RABUKKA' (kerana rahmat itulah aku menjadikan engkau)."

Kemudian para Malaikat berkata, "Inilah kalimah mulia dan baik dan tidak sepatutnya kami abaikan," maka digabungkan dengan ayat pertama tadi dan para Malaikat membaca 'SUBHANAALLAH WALHAMDULILLAH'

Mereka membaca demikian sehingga ALLAH SWT mengutuskan Nabi NUH A.S. disebabkan kaum Nabi Nuh A.S. adalah kaum yang pertama menyembah berhala maka ALLAH SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh A.S. supaya menyuruh kaumnya membaca 'LAA ILLAHA ILLAALLAH' bagi mendapatkan keredaan ALLAH SWT

Lalu para Malaikat berkata, "Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan." Maka para Malaikat pun menggabungkan dengan kalimah yang dua itu sehingga menjadi 'SUBHANAALLAH WALHAMDULILLAH WALAAILAHA ILLALLAH'

Para Malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim A.S. setelah terutusnya Nabi Ibrahim A.S., ALLAH SWT telah memerintahkan supaya Nabi Ibrahim A.S. menjalankan korban anaknya iaitu Nabi Ismail A.S. yang mana akhirnya ALLAH SWT telah menebus anaknya, Nabi ISmail A.S. dengan seekor kambing. Apabila Nabi Ibrahim A.S. melihat anaknya diselamatkan oleh ALLAH SWT dan digantikan dengan kambing maka Nabi Ibrahim A.S. menyebut 'ALLAHU AKBAR' kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH kepadanya.

Para Malaikat berkata, 'Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar maknanya lantas digabungkan keseluruhan ayat tersebut menjadi 'SUBHANAALLAH WALHAMDULILLAH WALAAILAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR'

Ketika Malaikat Jibrail A.S. menceritakan kisah ini pada Rasulullah SAW baginda merasa kagum dan terus mengucapkan 'LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHIL ALIYIL AZIEM'.

Kemudian Malaikat Jibrail A.S. berkata, "Gabungkanlah kalimah empat itu sehingga menjadi 'SUBHANAALLAH WALHAMDULILLAH WALAAILAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR WALA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHIL ALIYIL AZIEM'.

Itulah antara kisah yang ingin dikongsi bersama dan amalkanlah ayat tersebut sepanjang hari sebagai zikir yang membasahi bibir kita seharian moga mendapat manfaat dari kalimah terbaik dan zikir yang menjadi amalan para Malaikat...

Moga kita tergolong dalam golongan yang beriman dan terpelihara dari hasutan dan ajakan Iblis Laknatullah... Ameen Ya Rabbal 'alameen...

Sunday, February 15, 2009

.: Hati dan iman :.


Apa khabar hati? Apa khabar iman? Saya sangat tertarik membaca majalah solusi yang baru, fokusnya tentang hati. Hati memang berkait rapat dengan iman, perasaan, dan perbuatan. Pengisian yang sangat bagus untuk jiwa yang sedang 'lapar'. Segala amalan bergantung pada hati dan niat. "Innamal a'maalu binniyyat", semua sudah sedia mafhum.

Majalah ni sangat best, saya pun pinjam dengan izyan je, nak beli tapi tak jumpa kat sini. I did not finish my reading yet, but i just want to share and highlight a few things here. It's all about 'heart'. Moga manfaatnya dapat dikongsi bersama.

"Carilah hatimu sewaktu membaca al-Qur'an. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru..."

So, where did you find your heart? Masa baca qur'an ke, masa solat ke, masa tafakur ingat mati? Kalau tak jumpa jugak, maknanya hati yang kita ada sekarang bukan hati kita lagi dah, sebab tu kena minta dengan Allah 'hati yang baru'. Susahnya nak jaga hati ni kan, karat mazmumah masih bersarang, benih mahmudah masih belum matang. That's why, jangan mudah nak komen orang, muhasabah diri tu dulu. Ingat ye, jie... Diri ini masih berlumuran dosa, hati ini masih belum terjaga, astaghfirullah... Moga pintu taubat-Mu sentiasa terbuka untukku Ya Allah, ameen...


1. Membaca al-Qur'an
"Diturunkan kepadamu al-Qur'an sebagai petunjuk dan rahmat serta penawar..."
(surah al-isra': 82)

2. Mendirikan solat
"Jika kamu ingin Allah 'bercakap' denganmu, bacalah al-Qur'an kerana al-Qur'an ialah ayat-ayat Allah yang ditujukan kepadamu. Tetapi jika kamu pula ingin 'bercakap' dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah."

3. Mengingati mati
Hati yang mengingati mati akan hidup, yang melupakan mati akan mati. Hiduplah dengan semangat orang yang bersedia untuk mati.
Sabda nabi s.a.w. "Orang yang paling cerdik iaitu mereka yang banyak mengingati mati." (riwayat al-baihaqi)

Nasihat saya untuk diri sendiri sahabat-sahabat, carilah hati kita pada 3 tempat tersebut. Usahakan untuk bersihkan hati, cari penawar sebelum hati yang 'sakit' semakin parah. Paling penting, sentiasa berdoa dan husnuzzon dengan Allah. Bila-bila masa Allah boleh makbulkan doa kita. Teringat nasihat ustaz rahim masa belajar di pondok dulu, nak buat apa-apa pun kena berdoa, kita tak tau bila Allah nak makbulkan doa kita, tapi jangan sesekali berhenti berdoa. Doa itu senjata mukmin, doa itu penawar, berdoalah apa saja. Jadi, nak sucikan hati pun kita kena doa jugak, jangan jemu dan putus asa.

Mintalah Allah bantu kita untuk terus istiqamah, perbaiki ibadah wajib, tingkatkan amalan sunat. Mohonlah agar Allah tetapkan hati kita untuk taat kepada-Nya, untuk mencintai-Nya. Yang susah itulah kita kena mujahadah, kena paksa diri. Jannah is expensive, so we must work hard to 'pay' for it.



Nasihat Ibrahim al-Khawas,
Penyucian hati berlaku apabila:
1. Sentiasa berzikir mengingati Allah
2. Membaca al-Qur'an
3. Tahajjud di sepertiga malam
4. Bergaul dengan orang-orang yang soleh
5. Mengamalkan puasa sunat secara istiqamah

Saturday, February 14, 2009

"Valentine~Sempena Kejatuhan Islam di Sepanyol"

"Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati…"



Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya. Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan "supercalis" bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".



Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga anda semua mengambil iktibar!!! Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol...

sumber: iluvislam.com

Friday, February 13, 2009

Tetap bersabar dan bersyukur...


Sometimes when i feel stress, i failed to manage myself and my feeling as well. I look at something as a negative rather than put it in a positive way. It was like lost of control, pressure, feel bad, down, tensionnya...huhu...Maybe because i did not well prepared for my task, so i couldn't perform it better, rasa tak puas hati je, tak bestnya perasaan ni...

"Sabar. Biasalah hidup. Tenangkan hati. Senyum. =) "


Mesej yang ringkas, tapi saya tersenyum membaca mesejnya. Kemudian saya reply,

"Thanks, hajar...saya sayang awak..."

Sebelum ni pun dia pernah bagitau saya, jangan rendah diri sangat.

"Destroy your mental block".

Saya ni suka mengadu kat awak kan, hajar? Tapi saya tau awak tak kisah, sebab kita kan kawan baik...;)

I told myself, life is so colourful, so why not i see all the colours? Like the rainbow, isn't it beautiful? Tapi pandang langit je pun sudah cukup mendamaikan hati saya, melihat awan yang putih bersih, memerhati alam ciptaan Allah, saya rasa tenang. Sudah cukup membuatkan saya melupakan seketika kekusutan yang dihadapi.


Kadang-kadang kalau ada rasa tak puas hati, pressure, apa-apa jelah, rasa macam nak jerit je kuat-kuat, nak lepaskan perasaan yang 'tak best' tu. Kalau saya, share your feelings with someone, dengan sahabat yang rapat dengan kita, rasa lega sikit. Saya tak boleh nak telan masalah seorang diri, kena berkongsi jugak, let someone know. One more thing, i love chocolate. Biasa jugak, time tension saya akan beli coklat. K.imah pun dah faham dah. So sesiapa yang tengok saya macam ada masalah bolehlah nak hadiahkan coklat, hehe.


Jangan lupa Islam pun ada caranya. "Alaa bizikrillahi tatmainnal quluub..." Baca Qur'an seolah-olah kita sedang bercakap, al-Qur'an kan kalam Allah. Saya pernah lepaskan tension dengan cara ni, baca kuat-kuat, tapi bukan menjerit. Well, it works to me. Baca sambil cuba selami maksud, fahami maknanya. Daripada kita marah-marah dan membebel tak tentu hala, baik baca Qur'an kan? Dapat jugak pahala.

Sebut pasal Qur'an ni baru teringat, i've got something today. Ada bungkusan baru sampai untuk saya tadi, sebuah al-Qur'an mushaf malaysia. Bestnya dapat hadiah. Thanks a lot for the gift! (^^,)





Ambil wudhu' pun boleh, biar rasa segar sikit. Insyaallah akan rasa tenang dan lapang hati dan fikiran. This is just my own view, macam dalam blog keretamayat selalu sebut "nota ugama untuk diri".

Saya ada dapat mesej dari seorang kakak ni, selalu berhubung tapi tak pernah berjumpa. Sometimes i ask for her advice, minta pandangan dan bertukar pendapat. Kata-kata dari mesejnya memang meresap ke hati saya.

"Takpe jie, kadang-kadang kesilapan itu untuk buat kita lebih bersyukur, rasa syukur yang amat-amat sangat bila kita dah berjaya memperbetulkan kesilapan. Sebab, kita kadang-kadang bila berhasil buat sesuatu, kita lebih layan rasa gembira dari ucap syukur. Teruskan dan gandakan usaha. Insyaallah, ada yang terbaik untuk jie nanti."

Seorang mukmin, apabila ditimpa musibah dia bersabar, dan apabila diberi nikmat dia bersyukur. Bukankah begitu? Sama-sama kita renungkan.

"Tunjangkan resahmu ke dada SOLAT...
Himpunkan keperitanmu dalam genggaman DOA...
Tutuplah kekecewaanmu dengan TAQWA...

Nilaikan cermin diri dgn keikhlasan HATI..."

Thursday, February 12, 2009

Dalam Sujud Terakhirku...




Dalam sujud terakhirku, Ya Allah...
Ku teriakkan asma'-Mu sekeras-kerasnya...
Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku...

Dalam sujud terakhirku, Ya Rabbi...
Ku menangis sejadi-jadinya...
Biar kering mata ini...
Namun basah ladang hati yang gersang...

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahman...
Ku lihat semua dosa yang membayangiku...
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh...

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahim...
Biarkan aku patah dalam cahaya-Mu...
Biarkan ku musnahkan titik-titik kemunafikanku...
Agar ku kembali dalam pelukan hidayah-Mu...

Dalam sujud terakhirku...
Biarkan aku hirup nafasku sekali lagi...
Hanya umtuk menyebut nama-Mu...
Dan kekasih-Mu yang tercinta...

Monday, February 9, 2009

Rindu sahabat...

Sudah genap lima bulan pemergian arwah k.hajar, namun hati ini masih merindui dirinya. Setiap hari pun saya akan teringatkannya. Perkenalan yang singkat, tetapi ukhuwwah kami erat. Arwah seorang kakak yang sangat baik, menjaga kami umpama adik-adiknya sendiri. Bukan ingin meratapi pemergiannya yang lebih dahulu dijemput ilahi, cuma sekadar ingin meluahkan apa yang terbuku di hati.

Bayangan wajahnya sentiasa bermain di fikiran, apatah lagi bila melihat gambar-gambarnya yang masih ada dalam laptop. Percaya atau tidak, nombornya juga masih belum saya padam dari handset... tak ter'padam'. Kenangan bersamanya akan tetap tersimpan rapi dalam kotak ingatan saya sampai bila-bila.

Mesej dari ilyani semasa cuti sebelum ni membawa saya mengimbau memori lalu…

“Jie, tadi yani browse laptop…terbuka fail masa kat matrik tempoh hari…video k.imah tengah bagi tazkirah masa kat musolla AC. Kita semua ada kat situ, arwah k.hajar pun ada. Sesungguhnya diriku dilanda kerinduan yang amat pada sahabat-sahabat.”

Saya masih ingat hari itu kami mengadakan iftar di musolla mahallah aisyah. Selepas berbuka dan solat maghrib berjemaah, k.imah bagi sedikit pengisian, zai berpeluang merakamnya pada saat itu. K.hajar senyum je...

Lepas baca mesej yani saya pegang je handset tu. Saya pun rindukan arwah, dan sahabat-sahabat satu batch yang lain. Saya tekan butang reply dan menaip sesuatu, send

“K.hajar sentiasa ‘hidup’ dalam hati kita semua, insyaallah semangatnya sentiasa bersama kita…”


Hanya itu yang mampu saya balas. Saya percaya ukhuwwah kami tidak hanya terhenti di sini, walaupun zahirnya kami telah terpisah oleh alam yang berbeza, namun doa masih kami titipkan buatnya. Al-fatihah...





"Roh ukhuwwah menggetarkan hati dan perasaan. Hati-hati bersatu atas dasar yang satu, terikat dengan ikatan aqidah, ikatan yang paling kukuh dan mahal. Bila hati telah terpaut dan jiwa telah terpadu, maka persaudaraan yang wujud terus berjalan, bersih, dan penuh rasa kasih. Berdoalah agar kita sentiasa dikurnia nikmat kemanisan berukhuwwah. Agar kita sentiasa berpijak pada simpulan aqidah, pengikat yang utuh dan abadi..."

Saturday, February 7, 2009

.: Ilham :.

Kadang-kadang rasa nak menulis, tapi tak tau nak tulis apa. Kadang-kadang banyak benda nak bagitau, tapi malas nak tulis. Kadang-kadang ada perkara nak cerita, tapi tak berkesempatan untuk dikongsi. Banyaknya “kadang-kadang” tu…adakah itu semua hanya alasan… atau apa?
Saya pernah tanya k.samhani, macam mana nak menulis dengan baik, dari segi bahasa, idea, dan apa yang ingin kita sampaikan. Biasanya cakap memang mudah, tapi bila nak menulis tak semudah apa yang kita bicarakan. Kami berbual dalam kereta semasa k.sam hantar saya pulang, baru habis program adik-adik sekolah.

“Kena banyak membaca, sampaikan apa yang kita tulis tu dari hati, insyaallah orang akan terima.” Kereta meluncur laju, azan maghrib mula berkumandang.

“Kalau tak tau nak tulis apa macam mana pulak? K.sam banyak betul idea, ye?” saya pandang wajahnya. K.sam terus memandu.

“K.sam pun bukannya selalu ada idea untuk menulis. Ilham Allah bagi. Kalau time k.sam lagha tak ada idea jugak.” Mudah je jawapan dia. Saya terdiam. Kata-katanya membuatkan saya berfikir. Saya selalu lagha, lalai…


Teringat soalan yang sama, pernah saya tanya k.fatimah syarha, masa tu terserempak dengan dia dalam perjalanan balik dari kelas tutor, 2 sem lepas.

“Lama tak akak tulis novel tautan hati tu?”

“Satu sem.” Dia senyum.

“Satu sem? Cepatnya!” Novel tu memang tebal, satu semester bukan satu jangkamasa yang panjang bagi saya untuk menyiapkan novel setebal itu. Ditambah lagi dengan komitmen sebagai seorang pelajar.

“Macam mana akak dapat idea nak menulis?” saya bertanya sambil kami meneruskan langkah pulang ke mahallah.

“Ilham Allah bagi, dik…” dia senyum lagi, kemudian menyambung, “Pengalaman kawan-kawan akak, dan juga harapan akak sendiri.”

Kesimpulannya, memang ilham dari Allah. Saya belajar untuk menerima segala perkara dengan redha, sabar, dan syukur. Saya belajar untuk memandang segala perkara dari sudut yang positif. Segala-galanya telah diaturkan dalam kehidupan kita, bukan suratan atau kebetulan, tapi adalah ketetapan dari-Nya.





"Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, yakin pada Allah bukanlah keindahan nikmat, yakin pada Allah adalah meletakkankeREDHAan pada keTENTUan-Nya, rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, di situ ada air mata yang tertitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, indahnya tarbiyyah Allah, tersirat rahmat dan hikmah, diuji kita sebagai tanda sayang-Nya..."

Denda atau taklifat untuk diri...

Denda sinonim dengan kesalahan. Betul, kan? Kalau pelajar-pelajar buat salah cikgu akan denda. Teringat zaman sekolah rendah dulu, kena denda berdiri di luar kelas, berdiri atas kerusi, kutip sampah, dan sebagainya. Bukan sekolah rendah saja, masa dah masuk sekolah menengah, kat maahad tu pun saya ada pengalaman didenda jugak. Salah apa? Rahsia, takkan la nak bagitau semua, hehe…

Bagi saya, bagus jugak kena denda ni. Kita kena pandang segalanya dari sudut yang positif. Sebarang bentuk denda atau hukuman akan mengajar seseorang itu untuk jadi lebih berdisiplin. Bila kenangkan pengalaman lalu, rasa kelakar pun ada. Malu nak cerita kat sini, cukuplah pengalaman tu menjadi memori dan pengajaran berharga untuk saya. =)

Yang kedua lain pulak halnya. Denda semasa berada dalam program. ‘Hukuman’ yang ni kadang-kadang menyakitkan jugak. Saya mula mengikuti program kepimpinan di sekolah semasa form 3, lepas tu form 4 dan seterusnya. Seingat saya, yang paling ‘sakit’ semasa form 4, k.sam jadi timbalan pengarah program. Ingat tak k.sam…? Mana boleh lupa, teruk kami kena, huhu…

Barang amanah yang kami dapat pun unik jugak. Mana la abang-abang dan kakak-kakak masa tu dapat idea kenakan kami. Mula-mula sampai dah dapat ubat pensel sebagai barang amanah, takutnya nak pegang. Lepas tu beras, berapa biji entah, tak ingat. Susahnya nak jaga benda-benda tu, seksa betul.

Banyak benda yang tak munasabah yang kami kena buat. Sedikit perkongsian, bukan nak cerita semua pun. Bayangkan, bangun dalam 4 pagi, dalam keadaan masih mamai kena berlari, then kena tukar pakaian sukan & ambil wudhu’ pulak, kena pergi cari kucing, tangkap nyamuk jangan bagi mati, dan macam-macam lagi benda pelik. Saya tak boleh lupa bila kena makan bawang putih mentah-mentah masa tu. Sabar jelah!

Saya terfikir, kalau lah kita boleh disiplinkan diri bila takut kena denda, atau untuk elakkan dari dihukum, tentu kita akan lakukan segalanya dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, dalam program, kalau buat salah kena denda berdiri separuh (fizikal), atau istighfar 100x (spiritual), dan sebagainya. Apa salahnya kalau kita (I mean, myself) aplikasikannya dalam kehidupan seharian kita. Tetapkan denda dan taklifat untuk diri sendiri, cuba untuk amalkan dan latih diri untuk jadi lebih berdisiplin. Tak kiralah dalam hal apa pun.Mulakan dengan yang mudah dan simple dulu. Chaiyok jie! (^_~)


"Ya Allah, kuatkan hati ini dalam merentas benua mehnah-Mu. Aku bimbang, karam di tengah samudera-Mu. Kuatkan ranting-ranting perjuanganku, agar tidak goyah bilamana hadir ribut dugaan yang membikis perjalananku, yang menyekat nawaitu ini, yang menghalang gerak langkah menyusur arahmu. Qudusnya kasih-Mu, paut dan genggamlah erat-erat diriku agar tidak jauh dari-Mu…Ameen…"

Tuesday, February 3, 2009

Selamat Hari Lahir Sahabat...(^^,)

Hari ini hari ulangtahun kelahiran beberapa orang yang bermakna dalam hidup saya. First of all i would like to wish a happy birthday to my dearest friend, hajar zainal abidin. Genap 22 tahun pada 2/2, nice number right, hajar? Saya tak ada apa-apa hadiah untuk awak, cuma saya nak awak tau, i'm proud to be your friend, doa saya sentiasa bersama awak... saya sayang awak dunia akhirat, semoga Allah pelihara ukhuwwah kita selamanya...ameen...

Teristimewa buat my beloved sister, k.samhani ismail...Selamat menyambut hari lahir yang ke 27... Kakak senior saya yang sangat baik orangnya. Jie doakan hidup k.sam sentiasa dirahmati dan diberkati Allah, bahagia dunia akhirat, ameen... Doakan jie jugak ye, dapat jadi hamba & anak yang solehah (zaujah yang solehah macam k.sam, hehe) Terima kasih sebab sentiasa jaga kami. Sayang k.sam...(^^,)

Ada lagi seorang birthday sahabat saya, tapi tak ada gambar pulak. Untuk che ma, sanah helwah ya ukhti... Semoga terus tabah menghadapi hari-hari mendatang dan thabat di jalan ini, salam perjuangan. Jie doakan che ma semakin matang meniti usia-22 tahun. Be strong, sis! =)

Last but not least, i haven't special gifts for you girls, but i'd love to dedicate this song for you on your birthday! Uhibbukunna fillah jiddan jiddan...(^_~)

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup BagikuSekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringan Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup Haruman Syurgawi