"Saya ada dapat banyak inbox bertanya mengapa saya
biarkan hinaan dan cercaan orang kepada saya. Saya jawab sini sahaja supaya
mudah semua nampak. Saya tak kisah semua tu sebab saya kenal diri saya sendiri,
sahabat2 saya pun kenal saya dan yang paling penting Allah tahu apa yang saya buat.
Kadang-kadang, suara-suara bising di latar belakang membuatkan
kita lari dari focus sebenar. Macam para ibu sebagai contoh, sure tahu yang
dinamakan dengan 'selective deafness'. Para ibu tahu yg mana tangisan anak
semasa bermain sesama mereka yang buat-buat, dan yang mana yang perlu diberikan
perhatian. Kita perlu tahu membuat judgement bila menapis banyak2 info, yg mana
intan yang mana kaca. Jangan biarkan suara-suara bising melarikan focus kita dari
perkara sebenar.
Last sekali, berakhlaq lah dgn akhlaq rasulullah saw.
Orang baling batu pada baginda, baginda mendoakan. Orang begitulah orang-orang yang berjiwa
besar, dia tahu ada perkara dan misi yang lebih besar di hadapan!"
--Quoted--
Terjumpa status ini daripada fb seseorang yang tidak dikenali. Kebetulan, baru beberapa hari lepas encik zauj berbicara dan muhasabah sebelum tidur, yang isinya hampir sama dengan ayat-ayat di atas. Allah~


No comments:
Post a Comment