Apa khabar hati? Apa khabar iman? Saya sangat tertarik membaca majalah solusi yang baru, fokusnya tentang hati. Hati memang berkait rapat dengan iman, perasaan, dan perbuatan. Pengisian yang sangat bagus untuk jiwa yang sedang 'lapar'. Segala amalan bergantung pada hati dan niat. "Innamal a'maalu binniyyat", semua sudah sedia mafhum.
Majalah ni sangat best, saya pun pinjam dengan izyan je, nak beli tapi tak jumpa kat sini. I did not finish my reading yet, but i just want to share and highlight a few things here. It's all about 'heart'. Moga manfaatnya dapat dikongsi bersama.
"Carilah hatimu sewaktu membaca al-Qur'an. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru..."
So, where did you find your heart? Masa baca qur'an ke, masa solat ke, masa tafakur ingat mati? Kalau tak jumpa jugak, maknanya hati yang kita ada sekarang bukan hati kita lagi dah, sebab tu kena minta dengan Allah 'hati yang baru'. Susahnya nak jaga hati ni kan, karat mazmumah masih bersarang, benih mahmudah masih belum matang. That's why, jangan mudah nak komen orang, muhasabah diri tu dulu. Ingat ye, jie... Diri ini masih berlumuran dosa, hati ini masih belum terjaga, astaghfirullah... Moga pintu taubat-Mu sentiasa terbuka untukku Ya Allah, ameen...

1. Membaca al-Qur'an
"Diturunkan kepadamu al-Qur'an sebagai petunjuk dan rahmat serta penawar..."
(surah al-isra': 82)
2. Mendirikan solat
"Jika kamu ingin Allah 'bercakap' denganmu, bacalah al-Qur'an kerana al-Qur'an ialah ayat-ayat Allah yang ditujukan kepadamu. Tetapi jika kamu pula ingin 'bercakap' dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah."
3. Mengingati mati
Hati yang mengingati mati akan hidup, yang melupakan mati akan mati. Hiduplah dengan semangat orang yang bersedia untuk mati.
Sabda nabi s.a.w. "Orang yang paling cerdik iaitu mereka yang banyak mengingati mati." (riwayat al-baihaqi)
Nasihat saya untuk diri sendiri sahabat-sahabat, carilah hati kita pada 3 tempat tersebut. Usahakan untuk bersihkan hati, cari penawar sebelum hati yang 'sakit' semakin parah. Paling penting, sentiasa berdoa dan husnuzzon dengan Allah. Bila-bila masa Allah boleh makbulkan doa kita. Teringat nasihat ustaz rahim masa belajar di pondok dulu, nak buat apa-apa pun kena berdoa, kita tak tau bila Allah nak makbulkan doa kita, tapi jangan sesekali berhenti berdoa. Doa itu senjata mukmin, doa itu penawar, berdoalah apa saja. Jadi, nak sucikan hati pun kita kena doa jugak, jangan jemu dan putus asa.
Mintalah Allah bantu kita untuk terus istiqamah, perbaiki ibadah wajib, tingkatkan amalan sunat. Mohonlah agar Allah tetapkan hati kita untuk taat kepada-Nya, untuk mencintai-Nya. Yang susah itulah kita kena mujahadah, kena paksa diri. Jannah is expensive, so we must work hard to 'pay' for it.

Nasihat Ibrahim al-Khawas,
Penyucian hati berlaku apabila:
1. Sentiasa berzikir mengingati Allah
2. Membaca al-Qur'an
3. Tahajjud di sepertiga malam
4. Bergaul dengan orang-orang yang soleh
5. Mengamalkan puasa sunat secara istiqamah

No comments:
Post a Comment