Daripada blog:
Insyirah
Bismillahirrahmanirrahim.
Sulitnya nak menjaga
hati. Menjaga hati dari sifat mazmumah, menjaga hati dari lintasan syaitan.
Hati tu susah nak jaga, kan? Sebab tu Allah cipta satu je hati, duduknya di
dalam jasad. Bukan di luar.
Susah nak jaga hati,
susah nak pelihara hati untuk menangkis dan mengikis sifat mazmumah yang
bersarang dan merebak macam sel-sel barah. Sel-sel barah, kalau tak dibuang
akan merebak dan membengkak akhirnya akan merosak seluruh organ dalam badan.
Macam tu juga la dengan mazmumah, maksudnya penyakit-penyakit dalam hati.
Penyakit dalam fikiran, penyakit dalam perasaan.
Syaitan ada
macam-macam cara nak sesatkan kita. Bila kita buat jahat, makin tunggang
terbalik dan terlangkuplah diri kita. Bila kita buat baik, syaitan pujuk supaya
kita riak, takabbur, dan macam-macam penyakit hati yang lain. Bila berjaya,
kita 'budget' bagus. Bila gagal, terus tak nak usaha dan salahkan
takdir. Bila gembira, kita rasa dunia ni kita yang punya. Bila berduka, kita
dengki dan cemburu dengan orang lain. Dah tak nampak, dah lupa apa yang Allah
bagi sebaliknya sibuk mencongak dan mengira apa yang Allah tak bagi.
Allah.
Susahnya nak jaga
hati.
Minta SATU, Allah bagi
DUA kita bersorak gembira. Rasa bahagia, dunia ini aku yang punya. Aku orang
soleh/solehah, Allah dengar dan makbulkan doa aku. Aku orang baik-baik, aku dah
usaha mesti Allah akan balas dengan kebaikan. Aku banyak bersedekah, mesti
Allah pun bagi macam-macam.
Kita minta lagi SATU,
Allah tak bagi. Terus kita meraban, rasa Allah tak adil sebab dah buat baik
(sedekah, infaq dan macam-macam ibadah seperti solat tahajud sampai
bengkak-bengkak mata, sanggup tak tengok EURO sebab nak baca al-Quran dan
mengulangkaji pelajaran) tapi Allah tak bagi pun. Terus lupa apa yang Allah dah
bagi sebelum tu.
Nama pun manusia,
selalu lupa. Kena ingatkan.
Bila nampak orang buat
maksiat, pakai baju ketat dan sendat, tak tutup aurat terus 'budget'
bagus sebab kita selalu pakai baju kurung, selalu juga pakai jubah, sentiasa
pakai tudung dan pakai purdah. Nampak menyampah dengan orang yang tak tutup
aurat, terlupa pula nak jaga hati supaya kesiankan saudara seIslam tersebut,
alangkah kesiannya dia kerana tidak mengenal keindahan Islam. 'Budget'
bagus sebab rasa kita faham dan amalkan Islam, tapi dalam hati masih karat
dengan mazmumah.
Pakai jubah dan tudung
labuh sampai lutut, jumpa ajnabi tunduk ke bumi tetapi bila berbual terlupa nak
jaga hati sampai mengumpat berbakul-bakul. Duduk depan komputer, jari ligat
menekan laman demi laman internet, bergurau senda dengan lelaki sampaikan
ayat-ayatnya sangat memalukan bagi seorang wanita andai punya perasaan malu
menuturkannya. Iskkk, susahnya nak jaga hati.
Habis tu, kalau tak
nak hipokrit lebih baik pakai baju sendat dan ketat janji jadi diri sendiri dan
tidak hipokrit.
Eh... Jangan lupa
ingatkan hati, hati-hati... Benda wajib tak perlu tunggu ikhlas atau tidak.
Apabila wajib, maka wajiblah kita buat. Kalau tiba-tiba Allah tarik nyawa
takkan nak kata "aku tak nak tutup aurat sebab tunggu ikhlas",
Allahuakbar! Ikhlas tu bukan kena tunggu, tapi kena TANAM.
Susah nak capai tahap
ikhlas, Allah kata orang ikhlas ni syaitan pun tak ganggu dah!
Ha... Tahu tak,
syaitan pun tak ambil pot dengan orang yang ikhlas ni. Macam kalis
peluru, tak lut lagi dah syaitan pujuk merayu sebab dia dah ikhlas, Allah akan
jaga dia.
Kita yang hanya mulut
saja kata ikhlas tapi dalam hati masih pot pet itu tak kena, ini tak kena...
Kena la banyak-banyak basuh hati dengan istighfar supaya hati tidak semakin
gelap dan keras, bimbang makin lama nanti makin berkarat mazmumah yang ada
dalam hati.
Buat ibadah, pergi
umrah dan haji. Alhamdulillah, masha Allah...
Tapi dalam hati berkepuk-kepuk
lagi tak puas hati dengan Allah, sibuk mencanang urusan dunia. Sibuk lagi nak 'challance'
dengan manusia tentang ibadah sedangkan ibadah kita yang nampak banyak pun
belum tentu Allah terima kalau kita buat ibadah sebab nak tarik perhatian
manusia.
"Eh, engkau pergi
dengan travel mana?"
"Eh, travel aku
ni lagi mahal... Ye la nak hotel dekat dengan masjid."
"Eh, kami pergi
sekeluarga. Tak ramai, 20 orang je. Ada duit, baik buat ibadah."
Eh itu, eh ini.
Kan nak buat ibadah,
syaitan lagi la melompat-lompat nak rosakkan ibadah sebab tak nak kita masuk
syurga. Sebab tu Rasulullah cakap apabila seseorang hamba itu beriman kepada
hari Akhirat hendaklah bercakap perkara-perkara yang baik atau diam.
Susahnya lidah ni nak
diam, kan?
Asyik nak cerita itu
ini. Asyik nak bagitahu itu ini.
"Eh Mat, layu je
aku tengok engkau harini. Kenapa?"
"Oh, ye ke? Penat
la. Malam tadi aku bangun pukul 2 solat tahajud sampai pukul 5, sebelum subuh
aku lelap sekejap. Lepas Subuh aku baca Quran pula tu yang aku mengantuk."
"Oh, aku ingat
kau tengok bola."
Eh, nak bagitahu juga
ke?
Ye la, aku kena jujur
bila orang tanya.
Eh, eh... hati tak yah
jaga ke? Ibadah tu biarlah Allah je yang tahu. Tu la, susahnya nak jaga hati!
Bila Allah bagi
hidayah, alhamdulillah terasa luasnya dunia ni, lapangnya hati ni. Tapi, sebab
susah sangat nak jaga hati kadang-kadang kita tak kisah duk jaja cerita (aib)
yang pernah kita buat. 'Budget' bagus sebab dulu tak ingat Allah
sekarang dah jadi muslimah sejati.
Allah, susahnya nak jaga
hati.
Kan Allah dah tutup
aib ketat-ketat, tak perlu la nak buka luas-luas.
"Bagusnya Mak
Senah tu, dulu tak pakai tudung sekarang berjubah litup, pergi Umrah setiap
bulan."
Hati yang susah nak
jaga ni mula la timbul riak dan ujub, "wahhhhh... hebatkan aku?"
Allah.
Susahnya nak jaga hati
T_T
Sebenarnya, kita akan
diuji dengan apa yang kita cakap. Kalau seorang pendakwah, dia akan diuji oleh
Allah dengan apa yang dia dakwahkan. Kalau seorang guru, dia akan diuji dengan
apa yang pernah dia ajarkan. Kita semua diuji, kerana lidah kita, kerana
tulisan (internet, buku dan apa saja medium).
Mungkin kita pernah
dengar orang cakap, "cakap la macam tu, esok lusa jadi pada diri baru
tahu."
Sebenarnya, Allah akan
uji dengan apa yang kita cakap. Makin banyak kita cakap, makin luas pintu ujian
terbuka untuk kita. Sebab tu Rasulullah pesan kalau takde perkara baik nak
dicakapkan, eloklah diam.
"Ek eleh, ustaz
tu bercakap bergegar-gegar tapi dia tu pot pet pot pet."
Allah, ustaz tu pun
manusia. Dah dia bercakap, Allah uji dengan apa yang dia pernah cakapkan. Allah
uji dengan apa yang dia sampaikan, untuk mengingatkan diri dia juga. Untuk
dijadikan sempadan oleh manusia lain, jadikan sebagai pengajaran bukannya untuk
umpatan.
"Alaaaa Piah tu,
pakai jubah la konon padahal dulu bukan main sendat lagi. Nak tunjuk alim lah
tu..."
Pakai sendat pun awak
mengata juga, dia pakai jubah pun tak puas hati juga. Ehhhh, susahnya nak
puaskan hati manusia. Takpe, takpe Piah... Kau puaskan 'hati' Allah je.
Manusia ada ramai.
Seorang cakap macam
ni.
Seorang cakap macam
tu.
Seorang lagi cakap
begitu.
Seorang lagi cakap
begini.
Ehhh, tension lah!
Buat apa nak tension,
Allah kan ada SATU je. Dengar dan ikut cakap Allah, kan senang :)
Hai Hati, hati-hati
yer!
T_T
Bila kita nak tegur
seseorang, tak salah menegur tetapi pilihlah kata-kata dan keadaan yang sesuai
untuk menegur. Teguran kasih sayang yang lahir dari aura positif (kata-kata dan
keadaan positif) insha Allah akan melahirkan penerimaan yang positif. Bercakap
untuk memberitahu dan bercakap untuk menunjuk tahu itu berbeza ya!
"Aku cakap
pedas-pedas, biar dia terasa baru dia berfikir."
Kalau cakap lembut dan
perasaan kasih sayang dia tak boleh berfikir ker?
Sebab manusia dibaluti
dengan perasaan, maka gunakanlah perasaan dengan cara terbaik untuk mendapat
keredhaan Allah :)
Kita akan diuji dengan apa yang kita katakan.
Semoga kita semua berjaya menghadapi ujian Allah.
Aamin.
Wallahua'lam. Sampai
menutup mata.
Assalamu'alaikum.


No comments:
Post a Comment