Followers

Friday, May 10, 2013

Upload gambar?


[Copy paste]

Tips mengawal keterujaan mengupload gambar di FB (especially niqabis).

Mungkin adik-adik boleh reflect balik zaman takde fb/internet dulu. Dulu, mak ayah kita ambil gambar dan simpan dalam album. Album tu mak letak di rak buku atau bawah meja kopi kat ruang tamu.

Album tu sampai boleh berdebu-debu kat situ. Bila orang datang, baru mak pergi ambil dan tunjuk gambar-gambar. Itu pun kalau orang tanya, orang minta nak tengok.

Pernah tak mak kita pegi tampal semua gambar-gambar tu di pagar rumah atau dinding rumah supaya sesiapa lalu semua boleh tengok? Pernah tak mak kita pergi susun gambar-gambar tu di tepi jalan supaya semua orang tengok? Tak ada rasanya kan.. 

(Kalau untuk berkempen tu boleh lah kot..hihi) >> yang ni saya tulis sendiri.

Apa yang terjadi hari ini, itu lah dia, kita ambil gambar, 10-20 keping, dan kita pergi tampal di 'pagar rumah' supaya semua kawan-kawan dan jiran-jiran datang tengok walaupun diorang tak minta pun. Diorang tak tanya pun tapi kita pergi letak di tepi jalan supaya pakat tengok ramai-ramai gambar kita tu. Ada pahala tak buat kerja ni?

Dari sudut akhlak niqabis pula...ingatlah yang kita pakai niqab ni sebab kita TAK NAK dipandang (salah satu sebab la, ada banyak lagi sebab iA) Bila kita upload gambar, yang menarik pula tu, isn't that defeating the purpose kan? Apatah lagi dalam friend list ada lelaki. Kalau boleh, upload sekeping dua cukup lah kut insyaAllah...yang lagi 20-30 keping tu, upload untuk bagi mak ayah / kawan rapat je tengok. Guna private setting.

Macam album kat rumah la, kita tunjuk yang 20-30 keping tu kat saudara mara dan kawan-kawan rapat je kan...kita tak gantung album tu sampai semua ratus-ratus kenalan boleh tengok. Sebabnya, benda ni lebih banyak bawa fitnah dari kebaikan. So, if nak juga upload semua gambar, gunalah privacy setting tu ketat2...if malas nak privacy setting, upload sekeping dua je (gambar yg biasa-biasa, tak posing sangat, tak menarik sangat).

Semoga semua niqabis dapat jaga benda ni dan mengawal keterujaan menggunakan medium social network ni untuk share gambar-gambar... Seksok Allah tanya satu-satu tu... Kenapa upload gambar ni...nak tunjuk kat sape...nak pujian ke...Allah check satu-satu nanti...bab gambar je dah berapa lama nak kena hisab kan, Allahhh....

*********************************




Masa kat k-fiqh sebelum ni pun ust zaharuddin ada sebut pasal ni. Sekarang senang-senang je upload gambar, tayang kat 1 dunia (fb misalnya). Orang yang tak kenal pun boleh tengok. Bukan setakat tengok, boleh 'curi' (copy) pula tu.

Kalau dulu punya lah susah, yang nak tengok, kena tengok di rumah (kena datang rumah dulu), bawak keluar album dulu, nak belek satu2 (betapa 'mahal'nya gambar tu).

Tapi sekarang, semua benda nak upload, semua benda nak tayang.
Muhasabah & peringatan juga kepada yang dah berkahwin (saya la tu), jangan terlalu asyik meng'upload gambar suami isteri yang posing manja/menunjukkan kemesraan secara berlebihan. Gambar itu pun 'mahal' juga. Lebih sesuai buat tatapan peribadi je.

P/s: Yang berkata, akan diuji dengan kata-katanya. Yang menulis, akan diuji dengan tulisannya. Berilah peringatan selagi mampu, berilah teguran selagi mampu, andainya lebih membawa kepada maslahat berbanding mudharat.

Wallahu a'lam. 
:)

No comments: