Followers

Friday, April 5, 2013

Jagalah hati individu yang belum berkahwin.


Ada yang tanya pandangan saya berkaitan gambar suami isteri yang sudah halal dan mempamerkan gambar kemesraan mereka kepada umum seperti di facebook dalam keadaan berpelukan, cium dahi dan pipi, dan seangkatan dengannya.

Saya senyum :)

Jagalah hati individu yang belum berkahwin. Mungkin terlalu kerap melihat 'kemesraan' seperti itu, maka ada yang belum berkahwin membuat keputusan terburu-buru tanpa persediaan. Apa yang dia tahu, segera menikah.

Saranan saya,
jika mahu pamerkan juga. Pamerkanlah ketika sang suami sedang tasmi' bacaan al-quran sang isteri atau ketika sang suami sedang mengimamkan solat atau sang isteri sedang menyediakan hidangan buat sang suami.

Gambar itu perlulah BERTUJUAN MENDIDIK,
BUKAN menjadi pembuka pintu PENYAKIT HATI buat insan yang memandangnya.

Dari hatiku,
insan yang belum bernikah :)

[via Asma Suardi]

---------------------------------

INGATAN buat DIRI SENDIRI dan teman-teman yang telah mendirikan rumahtangga. Kadang-kadang mungkin kita terlepas pandang tentang hal ini, terlalu asyik upload gambar-gambar dating halal dengan suami/isteri untuk tatapan umum..

:: Kata Prof Muhaya, orang yang bahagia tak perlu nak bagitau orang yang dia bahagia ::

"JAGALAH HATI INDIVIDU YANG BELUM BERKAHWIN."
Berpada-pada lah jika ingin meng'upload' gambar sekalipun. Fb ini umum, jangan cuma kata, "Kalau tak suka, jangan tengok!" atau "Suka hati saya lah!"

Muhasabah lagi.

Cuba cek balik, untuk apakah tujuan kita upload gambar-gambar, yang terutamanya "mempamerkan gambar kemesraan kepada umum seperti di facebook dalam keadaan berpelukan, cium dahi dan pipi, dan seangkatan dengannya." Tanya lah hati.

Mahukan pujian?
Mahukan ramai orang like?
Mahukan ramai orang komen?
Mahukan ramai orang share?
Lalu berbangga dengannya?

Kemudian, bila ada yang copy atau share tanpa izin, marah pula. Tak mustahil, gambar-gambar tersebut cuma akan menimbulkan rasa iri hati/dengki/muak berbanding yang memuji. Malah akan menimbulkan penyakit hati pula. Nauzubillah~

"JAGALAH HATI INDIVIDU YANG BELUM BERKAHWIN."

*Astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah...*



No comments: