Followers

Saturday, February 7, 2009

Denda atau taklifat untuk diri...

Denda sinonim dengan kesalahan. Betul, kan? Kalau pelajar-pelajar buat salah cikgu akan denda. Teringat zaman sekolah rendah dulu, kena denda berdiri di luar kelas, berdiri atas kerusi, kutip sampah, dan sebagainya. Bukan sekolah rendah saja, masa dah masuk sekolah menengah, kat maahad tu pun saya ada pengalaman didenda jugak. Salah apa? Rahsia, takkan la nak bagitau semua, hehe…

Bagi saya, bagus jugak kena denda ni. Kita kena pandang segalanya dari sudut yang positif. Sebarang bentuk denda atau hukuman akan mengajar seseorang itu untuk jadi lebih berdisiplin. Bila kenangkan pengalaman lalu, rasa kelakar pun ada. Malu nak cerita kat sini, cukuplah pengalaman tu menjadi memori dan pengajaran berharga untuk saya. =)

Yang kedua lain pulak halnya. Denda semasa berada dalam program. ‘Hukuman’ yang ni kadang-kadang menyakitkan jugak. Saya mula mengikuti program kepimpinan di sekolah semasa form 3, lepas tu form 4 dan seterusnya. Seingat saya, yang paling ‘sakit’ semasa form 4, k.sam jadi timbalan pengarah program. Ingat tak k.sam…? Mana boleh lupa, teruk kami kena, huhu…

Barang amanah yang kami dapat pun unik jugak. Mana la abang-abang dan kakak-kakak masa tu dapat idea kenakan kami. Mula-mula sampai dah dapat ubat pensel sebagai barang amanah, takutnya nak pegang. Lepas tu beras, berapa biji entah, tak ingat. Susahnya nak jaga benda-benda tu, seksa betul.

Banyak benda yang tak munasabah yang kami kena buat. Sedikit perkongsian, bukan nak cerita semua pun. Bayangkan, bangun dalam 4 pagi, dalam keadaan masih mamai kena berlari, then kena tukar pakaian sukan & ambil wudhu’ pulak, kena pergi cari kucing, tangkap nyamuk jangan bagi mati, dan macam-macam lagi benda pelik. Saya tak boleh lupa bila kena makan bawang putih mentah-mentah masa tu. Sabar jelah!

Saya terfikir, kalau lah kita boleh disiplinkan diri bila takut kena denda, atau untuk elakkan dari dihukum, tentu kita akan lakukan segalanya dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, dalam program, kalau buat salah kena denda berdiri separuh (fizikal), atau istighfar 100x (spiritual), dan sebagainya. Apa salahnya kalau kita (I mean, myself) aplikasikannya dalam kehidupan seharian kita. Tetapkan denda dan taklifat untuk diri sendiri, cuba untuk amalkan dan latih diri untuk jadi lebih berdisiplin. Tak kiralah dalam hal apa pun.Mulakan dengan yang mudah dan simple dulu. Chaiyok jie! (^_~)


"Ya Allah, kuatkan hati ini dalam merentas benua mehnah-Mu. Aku bimbang, karam di tengah samudera-Mu. Kuatkan ranting-ranting perjuanganku, agar tidak goyah bilamana hadir ribut dugaan yang membikis perjalananku, yang menyekat nawaitu ini, yang menghalang gerak langkah menyusur arahmu. Qudusnya kasih-Mu, paut dan genggamlah erat-erat diriku agar tidak jauh dari-Mu…Ameen…"

No comments: