Followers

Tuesday, February 17, 2009

Asal-usul kalimah zikir...(^^,)

Sebenarnya dah lama saya nak tulis tentang entry yang ni. Teringat masa forum isra' mikraj tahun lepas, panelnya ustaz wan akasyah dan ustazah siti nor bahyah. Ustazah ada cerita tentang bagaimana wujudnya kalimah-kalimah zikir yang selalu kita amalkan. Tapi saya tak catat pun masa tu, khusyuk mendengar je, huhu... So saya pun search la dalam internet cari pasal butir-butir yang ustazah cakap, luckily i found it! =)

Kalimah-kalimah zikir yang kita lafazkan tu ada sejarah dan asal-usulnya. Bila dengar forum masa tu, baru saya tau kisah di sebaliknya. Isk, jahil sungguh saya ni, banyak benda yang tak tau. Sebenarnya memang banyak perkara yang kita tak tau, kan? Ilmu Allah memang sangat luas, sampai ke liang lahad pun memang takkan habis menuntut ilmu. Mungkin ada yang dah tau pasal ni tapi terlupa. Mungkin juga ada yang memang tak tau langsung. Jom kita singkap kisah di sebaliknya.



ASAL USUL KALIMAH 'Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaha illallah Wallahu Akbar Wala Haula Wala Quwwatailla Billahil Aliyyil Aziem'
(KISAH DIPETIK DARI HIMPUNAN KISAH-KISAH TAULADAN)


Ibnu Abbas R.A. berkata, "Ketika ALLAH SWT menjadikan Arasy dan menyuruh Malaikat cuba memikulnya lalu Malaikat cuba memikulnya dan terasa berat, kemudian ALLAH SWT menyuruh para Malaikat membaca 'SUBHANAALAH' sebaik sahaja membacanya maka ia terasa ringan memikul Arasy dan mereka membaca selama-lamanya."

Ibnu Abbas R.A. berkata, "Apabila ALLAH SWT menjadikan Nabi Adam A.S. maka mula-mula yang keluar dari mulut Nabi Adam A.S. ialah bersin, lalu ALLAH SWT mengilhamkan pada NAbi Adam A.S. untuk mengucapkan kalimah 'ALHAMDULILLAH' lalu ALLAH SWT menjawab 'YARHAMUKA RABUKKA' (kerana rahmat itulah aku menjadikan engkau)."

Kemudian para Malaikat berkata, "Inilah kalimah mulia dan baik dan tidak sepatutnya kami abaikan," maka digabungkan dengan ayat pertama tadi dan para Malaikat membaca 'SUBHANAALLAH WALHAMDULILLAH'

Mereka membaca demikian sehingga ALLAH SWT mengutuskan Nabi NUH A.S. disebabkan kaum Nabi Nuh A.S. adalah kaum yang pertama menyembah berhala maka ALLAH SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh A.S. supaya menyuruh kaumnya membaca 'LAA ILLAHA ILLAALLAH' bagi mendapatkan keredaan ALLAH SWT

Lalu para Malaikat berkata, "Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan." Maka para Malaikat pun menggabungkan dengan kalimah yang dua itu sehingga menjadi 'SUBHANAALLAH WALHAMDULILLAH WALAAILAHA ILLALLAH'

Para Malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim A.S. setelah terutusnya Nabi Ibrahim A.S., ALLAH SWT telah memerintahkan supaya Nabi Ibrahim A.S. menjalankan korban anaknya iaitu Nabi Ismail A.S. yang mana akhirnya ALLAH SWT telah menebus anaknya, Nabi ISmail A.S. dengan seekor kambing. Apabila Nabi Ibrahim A.S. melihat anaknya diselamatkan oleh ALLAH SWT dan digantikan dengan kambing maka Nabi Ibrahim A.S. menyebut 'ALLAHU AKBAR' kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH kepadanya.

Para Malaikat berkata, 'Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar maknanya lantas digabungkan keseluruhan ayat tersebut menjadi 'SUBHANAALLAH WALHAMDULILLAH WALAAILAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR'

Ketika Malaikat Jibrail A.S. menceritakan kisah ini pada Rasulullah SAW baginda merasa kagum dan terus mengucapkan 'LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHIL ALIYIL AZIEM'.

Kemudian Malaikat Jibrail A.S. berkata, "Gabungkanlah kalimah empat itu sehingga menjadi 'SUBHANAALLAH WALHAMDULILLAH WALAAILAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR WALA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHIL ALIYIL AZIEM'.

Itulah antara kisah yang ingin dikongsi bersama dan amalkanlah ayat tersebut sepanjang hari sebagai zikir yang membasahi bibir kita seharian moga mendapat manfaat dari kalimah terbaik dan zikir yang menjadi amalan para Malaikat...

Moga kita tergolong dalam golongan yang beriman dan terpelihara dari hasutan dan ajakan Iblis Laknatullah... Ameen Ya Rabbal 'alameen...

1 comment:

HANA said...

salam...

Terjumpa blog Cik semasa surfing and checking blog..really nice blog..can I be one of your frenz??...anyway your blog is really really interesting..and cool..and one thing..it's so comeeelll...

salam perkenalan
Hana