Baru nak update. :D
Alhamdulillah dapat juga pergi ke bookfair 27 April lepas. Biasanya setiap tahun memang akan ke sana. Bermula dari matrik, pusat asasi uia pj. Tapi rasanya ada sekali je yang ter'miss'. Ha, sebab tengah praktikal kat kelantan! So tak dapatlah pergi, sedih~
~Ni gambar 'autumn' depan rumah, hehe.. Banyak sungguh dedaunan yang berguguran~
Saya lah yang beria2 mahu ke sana. Encik zauj memandu dari kuantan seawal jam 8 pagi, kesian beliau penat. Zaujah nya cuma mampu jadi co-pilot je sebab tak boleh drive. :P Kami parking kereta di setesen LRT Gombak. Waktu tu dalam 11 pagi. Naik LRT ke masjid jamek, kemudian ke PWTC. Last2, pukul 12 tengahari jugaklah baru sampai ke sana. Perut berkeroncong, badan sudah kepenatan. ~~"
Sebelum 'bookaholic' (betul ke istilah ni? hentam jelah), kami alas perut dulu. Beli sebungkus bihun+nasi goreng dan sebotol air mineral, berkongsi. Jimat. :D Ramai sungguh orang! Mula-mula masuk nampak hijjaz. Encik zauj ni memang minat hijjaz. Dia beli album baru hijjaz (Lagu2 diorang best!) dan dua buah buku.
Saya ni memang saaaangat suka buku. Sekarang ni dah tak over sangat macam dulu kot. Eh?
Tahun lepas beli 16 buah buku, naik lenguh badan ni! Tahun ni dalam 10 buah je lebih kurang. Itupun sebab encik zauj berkali-kali pesan, "Jangan beli buku yang temanya sama". Maksudnya, kalau beli buku pasal muslimah, tak payahlah amik banyak-banyak daripada penulis yang berlainan. Satu cukuplah. Err, selalunya saya memang amik je yang mana rasa berkenan. :P
Antara booth2 yang sempat dikunjungi, PTS (memang dah aim dari awal), galeri ilmu, Telaga Biru, Jemari Seni, dan lain-lain even tak beli buku pun tapi still gi tengok-tengok jugak. Booth Galeri Ilmu dalam 20 minit kot beratur, booth Jemari Seni pun sama. Pertama kali beli karya Hlovate. Sebelum ni memang baca semuaaa novel dia. Pinjam dengan kawan masa kat uia dulu. Sekarang tak boleh nak pinjam-pinjam dah, kena beli sendiri. Mula-mula dalam dua nak beli ke tak, sebab tengok ramai sangat orang. Dan semuanya perempuan! Takde ke pengunjung lelaki yang nak beli buku kat Jemari Seni? :P
Saya tinjau-tinjau, tak nampak pun 'Anthem'. Tapi boleh kata hampir setiap orang yang berada di situ memang pegang 'Anthem'. Sekali kakak yang jaga booth tu buka kotak, "Sape nak? Sape nak?" Sambil angkat 'Anthem'. Terus saya angkat tangan, dan pergi beratur untuk bayar. Masa duk beratur tu memang nampak kakak tu asyik tanya, "Sape nak?" dan memang ada je yang sambar 'Anthem'. Macam pisang goreng panas! 20 minit beratur sahaja.
Paling tak tahan, masa di Telaga Biru, saya cuma ambil 2 buah solusi. Tapi beratur setengah jam kot! Sabar jelah. Dekat pukul 3.30 petang baru boleh keluar. Itupun orang ramai masih bersesak-sesak. Dengan budak-budak sekolah lagi. Crowded! Kali ni saya nampak ramai sangat yang berniqab. :)
~Hasilnya~
Dah janji nak jumpa dengan ain, kawan fb yang dah bertahun-tahun berkawan di alam maya tapi tak pernah jumpa. Last2 dua dah kahwin baru dapat jumpa. Alhamdulillah Allah izinkan kami bersua mata. Dua-dua belum tengok muka masing-masing lagi, cuma dapat tengok mata je. ^^,
Ingatkan ain dengan suami dia nak datang bookfair jugak, rupanya datang semata-mata nak jumpa kami je. Ain dan suami datang amik kami di pwtc menuju ke taman melati. Lapar! Kami berdua je yang makan nasi, sebab ain dan suaminya dah makan. Mula-mula risau jugak sebab suami masing-masing tak kenal pun. Kami ni sekurang-kurangnya dah berkawan walaupun tak pernah jumpa. Tengok-tengok para suami ni pulak yang lagi rancak bersembang dari kami berdua..huhu.. Nampak serasi dan se'pesen' je diorang. :P
Macam-macam yang kami bualkan dalam tempoh yang agak terhad. Lepas makan, encik zauj bangun untuk bayar, dah berjalan menuju ke kaunter. Saya nampak suami ain bangun tergesa-gesa, tapi buat tak tau je.
"Tu berebut nak bayar ke apa?" Ain pandang mereka. Saya senyum je. Tau dah. Sudahnya suami ain yang bayarkan, selepas 'berebut' nak bayar. Dahla amik kami di pwtc, bawa pergi makan, siap belanja lagi. Lepas tu masa nak hantar ke stesen LRT tersilap jalan pulak, padahal dah dekat sangat je. Jadi sangat jauh. Kami bergambar pun kat tempat parking kereta tu je. Lain kali kena amik gambar banyak-banyak ni~
~Cubaan mengambil gambar sendiri~
~Baru je kenal dah jadi bestfriend nampaknya~
Terima kasih banyak-banyak ain dan suami.
Nanti jemput datang kuantan pula ye. ;)
Destinasi seterusnya, ke UIA Gombak. Berehat dan solat. Jamak ta'khir asar dan zohor di mahallah asiah. Kemudian jamak takdim maghrib dan isya' di masjid UIA Gombak. Alhamdulillah dapat juga melepas rindu kat UIA terchenta ni. ^_^
Pukul 8 pagi bertolak dari rumah di kuantan. Subuh je kat kuantan. Zohor sampai isya' di Gombak. Pukul 8 malam bertolak dari UIA. Letih sungguh badan. Encik zauj lebih lagi, terpaksa drive berjam-jam lamanya. Takpelah sekali-sekala kan? Err, macam dah banyak kali je drive jauh-jauh..hu~
Dan esoknya, kami ke bookfair dekat rumah pulak. Big Bad Wolf Books namanya. Bertempat di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre (SASICC), Zenith Hotel, Kuantan. Buku-buku di sana kebanyakannya memang harga runtuh gila-gila. Mostly in English. Ada beberapa buah yang encik zauj beli. Saya kurang sikit buku-buku English, suka baca buku-buku Melayu je. ~~"
~Encik zauj dan adiknya~
Makanya, bertambah lagi lah koleksi buku-buku saya. Eh, buku-buku kami. Encik zauj pesan, dah beli tu baca, jangan simpan je. Yelah, yelah..orang nak baca la, sebab tu beli. Takkan nak buat perhiasan pulak. Baca bila-bila pun takpe, tahun depan pun boleh. :P
Hari yang bermakna!


No comments:
Post a Comment