Followers

Tuesday, May 21, 2013

Pengumuman.



Bismillah...

:: PENGUMUMAN ::

Alhamdulillah Allah bagi nikmat sihat. Kadang-kadang ditarik nikmat itu sekejap. Tapi, orang mukmin itu, apabila mendapat nikmat ia bersyukur, apabila menerima musibah ia bersabar. Semoga kita semua tergolong dalam golongan mukmin yang diredhai. ^_^

Kondisi kesihatan agak kurang stabil menyebabkan urusan menjahit tergendala seketika. Insyaallah akan cuba menyiapkan tempahan yang telah dipesan dalam masa terdekat, biiznillah. Terutamanya bagi pelanggan-pelanggan yang telah membuat bayaran.
>>Harap dapat bersabar, ye! :)

Dan tempahan baru (untuk tudung labuh sahaja) ditutup seketika bermula hari ini sehingga ke penghujung mei (akan dimaklumkan kemudian) kerana mahu fokus+siapkan tempahan yang ada sekarang. Bimbang semakin lama tertangguh, semakin lama pelanggan terpaksa menunggu.

Mohon maaf juga kerana urusan pengeposan turut tergendala atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan (di luar kawalan). Seperti biasa, barang-barang yang telah dipos akan dimaklumkan melalui inbox masing-masing.

Penyertaan untuk 'Peraduan Tudung Labuh Percuma' masih dibuka. Ada beberapa penyertaan baru yang masih belum di publish di page Sufy Solehah Collection.

Terima kasih atas pengertian dan kesabaran menunggu.
Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan yang berganda. :)


No comments: