Tahun
ini, baru dua kali update blog. Itu pun sekadar yang di copy dari status
facebook. Allah…susah sungguh mahu istiqamah dan konsisten untuk menulis.
Jujurnya, saya masih lagi istiqamah membaca beberapa blog sahabat-sahabat yang
saya selalu ikuti perkembangan mereka.
Cemburu rasanya.
Ya, cemburu kerana
mereka konsisten dalam menulis dan menyampaikan dakwah melalui tulisan.
Dek kerana
kerap update status di facebook sahaja, maka blog pun terabai. Padahal, saya
sangat mahu menulis di sini. Ada yang kata, menulis pun satu terapi, menulis
satu hobi, menulis juga satu kepuasan! Tentunya, tidak sama menulis di blog dan
di facebook.
Di
facebook, saya suka membaca status-status yang bermanfaat, di samping saya
turut ‘mencedok’ dan update di facebook sendiri. Copy & paste.
Mahu menulis,
bukan boleh menulis sebarangan juga. Mahu ubah apa yang kurang elok, supaya
jadi elok. Mahu perbaiki apa yang baik,
supaya lebih baik. Mahu teladani sahabat-sahabat yang soleh dan solehah,
berkongsi apa yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Sekali fikir, gerun
juga! Kerana setiap apa yang kita buat, tulis atau cakap, akan dipersoalkan.
Walaupun
apa saja yang kita buat, ada yang tidak puas hati, atau ada yang tidak
bersetuju dengan tindakan kita, berlapang dada lah! Asalkan kita tau dan sedar
apa yang kita buat itu betul, maka usah pedulikan kata-kata orang lain. Jangan
mengharapkan penghargaan manusia, tetapi berharaplah pada redha Allah.
“Sentuh nadi mu, hitung berapa lagi denyut nadi yang mungkin
masih berbaki. Rugilah hidup jika asyik dengar dan terusik dengan kata orang.
Pilihlah untuk dengar dan tersentuh hati untuk ikut kalam suci Allah.”
Pesan pada diri...
Istiqamah lah untuk berbuat baik.
Istiqamah lah dalam amalan seharian.
Istiqamah dalam urusan ibadah.
Istiqamah dalam urusan dakwah.
Semoga Allah redha.
:)
Pesan pada diri...
Istiqamah lah untuk berbuat baik.
Istiqamah lah dalam amalan seharian.
Istiqamah dalam urusan ibadah.
Istiqamah dalam urusan dakwah.
Semoga Allah redha.
:)


No comments:
Post a Comment