Followers

Wednesday, February 18, 2009

Peristiwa hari ini...

Setiap hari kelas saya bermula jam 8 dan 8.30 pagi, selang-seli. (Skema nya ayat) Awal ke? Taklah, boleh elak tidur lepas subuh, walaupun kadang-kadang ter'syahid' jugak dekat sejadah lepas solat. Huhu... Hari ni start 8.30 smpai 1 tengahari, gap 10 minit je untuk ke kelas seterusnya.

Semuanya berjalan seperti biasa. Kelas kedua, creative thinking & problem solving jam 10 pagi, memang lecturer tu sangat punctual. Nasib baik la kelas dekat bangunan yang sama, tak payah nak rush, dua2 dekat irk. Mula-mula ada presentation, group saya dah present minggu lepas. Then mdm sambung mengajar, explain balik apa yang group tu dah bentang tadi. Tapi ada perkara yang tak diduga terjadi. Saya pun tak sangka benda ni nak jadi. Suspen tak?

Masa mdm tengah mengajar, kawan sebelah saya ni merungut.

"Boringla.." dia tengok jam.


"Belum pukul 11 pun lagi, lamanya..." kelas tamat jam 11.20.

"Tension la, jie..." saya pandang dia dan senyap je. Lepas tu dengar dia mengeluh, dia bersandar di kerusi, nampak macam tak larat je. Dia angkat tangan macam menggeliat, begnya jatuh.


Dalam hati saya,

"Apahal pulak sampai macam ni reaksi dia ni." Dahla brothers duduk sebelah. Tapi saya buat tak tau jelah, cuma pandang lecturer je.

Tiba-tiba dia menjerit,


"Aarghh...!!"

Terkejut saya! Dia pandang atas, nampak macam tak sedar. Saya tersentak, takut pun ada, nasib baik tak panik. Saya terus pegang tangan dia kuat-kuat. Mana la tau tiba-tiba jadi benda lain pulak.

"Mdm, mdm!" teriak seorang brother.

"What happened?" mdm datang ke arah kami.

"Tak tau la mdm, tiba-tiba je jadi macam ni. Tadi dia cakap tension..." hanya itu yang mampu saya jelaskan. Mdm pegang tangannya, suruh dia minum air kosong.


"Ada sesiapa yang ada air tak?" tanya mdm. Seorang sister meghulurkan sebotol mineral. Muka kawan saya dibasahi peluh, pucat, tak bermaya. Bibirnya bukan setakat biru, dah berubah jadi putih.

"Peningnya..." kawan saya dah sedar balik, dia bersuara lemah. Saya tau, satu kelas pandang kami masa tu. Macam-macam mdm tanya saya, kenapa dia jadi macam tu, pernah sakit tak, tapi saya memang tak tau apa-apa! She just my classmate, memang baik, tapi tak rapat sangat.

i
"Takpelah, rehat dulu. Lepas dia dah ok, awak bawak dia pergi bilik saya, rehat kat sana, ye..." then our mdm continue her lectures. Saya urut tangannya. Sejuk.

"Jie, orang nak pergi toilet." pinta kawan saya, tapi dia tak boleh bangun, tak larat nak jalan.

"If she cannot walk, don't can't force her. Badan dia lemah lagi, tunggu dia ok sikit." nasihat mdm.

"Ok tak ni? Boleh jalan tak?" risau saya melihat keadaannya. Baru saya sedar, masa dia menjerit tadi, kasutnya tercampak ke depan, dua-dua pulak tu. Saya tak perasan pun tadi.

"Ok dah..." dia mengangguk perlahan. Bila dia cakap dah ok, saya bantu dia bangun. Nampaknya badannya masih tak stabil, tak boleh pimpin, kena papah. Banyak mata tertumpu ke arah kami. Baru je jalan beberapa langkah, elok-elok je sampai depan pintu, dia terjatuh. Badan saya tak mampu menampung tubuhnya, saya pun terduduk sama! Yang lain datang tolong.

i
Melihatkan situasi ini, mdm call ambulan. Saya bawanya ke bilik air dibantu kawan yang lain. Lepas tu duduk kat luar kelas je tunggu ambulan sampai. Kelas pun dah nak habis masa tu. Saya ada kelas lain pulak, straight 3 kelas. Ada classmate yang temankan dia ke klinik menaiki ambulan. Saya ingat nak pergi klinik lepas kelas, tapi dia mesej kata dah tak ada masalah, dah boleh balik. Roommate dia pun dah ada kat sana temankan. Alhamdulillah tak ada apa-apa, cuma kena rehat je.

Doktor kata tekanan darahnya rendah. Sebelum ke kelas, dia pergi derma darah. Patutla pitam tadi, effect la tu. Tapi dia cakap dah makan, mungkin memang badannya masih lemah. Masa menjerit tu pun dia cakap tak sedar apa-apa, dia siap tanya saya lagi apa yang berlaku masa tu. Saya ingatkan dia kena histeria, risau jugak. Dulu roommate saya pernah kena, agak teruk jugak la. Pengalaman.

Saya tak pernah derma darah lagi setakat ni. Sebelum ni dah dua kali nak derma tapi tak boleh, tak cukup iron. Kena makan "besi" lebih sikit la ni, huhu. Ada sekali tu, saya puasa. Sehari sebelum tu saya tak makan kecuali dalam pukul 5 petang. Malam tu pun tak makan apa-apa. Ingatkan nak bangun sahur tapi tak tersedar, maknanya qiam pun tak.


Masuk waktu zohor memang saya rasa lapar sangat, perut minta diisi. Saya buat tak tau je. Masa nak solat asar, lutut saya dah rasa lemah, nak sujud pun terketar-ketar, tak larat. Tangan saya menggigil, sangat ketara. Saya pun naik takut, kalau sakit pun tak pernah menggigil sampai macam tu. Sebab tak makan la, tak ada tenaga. Lepas berbuka alhamdulillah dah ok.

"Lain kali buat lagi ye, jangan makan." Perli nisa'. Yelah, yelah...lain kali tak buat dah. Huhu.

Apa-apa hal pun, kena jaga kesihatan. Ni nasihat untuk diri sendiri la jugak, nanti k.imah marah pulak. Hehe... Kalau tak makan, tangan saya akan menggigil, kalau tak tidur malam saya akan pening. Tapi mak tak tau pun, takpe... Pandai-pandailah jaga diri. Memang kena jaga kesihatan, sebab kita kena tunaikan hak kepada diri jugak, badan pun perlukan rehat.

2 comments:

singamaraja said...

Auuum !

Hidup tanpa sufi kosong kan

SoalHati said...

hehehe..kak in pun ingat dia histeria td..kalau pas derma darah, besenye kak in akan tidur dlm 2jam. hehe rest! kalau push gak bertahan, rasa pening2 la n x stabil sikit..tp terpulang pd individu..