Followers

Monday, May 13, 2013

Borong kain lagi. :)




Bismillah~

Pelbagai pilihan warna tudung labuh untuk dimiliki. Baru sahaja di re-stock bagi memenuhi permintaan pelanggan. Semestinya cantik, mematuhi syari'at dan selesa dipakai. Dapatkannya dengan harga yang sangat berpatutan! ^_^

Untuk tempahan, sila PM ke inbox page Sufy Solehah Collection. :)


Sebelum pulang ke Kuantan dari Kelantan (selepas cuti PRU), singgah ke kedai kain dulu. Borong lebih 100 helai. Maklumlah balik sekali-sekala, jadi kena lah borong banyak-banyak. Warna hitam paling banyak beli, biasanya warna hitam juga antara yang paling cepat kehabisan stok.

Seperti biasa, saya berurusan dengan Kak Yah, salah seorang pekerja kedai tersebut. Masuk je, salam dengan Kak Yah.

"Tadi pak ngah (pekerja kedai) kata, serupaaa dengan Asma'. Kak Yah kata, ehhh Nazirah tu, dia datang dengan cik abang dia.." tergelak pulak bila Kak Yah cakap macam tu.

"Yelaa Asma' takde cik abang lagi.." saya membalas. :P

"Jumpa Asma' tak?"

"Tak pun, tak sempat. Ni pun singgah beli kain, nak balik kuantan terus dah lepas ni".

Kerap kali jugak pekerja kedai tertukar saya dengan Asma'. Lagi seorang Kak Aisyah, juga salah seorang pekerja di situ. Pernah kami datang berdua, "Mana satu Asma', mana satu Nazirah ni?" 

Maklumlah, bila pakai niqab, pakai cermin mata, orang susah nak cam, susah nak bezakan. Ada yang dah biasa tengok, pun belum dapat bezakan. Ada yang tak biasa tengok, tapi masih dapat bezakan. Kak Yah pulak, cam sebab saya datang dengan suami. Jadi dia terus tahu. :)


Kat tempat lain susah nak dapat harga borong yang murah seperti di Kelantan. Hasil dari pemerhatian dan pengalaman sahabat-sahabat lain. Kat Kuantan ni pun susah nak cari. Kalau ada, mahal. Takkan lah nak naikkan harga jualan tudung pula, tak nak lah saya. Nanti lagi membebankan dan menyusahkan pelanggan, lebih-lebih lagi kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Setakat ni masih teruskan tugas menjahit, di samping ada beberapa produk lain juga. Encik zauj memberi sokongan sepenuhnya untuk saya bekerja di rumah, menjahit. Katanya, "Abang suka bila balik rumah, jie ada kat rumah". :')

Err, tapi hutang PTPTN berpuluh ribu lagi nak kena bayar. :P
Tunggu PRU akan datang? Lepas tu dah tak perlu bayar PTPTN? >_<

Dah jarang sangat balik Kelantan, kecuali kalau memang perlu balik. Contoh, masa raya, masa mengundi. Selain tu, kena tunggu encik zauj cuti lah. Dan setiap kali balik, memang kena borong kain banyak-banyak. Rak kain dah penuh semula! Alhamdulillah, seronok tengok stok dah bertambah. Pelanggan pun dapat buat banyak pilihan. :)

Semoga rezeki ini diberkati Allah, ameen~

 

No comments: