Followers

Monday, February 9, 2009

Rindu sahabat...

Sudah genap lima bulan pemergian arwah k.hajar, namun hati ini masih merindui dirinya. Setiap hari pun saya akan teringatkannya. Perkenalan yang singkat, tetapi ukhuwwah kami erat. Arwah seorang kakak yang sangat baik, menjaga kami umpama adik-adiknya sendiri. Bukan ingin meratapi pemergiannya yang lebih dahulu dijemput ilahi, cuma sekadar ingin meluahkan apa yang terbuku di hati.

Bayangan wajahnya sentiasa bermain di fikiran, apatah lagi bila melihat gambar-gambarnya yang masih ada dalam laptop. Percaya atau tidak, nombornya juga masih belum saya padam dari handset... tak ter'padam'. Kenangan bersamanya akan tetap tersimpan rapi dalam kotak ingatan saya sampai bila-bila.

Mesej dari ilyani semasa cuti sebelum ni membawa saya mengimbau memori lalu…

“Jie, tadi yani browse laptop…terbuka fail masa kat matrik tempoh hari…video k.imah tengah bagi tazkirah masa kat musolla AC. Kita semua ada kat situ, arwah k.hajar pun ada. Sesungguhnya diriku dilanda kerinduan yang amat pada sahabat-sahabat.”

Saya masih ingat hari itu kami mengadakan iftar di musolla mahallah aisyah. Selepas berbuka dan solat maghrib berjemaah, k.imah bagi sedikit pengisian, zai berpeluang merakamnya pada saat itu. K.hajar senyum je...

Lepas baca mesej yani saya pegang je handset tu. Saya pun rindukan arwah, dan sahabat-sahabat satu batch yang lain. Saya tekan butang reply dan menaip sesuatu, send

“K.hajar sentiasa ‘hidup’ dalam hati kita semua, insyaallah semangatnya sentiasa bersama kita…”


Hanya itu yang mampu saya balas. Saya percaya ukhuwwah kami tidak hanya terhenti di sini, walaupun zahirnya kami telah terpisah oleh alam yang berbeza, namun doa masih kami titipkan buatnya. Al-fatihah...





"Roh ukhuwwah menggetarkan hati dan perasaan. Hati-hati bersatu atas dasar yang satu, terikat dengan ikatan aqidah, ikatan yang paling kukuh dan mahal. Bila hati telah terpaut dan jiwa telah terpadu, maka persaudaraan yang wujud terus berjalan, bersih, dan penuh rasa kasih. Berdoalah agar kita sentiasa dikurnia nikmat kemanisan berukhuwwah. Agar kita sentiasa berpijak pada simpulan aqidah, pengikat yang utuh dan abadi..."

No comments: