Followers

Monday, May 20, 2013

Hal suami isteri, tak perlu lah kot?

Bismillah...

Isu ni dah lama sebenarnya. Sengaja saya biarkan berlalu baru nak update di blog. :P

Seringkali bila buka facebook, apa yang keluar di newsfeed berkisar tentang gambar suami isteri dan perihal kemesraan suami isteri yang dipaparkan secara umum. Lalu saya printscreen beberapa status yang muncul di newsfeed. Termasuk yang orang komen di status saya sendiri (saya copy paste je pun).

Ada pandangan-pandangan yang saya bersetuju dan raikan. Ada yang kurang bersetuju dan saya diamkan. Masing-masing punya pendapat.Adakalanya, boleh atau tidak sesuatu perkara tidak memerlukan dalil atau hadis, tapi cukup menggunakan logik akal fikiran kita.


Pandangan peribadi saya, tidak mengapa upload gambar kahwin (saya dulu pun ramai yang request suruh upload, saya buat album dan private kan, kecuali beberapa gambar upload secara public), tapi tak perlu semua gambar dating/ menunjukkan kemesraan secara berlebihan nak tayang secara umum.

Gambar yang 'mahal' dan 'ekslusif' sebegitu, cukuplah buat tatapan atau simpanan diri sendiri dan pasangan. Kalau nak upload juga, buat private album, invite sahabat-sahabat terdekat sahaja. Atau pun, boleh cerita (tentang hal rumahtangga) dalam blog private sahaja, kalau nak cerita sangat lah. 


Tapi, ada juga di kalangan sahabat-sahabat saya yang langsung tak upload gambar nikah/kahwin pun. Jika ada, hanya yang di tag. Ada yang memang tidak ada langsung. Ada juga pandangan, gambar bertujuan mendidik (suami isteri solat/baca Qur'an, etc) pun tak perlu letak dalam laman sosial. Saya hormati pandangannya. Nak pegang yang mana? Terpulang pada diri sendiri. Apa yang kita buat, ada maslahat dan mudharatnya.

Perlu diingat, bukan semua orang sama macam apa yang kita fikir. Kita sendiri pun tak sama macam yang orang lain fikir. Jadi, jangan hanya meletakkan diri kita di tempat sendiri, cuba letakkan diri di tempat orang lain. Sebagai contoh, kita yang dah kahwin tengok gambar romantik-romantik, peluk-peluk, mesra-mesra, pegang tangan, rasa biasa. Tapi bagaimana dengan mereka yang belum berkahwin? Bagaimana dengan anak muda dan remaja-remaja lain?


 
Walaupun ramai yang puji seperti "Sweetnya", tapi dibimbangi akan menimbulkan penyakit hati kepada orang lain seperti cemburu, sakit hati, ataupun teringin nak kahwin cepat-cepat tanpa persediaan pun. Bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan yang baik dan beriman. Juga, berhati-hatilah apabila ingin menceritakan tentang hal rumahtangga, (tapis baaaanyak banyak banyak kali dulu kalau nak tulis). Menulis perihal suami atau isteri, janganlah berlebihan sehingga hal peribadi semuanya diketahui umum, sehingga orang boleh tahu semua sifatnya dan segala urusannya.

Pernah terbaca, jangan terlalu menceritakan kebaikan suami (terutamanya secara khusus dan bersifat peribadi) kepada perempuan lain, dibimbangi perempuan tersebut akan jatuh suka pada suami kita. Begitu juga sebaliknya. Boleh jadi hidupnya tak bahagia dan cemburu dengan kebahagiaan orang lain.

"Bestnya kalau dapat suami macam dia".

"Bertuahnya kahwin dengan lelaki macam tu".

"Untungnya dia dapat suami begitu".

Sedangkan perjalanan hidup setiap orang tidak sama, malah berbeza-beza. Jangan samakan atau bandingkan suami/isteri kita dengan suami/isteri orang lain. Kita saling melengkapkan, saling 'top up' kekurangan masing-masing.


Reminder juga kepada para wanita, kalau excited nak dapat baby sekalipun, tak perlu lah nak upload gambar Urine Pregnancy Test, gambar hasil urine kita pun nak tunjuk ke? Allah...

Menulis sebagai pesanan dan peringatan untuk diri~

No comments: