Bila kita bagi nasihat, orang tak nak dengar,
bahkan marah-marah, sindir-sindir kita balik, kita sepatutnya berpuas hati.
1- Tandanya teguran kita sampai.
2- Kita sudah jalankan tanggungjawab menegur.
3- Bila dikritik semula, kita dapat pula dengar/baca
'semburan' mereka pula kepada kita, lantas membuatkan kita berpeluang belajar
perspektif baru, juga dapat menilai apakah teguran kita benar atau jawapan
mereka terhadap teguran kitalah yang benar.
--Quoted--
--------------------------------------
Kadang-kadang, ada terbaca di sesetengah wall
fb, (terutamanya yang keluar dekat home, bukan 'belek' wall fb satu persatu),
ada yang meluahkan perasaan, menyindir/marah/tak puas hati dan lain-lain.
Kita yang tak tau apa-apa ni pun jadi tahu apa
yang berlaku (seolah-olahnya begitu). Saling berbalas dan mahu menangkan hujah
masing-masing. Nampak sangat ada konflik di situ.
Tapi, ada juga yang saya nampak, 'dia' lebih
suka mendiamkan diri. Berdiam diri bukan bermakna kalah atau mengaku salah,
tapi kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Daripada orang yang baca turut rasa
tak tenang, atau mungkin ada yang tolong 'menambah perisa' di ruangan komen,
dia lebih suka bersabar dan membiarkan isu itu berlalu.
Saya suka membaca apa yang dia tulis. Sebab bukan
bicara tentang luahan hati (marah, geram, benci, sindir, perli), tapi bicara
nya penuh hikmah, berisi, bermanfaat, dan sampai ke hati. Walaupun saya tahu,
mungkin ada saja yang tidak setuju dengan tulisannya, apatah lagi tegurannya,
tapi dia tidak mudah melatah. Kerana dia lebih memilih untuk bersabar.
Adakalanya, apa yang ditulis, kena dengan diri
saya. Seolah-olah kata-kata itu dituju kepada diri saya, dan sampai ke hati.
Tapi, tidak pula saya terasa hati dengan apa yang ditulis, sebaliknya cuba muhasabah
kembali. Saya tenang menerimanya, dan cuba perbaiki kesilapan tersebut.
Terima kasih untuk kamu yang telah dan pernah
menyedarkan saya. Semoga Allah turut menggerakkan hati insan-insan lain untuk
menerima teguran yang baik-baik.
:)


No comments:
Post a Comment