Followers

Friday, May 17, 2013

Cinta suami isteri.



Bismillah...

Seorang suami yang memberikan Al-Quran sebagai mahar kepada isterinya adalah suatu yang sungguh sweet. Tetapi lebih sweet lagi apabila seorang suami benar-benar mendidik isterinya dengan Al-Quran sehingga mati.

Memulakan suatu yang baik dengan niat yang baik, tidak semudah mempertahankan kebaikan tersebut beserta niatnya yang baik. Hanya dengan menjaga hubungan dengan Allah, kebaikan dari niat tersebut dapat terus dibumikan dalam kehidupan.

**************

" Highway cinta ", tak semudah yang kita sangka. Ada tol, ada AES, ada polis kejar kalau langgar peraturan, ada kereta-kereta lain yang juga perlu diberi perhatian. Ketika hujan, jalan licin dan basah, lain cara memandunnya. Ketika jalan lancar, boleh speed sekadar hadnya.

Tiada highway yang semuanya boleh kita buat ikut suka, apatah lagi atas nama 'cinta'.

**************

Jangan hanya ada komitmen untuk mulakan cinta, tetapi lebih penting kena ada komitmen untuk kekalkan rasa cinta.

Jangan harapkan cinta itu memberi keajaiban kepada hidup kita, tetapi binalah keajaiban dalam hidup dengan kehadiran cinta.

Jangan hidup dalam kehidupan orang lain, tetapi hiduplah dalam kehidupan diri sendiri.

Jangan hidup dalam masa silam, tetapi hiduplah dalam masa sekarang.

Jangan berhenti berlari kerana merasakan kejayaan masih jauh, tetapi teruslah berlari dengan optimis bahawa kejayaan sudah semakin dekat.

**************

[Myilham.com]


No comments: