Followers

Saturday, February 21, 2009

Kenapa perlu berkarya?

Mula-mula buat blog dulu, saya tak ada matlamat khusus pun, saja-saja buat. Lagipun kebanyakan posting saya copy paste je, tazkirah, sirah, dan artikel-artikel atau cerpen yang saya rasa menarik untuk diletakkan dalm blog.

Lama-lama baru saya mula tulis sendiri, belajar sikit-sikit. Macam best je bila baca blog orang yang cerita pasal aktiviti dan pengalaman sendiri. Walaupun kadang-kadang cerita yang ditulis entah apa-apa, tapi saya rasa seronok baca. Lebih bermakna kalau dapat tulis sendiri. Kan k.ain, kan? Blog
k.ain best. =) Siap promote lagi ni, k.ain kena belanja jie la lepas ni..;p

Then, baru saya sedar, banyak benda yang boleh kita sebarkan bila kawan-kawan baca blog kita. At the same time, boleh berdakwah melalui penulisan, bagi nasihat atau teguran, dan secara tak langsung peringatan untuk diri sendiri. Pun boleh improve writing skill. Walaupun saya tak ada bakat menulis, tapi takpelah. (Tiba-tiba je dapat "anugerah" hari tu, terkejut jie, k.ain, huhu...) Sometimes boleh hilangkan tension jugak.

Tajuk posting saya "kenapa perlu berkarya", sebenarnya saya terjumpa dalam
group karya fatimah syarha kat friendster. Saya tertarik dengan apa yang beliau tulis. Mohon izin akak ye, saya post dalam blog.


  1. Mencari redha Allah
  2. Membuka akaun akhirat
  3. Melawan gelombang karya jahiliyyah dengan gelombang karya islamik
  4. Mempertahankan fikrah Islam agar tetap berpengaruh dalam minda masyarakat
  5. Wasilah dakwah
  6. Menyebarkan deen Allah
  7. ......(tanya imanmu)
Banyak yang adik boleh hasilkan.

1. Karya santai khusus untuk remaja
  • Jadikan bacaan ringan boleh sentuh isu-isu remeh yang memebelenggu hidup remaja berusia sekitar sekolah rendah dan menengah contohnya, isu cemburukan rakan, gosip, malu berbadan gemuk, kuat berangan-angan dan sebagainya. Buat dalam 100 pages ke bawah cukup. Boleh dapatkan idea dari kisah adik-adik kita, kisah kita zaman muda-muda, imaginasi atau kisah masyarakat yang kita dengar jangan lupa suntik imunisasi dakwah di dalam mesej karya itu.
2. Novel yang agak ilmiah
  • Ala-ala novel yang pernah akak hasilkan
3. Karya santai kehidupan seharian



  • Catat apa saja pengalaman hidup untuk pengajaran masyarakat. Teristimewa buat yang rajin tulis diari dan blog.
4. Adaptasi buku daripada bentuk teks ilmiah kepada bacaan mudah untuk masyarakat umum.

5. Terjemahan

6. Ada baaaanyak lagi.


  • Mari, hunuskan pena kebenaran.
  • Langkah jihad ini tak maju dek puji,tak mundur dek keji,tapi kan tetap melangkah memburu redha Ilahi.

2 comments:

SoalHati said...

gie..bukan gie je terkejut..kak in pun same..tapi dh oeg bg, amikjela :p

amboi2..promot kak in nampak. takpe, promot blog jer..bukan orangnyer..hahahah

Unknown said...

SALAM..
kenapa dan mengapa... :) semoga berjumpe dengan apa disebalik perkataan kenapa...:) insyaALLAH...
kerana disebalik "mengapa" bukan sekadar tiada apa2... :)