Followers

Wednesday, May 15, 2013

"Sumbadee Elze".

Bismillah...

Beberapa bulan yang lalu, encik zauj dah buat page baru, dah mula berkarya semula.
Dulu, beliau selalu melukis, biasanya komik. Sekarang pun masih, cuma tak begitu bersungguh-sungguh. Lalu, saya gigih memujuk supaya kembangkan bakat & karya untuk disebarkan kepada umum.

Boleh buat free doodle, dengan msj dakwah.
Uslub dakwah ni kan pelbagai? :)
Boleh juga terima tempahan jika ada yang berminat.
Saya dah jadi pelanggan pertama, beliau buatkan cover photo untuk page Sufy Solehah Collection. Semestinya tak berbayar! :P




Sewaktu saya masih di maahad (form 5), ada kakak senior membawa pulang majalah terbitan Darul Qur'an untuk dijual di sekolah. Saya pun beli sebuah, rasanya ada kat rumah di kampung (err..agaknya).

Saya tengok dan baca, lawa betul kartun yang dilukis oleh "Sumbadee Elze Muslim". Tak tau pun siapa orangnya, tapi saya suka sangat kartun tu, sebab cantik dan kemas. Kalau tak silap, masa di matrik (Pusat Asasi UIA PJ) pun saya ada terbaca risalah yang ada kartun, juga hasil karya "Sumbadee Elze Muslim". Sape la orang tu kan~

Saya cuma minat kartunnya sahaja, bukan orangnya pun (betul tak tipu). Sebab tak kenal, cuma tau nama pena. Tapi saya rasa orang tu sungguh berbakat melukis. Saya pun suka melukis, tapi tak pandai nak lukis benda-benda macam tu. Sekarang, saya dapat tengok orang tu melukis depan saya, sambil komen2 lagi. :P







Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan doodle boleh PM ke inbox page Sumbadee elze.
^_^


3 comments:

نور عافية said...

Assalamualaikum...

hebat..semoga bakat yg dikurniakan Allah dpt diaplikasikn dm seni dakwah..amin~
en zauj enti student multimedia ke?

sufygirl said...

Wa'alaikumussalam. :)

Student dentistry, dia memang minat melukis sejak kecik lagi.

نور عافية said...

Owh,,hebat2 :-)

Salam taaruf (=^_^=)