Saya pernah tanya k.samhani, macam mana nak menulis dengan baik, dari segi bahasa, idea, dan apa yang ingin kita sampaikan. Biasanya cakap memang mudah, tapi bila nak menulis tak semudah apa yang kita bicarakan. Kami berbual dalam kereta semasa k.sam hantar saya pulang, baru habis program adik-adik sekolah.
“Kena banyak membaca, sampaikan apa yang kita tulis tu dari hati, insyaallah orang akan terima.” Kereta meluncur laju, azan maghrib mula berkumandang.
“Kalau tak tau nak tulis apa macam mana pulak? K.sam banyak betul idea, ye?” saya pandang wajahnya. K.sam terus memandu.
“K.sam pun bukannya selalu ada idea untuk menulis. Ilham Allah bagi. Kalau time k.sam lagha tak ada idea jugak.” Mudah je jawapan dia. Saya terdiam. Kata-katanya membuatkan saya berfikir. Saya selalu lagha, lalai…

Teringat soalan yang sama, pernah saya tanya k.fatimah syarha, masa tu terserempak dengan dia dalam perjalanan balik dari kelas tutor, 2 sem lepas.
“Lama tak akak tulis novel tautan hati tu?”
“Satu sem.” Dia senyum.
“Satu sem? Cepatnya!” Novel tu memang tebal, satu semester bukan satu jangkamasa yang panjang bagi saya untuk menyiapkan novel setebal itu. Ditambah lagi dengan komitmen sebagai seorang pelajar.
“Macam mana akak dapat idea nak menulis?” saya bertanya sambil kami meneruskan langkah pulang ke mahallah.
“Ilham Allah bagi, dik…” dia senyum lagi, kemudian menyambung, “Pengalaman kawan-kawan akak, dan juga harapan akak sendiri.”
Kesimpulannya, memang ilham dari Allah. Saya belajar untuk menerima segala perkara dengan redha, sabar, dan syukur. Saya belajar untuk memandang segala perkara dari sudut yang positif. Segala-galanya telah diaturkan dalam kehidupan kita, bukan suratan atau kebetulan, tapi adalah ketetapan dari-Nya.

"Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, yakin pada Allah bukanlah keindahan nikmat, yakin pada Allah adalah meletakkankeREDHAan pada keTENTUan-Nya, rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, di situ ada air mata yang tertitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, indahnya tarbiyyah Allah, tersirat rahmat dan hikmah, diuji kita sebagai tanda sayang-Nya..."
2 comments:
salam.. kak fatimah syarha tu ade blog tak?? kakak satu sekolah dengan saya dulu..
w'salam..
ntahlah, xtau plak sy..
o yke, junior dia la ni..
lm dh xjpe k.ha, dy pn dh tamat master kt cni..
Post a Comment