Followers

Monday, April 8, 2013

Peluang untuk berubah.



Bismillah…

Setiap orang punya peluang untuk berubah dan berhijrah. Juga untuk istiqamah dengan perubahan atau penghijrahan tersebut.

Pernah sekali semasa ke salah sebuah majlis ilmu yang dihadiri ramai ilmuwan terkenal, para peserta pula terdiri dari pelbagai golongan masyarakat. Sahabat saya memberitahu, ada seorang vlogger terkenal duduk di belakang saya. Mula-mula tak perasan, kemudian baru nampak wajahnya. Saya kenal, walaupun tidak mengikuti perkembangan dirinya, cuma pernah membaca blognya.

Bila balik, saya cari blognya, dan tengok juga vlognya. Alhamdulillah, dah berkahwin rupanya. Saya baca ceritanya, kisah perkahwinannya, juga video sebelum dia berkahwin. Walaupun dia keluar dating, tapi saya masih rasa dia bagus, sebab bertudung/berselendang, dan melabuhkan kain sehingga bawah dada. Bagi saya, itu dah cukup baik, dalam keadaan suasana keluarga yang (ada sebahagian) tidak bertudung. Dia sendiri memberitahu tiada didikan agama yang baik, tapi dia belajar, dan ingin berubah.

Memang dia mengaku keluar dating tapi tak pegang tangan. Bukan nak kata boleh, tapi dalam situasi ni, pada saya dia ada usaha untuk menjadi lebih baik. Dan sekarang dah berkahwin pun. Pahala dia dah berganda-ganda kan? Untuk apa lagi duk ungkit,

“Aku tau dia dulu macam mana…”

“Ala dulu tak pakai tudung pun…”

“Sebelum ni couple jugak, keluar berdua…”

“Macam la dia tu baik sangat…

“Nak berlagak alim pulak…”

Allah dah bagi peluang untuk dia berubah dan berhijrah. Kenapa kita tak nak sokong dia, dan sekurang-kurangnya doakan dia supaya boleh istiqamah dan jadi lebih baik lagi? Sama lah macam artis, pelakon dan penyanyi, sekarang ni ramai yang dah berhijrah. Bukan setakat berubah menutup aurat dengan sempurna, malah dapat berdakwah pula, menjadi ikutan dan qudwah kepada orang ramai. Bukankah berganda-ganda pahalanya tu? Buat baik, jadi ikutan, jadi teladan.

Sedangkan kita yang ada basic agama dan membesar dalam suasana bi’ah solehah pun belum ada jaminan untuk istiqamah hingga ke hujung nyawa. Belum tentu dapat berdakwah dan menjadi qudwah kepada orang lain. Semoga Allah jaga saya, awak, dia, dan kita semua. Paling penting, untuk mendapat redha Allah dan husnul khatimah, biiznillah.


No comments: