Perkongsian.
Buat teman-teman yang sudah bergelar ISTERI tidak kira lah baru atau sudah lama, mahupun yang bakal bergelar isteri :)
Usahlah sesekali membandingkan rumahtangga kita dengan rumahtangga jiran (mahupun rakan-rakan) kerana pengemudi dan penghuninya tidak sama meskipun zahirnya tampak sama (ada suami, ada isteri dan mungkin anak-anak).
Bahtera kita dikemudikan oleh suami yang sudah pasti tidak sama dengan
suami orang lain, maka janganlah kita mengharapkan rumahtangga kita
'sebiji' jalan ceritanya seperti rumahtangga orang lain.
Usah
cemburu atas riang ketawa dan bahagia yang terzahir pada orang lain,
kerana kita tidak tahu kisah duka dan air mata yang mereka lalui
sepanjang hari.
Usah cemburu atas kemewahan dan kejayaan yang
terzahir pada orang lain, kerana kita tidak tahu kisah perit dan jerih
yang mereka lalui sebelum hari ini.
Rumahtangga bukan mengenai
seorang suami atau seorang isteri tetapi ia kisah lakaran dari sepasang
suami isteri. Yakinlah, pasangan yang paling mencintai Allah akan paling
mendalam cintanya terhadap pasangannya!
Orang yang cintanya
mendalam kepada Allah, dia akan sentiasa melihat jalan kebaikan untuk
berbuat bakti kepada pasangan tanpa mengharap balasan. Dia akan beri dan
terus memberi khidmat kerana dia mencintai Allah dan sunnah Rasulullah
maka dia mahu menjadi orang yang bermanfaat. Maka, kalau benar cintamu
mendalam kepada Allah dan Rasulullah, nikmatilah perjalanan yang telah
Allah sediakan buatmu dengan pemberian seorang suami di sisimu.
Wallahua'lam.
Salam Jumaat, moga dilimpahi rahmat dan maghfirah dari Allah.
[via Insyirah Soleha ♥]

No comments:
Post a Comment