Bila dah balik rumah, maknanya sedang bercuti la! ^_^
Sampai rumah je dah boleh release tension. Adakah sangat stress bila berada di kampus? Er, tak jugak. Ada banyak waktu yang menggembirakan sebenarnya. Tetapi oleh kerana kesibukan sebagai seorang student (sibuk la sangat kan), kadang-kadang stress tu datang. Maka bila balik rumah, otak pun boleh rehat. :)
Sudah masuk hari ketiga saya berada di rumah. Belum belek nota pun lagi! Bila nak study ni jie? =_='
Cuti seminggu yang agak kurang best, sebab baru lepas 1paper untuk mid-term. Hari selasa next week ada 3paper berderet. Sedih kan? T_T
Memang tension, tapi kalau tak study, balik UIA nanti lagi lah berganda-ganda tension nya. Perlu tabah menghadapi saat-saat sebegini. Ok, saya dah mula melalut. Abaikan.
Bila baca entri salah seorang adik saya tentang balik kampung membuatkan saya tergelak sendiri. Izzat, izzat..kelakar la awak ni. Tapi balik rumah tetap best!
Masa nak balik hari tu, pinjam beg abang. Beg yang besar. Sebab banyak sangat barang yang nak dibawa balik. Lebih sikit la dari sebelum-sebelum ni, dengan buku-buku lagi. Itu pun masih baaaanyak lagi dalam kotak. Er, bukan buku akademik, tapi buku ilmiah, plus buku sirah dan haraki sikit-sikit.
Biasanya kalau naik bas dalam UIA, jalan kaki je dari mahallah ke tangga besar. Sampai sana memang sangat penat. Jauh kot! Dengan beg besar gedabak, tak larat. Bukan seorang, dengan azlina. Memang selalu dengan dia kalau nak balik kampung atau balik UIA balik.
Hari tu, minta tolong orang hantar. Tanya dulu, survey kalau ada sesiapa yang free dan ada kereta. Adik ni ada meeting, kakak tu dah balik, last-last ada la seorang adik dapat hantar. Alhamdulillah. Terima kasih ye, awak. Akak tau awak memang suka disusahkan. :P Bila lagi nak berjasa kat kakak kan? Bertambah pahala awak.
Tambah tolak, ada 5 hari je lagi kat rumah. Weekend ni pulak, kawan-kawan sekolah nak kahwin. Maknanya, ada 3 hari yang betul-betul free untuk study. Bila nak start ni jie? Nak kena siapkan assignment jugak, report lagi. Sabar, sabar. Jangan merungut.
Hargai masa cuti.
Hargai saat-saat sewaktu berada di rumah.
Hargai sisa-sisa waktu yang berbaki.
Home sweet home!
Esok start study ye? :)
"Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah..."
Followers
Monday, January 31, 2011
Thursday, January 27, 2011
Senyumlah dan tabahlah!
"Manakala engkau terSENYUM, sedangkan hatimu yang sarat dengan duka nestapa, maka sesungguhnya engkau sedang meringankan beban dan membuka satu pintu untuk kebahagiaan.
Janganlah ragu-ragu untuk terSENYUM, kerana dalam dirimu ada kekuatan besar yang meluap dengan terSENYUM. Jangan menekan kekuatan itu, kerana dengan menekannya bererti engkau memaksa jiwamu masuk ke dalam botol penderitaan.
TerSENYUM tidak akan membahayakanmu. Bicaralah dengan orang disekitarmu dengan bahasa qalbu. Alangkah indahnya bibir kita ketika berbicara dengan bahasa SENYUM."
Janganlah ragu-ragu untuk terSENYUM, kerana dalam dirimu ada kekuatan besar yang meluap dengan terSENYUM. Jangan menekan kekuatan itu, kerana dengan menekannya bererti engkau memaksa jiwamu masuk ke dalam botol penderitaan.
TerSENYUM tidak akan membahayakanmu. Bicaralah dengan orang disekitarmu dengan bahasa qalbu. Alangkah indahnya bibir kita ketika berbicara dengan bahasa SENYUM."
(Ust Pahrol Md Juoi)
Kita adalah hamba-Nya, maka kita layak diuji. Ujian itu pula datangnya dalam pelbagai bentuk. Ada orang diuji dengan masalah pelajaran atau akademik, masalah hati, masalah family, masalah dengan rakan-rakan, masalah kewangan, dan sebagainya.
Satu perkara yang kita kena yakin, percaturan Allah adalah yang terbaik. Walau seburuk mana pun perkara tu pada pandangan kita, walau sesukar mana pun masalah yang kita hadapi, letakkan setinggi tawakkal pada Allah.
Sebab saya seorang yang normal, maka menghadapi perkara yang men'stress'kan adalah perkara biasa. Rapuhnya jiwa bukan bererti lemah kerana cabaran itu semakin menguatkan. Yang penting harus bangkit kembali. Jie, sila stabilkan emosi!
Hidup ini tidak selalunya indah, tidak semuanya manis. Andai pelbagai perencah yang menyedapkan masakan, begitu juga dengan hidup ini. Penuh warna warni. Ada tawa, ada duka. Seperti juga ombak, ada masa tenang, ada masa bergelora. (Apa yang saya tulis ni? Ok, takpe masih ada kaitan. Huhu)
Kebelakangan ni hidup terasa sedikit terumbang-ambing. Ke'huru-hara'an telah melanda diri dan emosi. Hati menangis, tapi diri masih mampu tersenyum. (Menangis juga selepas solat, selepas baca Qur'an. Murahnya air mata waktu tu..T_T)
Saya selalu pujuk diri, cakap dengan diri sendiri.
"Sabar ye, jie."
"Kuat ye, jie."
"Kena tabah."
"Jie boleh. Semangat2!"
"Jangan sedih2, jangan tension2. Senyum!"
Senang je sebenarnya. Tak payah tunggu orang lain bagitau. Sebab kita boleh bagitau kat diri sendiri. Just a few words. Kadang-kadang saya tulis atau conteng-conteng kat kertas. Nak cakap depan cermin pun takpe kot. :)
Terima kasih pada kak atiqah sebab tak jemu-jemu bagi nasihat dan semangat. Kadang-kadang Allah nak tegur atau pujuk melalui sahabt-sahabat sekeliling. Memang cantik dah tarbiyah dari DIA. Cuma kita je kena sentiasa husnuzzon. Jangan putus asa dari rahmat Allah.
Pesan pada hati, sila tabah! ^_^
Tabah jelah kan, kak yuz kan? (Tetibe je masuk nama akak) Suka baca celoteh k.yuz.
"Come on. Kuatkan diri. Jangan hidup dalam fantasi.
Kepahitan adalah perkara WAJIB di atas dunia ini.
Memahami yang itu, kekuatan akan hadir di dalam diri."
~Damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu~
Tuesday, January 25, 2011
Seharian bersama.
“Lain dari yang akak fikir. Jie nampak matang.” Kak atiqah memandang sebaik saya menanggalkan niqab.
“Memang biasa orang cakap macam tu pun. Ala tak kisah je. Jie gi amik wudhu’ dulu ye.” Saya berlalu, kak atiqah jaga beg. Masih belum tengok muka dia lagi masa tu.
Selesai saya berwudhu', “Akak nampak...sangat lain lah. Lain sangat.” Giliran saya pula cakap macam tu. Dan dia pula tersenyum.
Saya solat zohor, k.atiqah terus jamak. Masa sampai di surau, baru pukul 1.45, tapi keluar surau dah dekat 3.30 petang. Itu pun k.atiqah macam tak nak keluar je. Banyak sangat cerita dia. Dari sekecil-kecil perkara, sampai lah kepada masalah ummah. Bab akidah, ibadah, sirah, akhlak, semua masuk.
“Kita nak gi mana pulak ni?”
"Emm..."
“KFC?"
"Jom.”
Macam biasa, cari tempat hujung-hujung atau yang terlindung. Sambil-sambil tengah beratur nak order pun sempat lagi k.atiqah snap gambar dengan hp dia tu.
“Akak ni, kang orang cakap apa pulak, buang tebiat ke apa budak-budak ni.” Layan jelah.
~our lunch~
Walaupun baru kenal, (baru jumpa) tapi macam dah lama sangat kenal. Macam-macam perkara kami kongsi. Tapi sesi taaruf kita still belum selesai lagi kan? Dah seharian bersama pun tak cukup lagi. Tunggu la next meeting pula, kita sambung agenda seterusnya. Agenda apakah? Tunggu.. :P
Bila kak atiqah bercerita, saya mendengar, sekali-sekala mengangguk. Ada masanya termenung dan berfikir. Fikir apa yang akak cakap tu la, bukan fikir benda lain. Dan beberapa kali juga dia menitiskan air mata.
“Sebab akak dah sayang sangat dengan dia, kami terlalu rapat.” Bergenang lagi air matanya. Dia pernah cerita tentang adik tu sebelum ni, tapi saya tak tau kisah keseluruhannya, tak tau rupanya begitu complicated. Ramai sangat adik-adik dia.
Aishh, ni yang tak best ni. Saya saja buat tak layan, lepas tu tukar topik lain. Kisahnya, tak perlu diceritakan di sini.
Jie bukan tak sampai hati tengok akak menangis, tapi silap haribulan jie pun menangis sama, tak ke haru? Dah la susah nak jumpa, tiba-tiba pulak keluar cerita sedih, tak best. Kalau ye pun nak buat sesi muhasabah, tunggu hari lain. Lagi satu, pilih tempat yang sesuai sikit ye.
Jujurnya, saya pun dah rasa rapat dengan kakak ni. Tapi kena faham, even kita rapat macam mana sekalipun dengan sahabat tu, dia masih ada sahabat-sahabat lain, yang dah lama kenal, yang lagi rapat. Sayang pun kena berpada-pada.
Kak atiqah ada bagitau, ada seorang adik ni, dah mula rapat dengan dia. Sampai satu masa, dia cemburu bila ada orang lain rapat dengan kakak. Sedangkan dia tau, kakak ni masih ada ramai adik-adik yang perlu dijaga dan diberi perhatian. Susah juga kalau dah jadi macam ni kan?
Sabda Rasullulah SAW " Sayangilah seseorang itu dengan sekadarnya kerana dia mungkin akan menjadi org yg paling kamu benci dan benci lah seseorang itu dengan sekadarnya kerana dia mungkin menjadi org yg kamu paling sayang.."
Banyak sangat yang dia pesan.
"Jie kena ingat, apa-apa masalah yang jie lalui sekarang, cuma sikit. Kalau nak banding dengan apa yang akan jie lalui pada masa depan, banyak lagi cabarannya. Jie akan hadapi benda yang lebih besar. Kalau yang sekarang ni pun jie tak mampu nak mujahadah, macam mana jie nak berdepan dengan perkara yang lebih berat nanti?" saya cuma menadah telinga mendengar kata-katanya.
"Masalah jie sekarang kecik je. Cuba fikir, jie akan berhadapan dengan dunia luar nanti, macam mana bila dah kerja, macam mana bila dah kahwin... Semua tu memerlukan kekuatan dalaman. Paling penting, jaga hubungan kita dengan Allah," dia menyambung.
Konklusinya, terima kasih banyak-banyak for the inspiring words. Insyaallah jie akan terus kuat. Kena tabah! ;)
Ingatkan nak balik awal, tapi rasa cepat je masa berlalu. Dah hampir pukul 5 petang. Sekali lagi ke surau untuk solat asar. Dalam surau pun ambil gambar lagi. Lepas tu saya ajak kak atiqah masuk bilik air ambil gambar depan cermin. Hehe...:P
Dah pukul 6 petang baru kami berpisah. Itupun ada je lagi benda yang nak dibualkan. Macam tak nak berganjak je.
“Tak balik la kita macam ni.” Kak atiqah bersuara.
“Ok, ok..dah, jom balik!” saya pun dah banyak kali tengok jam sebenarnya.
"Jangan sedih-sedih ye, kak. Kalau rindu miskol je. Lain kali jumpa lagi insyaallah. Nanti belanja lagi ye." sambil memeluknya.
"Insyaallah."
“Terima kasih sebab jadi kakak jie.”
“Terima kasih juga sebab jadi adik akak.” Dia membalas.
Dan kami pun berpisah. Saya ke kaunter LRT, kak atiqah ke kaunter komuter. Hampir pukul 7 sampai di terminal putra. Masa sampai di bilik dah masuk waktu maghrib. Disebabkan masih tak berapa sihat, sangatlah penat seluruh badan. Rasa macam gi panjat bukit pula, padahal jalan-jalan je pun.
Seronok dapat kenal akak, jumpa akak, dan habiskan masa dengan akak. Thank you for everything. :)
Monday, January 24, 2011
Temu janji dengan si dia..:)
Bermula dengan chatting di YM.
"Kak, jie dah sampai kat KL sentral." saya mesej sebelum keluar dari LRT.
"Adik akak kan, kalau dia keluar makan dengan akak, mesti dia cakap, "aku suka tengok orang-orang yang tengok kau makan, macam jakun," dia akan perhatikan orang-orang yang tengok akak makan." k.atiqah bercerita. Saya tergelak. Biarlah diorang nak tengok. Kita makan masuk mulut jugak, bukan masuk hidung pun. :P
"Akak, bila kita nak dating ni?"
"A ah la, bila ye..."
"Jie cuti next week, mid-break seminggu."
"Kalau macam tu, kita jumpa lepas jie cuti boleh?"
"Ok."
Tak lama kemudian...
"Kak, kita jumpa weekend ni terus jelah nak? Lambat sangat la lepas cuti."
"Hehe...akak pun fikir gitu jugak."
Maka temu janji kami diaturkan, jumpa hari sabtu K.atiqah cadangkan untuk bertemu di KL sentral, katanya dah biasa jumpa kawan di situ, sambil makan kat secret recipe. Wah, nak belanja secret recipe la pulak. Dah lama tak makan ni. Best2! ^_^
Saya tak berapa sihat sebenarnya, asyik batuk tak berhenti dan selesema. Malam tu, sebelum tidur dah minum soluble yang dilarutkan dalam air.
"Kak, doakan jie sihat esok ye..." sms dihantar.
Pagi tu minum lagi sekali, tapi macam tak berkesan langsung pun. Virus selesema ni lagi kuat dari soluble tu kot. Huhu...
Keluar dari bilik lebih kurang jam 9.45 pagi, kemudian tunggu bas dalam 10 minit. Naik LRT setengah jam dari terminal putra ke KL sentral. K.atiqah dah keluar rumah awal-awal sebab naik komuter dari seremban.
"Akak pun dah sampai, baru nak keluar dari komuter ni." dia membalas.
Alhamdulillah, elok-elok je sampai sekali. Tak sangka kami berdua tiba serentak. Tak payah saling menunggu. Dari jauh saya nampak k.atiqah. Tersenyum. Bila lalu depan dia saya cuma menjeling dan jalan straight. Konon tak kenal la. Saja nak test k.atiqah cam saya tak. Sebab waktu tu pakai niqab arab yang warna hitam, memang nampak mata je, dahi pun tutup.
"Jie." kak atiqah pandang saya. Saya dah tergelak masa tu. Cam jugak rupanya ye? Hehe...saja nak kenakan akak. Ini kali kedua kami bertemu. Kali pertama masa dia datang UIA cuma berborak sekejap.
"Kenal jugak akak ye? Ingatkan tak cam. Saja je pakai macam ni, sebab nak bagi akak jeles!" k.atiqah dah lama nak niqab arab macam yang saya pakai. So, baik saya pakai masa date dengan dia. :P
"Jie tak sihat lagi ni tau tak, tapi sebab nak jumpa akak...sanggup jugak datang. Mesti akak terharu kan? Kan? Kan?"
"Sabar jelah budak ni..." dia tergelak. Kami berborak sambil berjalan. Destinasi pertama, secret recipe. Tempat tujuan untuk breakfast. Lepas pilih kek, nak pilih tempat duduk pulak. Tak ada kawasan terlindung la pulak, memang open tempat tu. So tak boleh buka niqab. Aci selak jelah nak masuk dalam mulut. Nasib baik kek je.
"Nah, hadiah untuk akak." saya menghulurkan plastik kecil berisi niqab, sama macam yang saya pakai. Rupanya k.atiqah pun ada hadiah untuk saya. Dahla belanja makan, bagi hadiah pula tu. Ok, terharu. :)
"Nah, hadiah untuk akak." saya menghulurkan plastik kecil berisi niqab, sama macam yang saya pakai. Rupanya k.atiqah pun ada hadiah untuk saya. Dahla belanja makan, bagi hadiah pula tu. Ok, terharu. :)
~terima kasih untuk ini..:) ~
"Adik akak kan, kalau dia keluar makan dengan akak, mesti dia cakap, "aku suka tengok orang-orang yang tengok kau makan, macam jakun," dia akan perhatikan orang-orang yang tengok akak makan." k.atiqah bercerita. Saya tergelak. Biarlah diorang nak tengok. Kita makan masuk mulut jugak, bukan masuk hidung pun. :P
Tiba-tiba zafirah call. Sahabat facebook, dah pernah jumpa dan keluar sekali.
Zafirah: Akak dah tutup facebook ye?
Saya: A ah, dah deactivate. Nanti akan activate balik kot, tapi tak tau lagi bila. Tengoklah. Kenapa?
Zafirah: K.syida tanya tadi, tengok facebook akak dah takde.
Saya: Ala, still boleh contact kan...ym ada, sms pun boleh.
Borak-borak lebih kurang 10 minit, kesian k.atiqah..huhu.. Lepas tu, nur pula yang call. Kak atiqah menghabiskan saki baki kek di dalam piringnya.
Nur: Ooo...melepak ae?
Saya: Ha? Fira report kat nur ke? Dia baru je call akak tadi. Dia call nur jugak?
Nur: Taklah, dia mesej je.
Saya: Ooo, ingatkan dia call. Akak bagitau dia akak ada kat KL sentral ni, jumpa k.atiqah.
Nur: Bestnya dia makan kat secret recipe. Akak, lepas ni jangan mengada-ngada nak ambil gambar.
Saya: Oh, itu mesti! (terus memotong)
Nur: Lepas tu jangan nak sibuk update blog pulak, letak gambar semua tu.
Saya: Confirm, kena update blog!
Nur: Lepas tu saja nak bagi orang jeles pulak.
Saya: Mesti dah! Nanti akak tulis, nur sila jeles! (sambil gelak)
Nur: Akak....!
Best dapat kenakan adik saya ni. Kak atiqah cuma memandang. Lain kali kena keluar semua sekali ramai-ramai. Nur dengan fira belum jumpa k.atiqah lagi.
Saya: Nur tau tak, akak dengan k.atiqah, kitorang belum tengok muka masing-masing lagi. Padahal duk berbual lama dah ni.
Nur: Ha? Takpe2, tengok gambar IC, tak pun tunjuk kad matrik.
Adui buat lawak pula adik yang seorang ni. Sebelum ni memang saya ajak nur untuk keluar sekali, tapi dia ada kelas, tak boleh nak ikut.
"Tiba-tiba ramai pula yang call hari ni. Diorang kirim salam kat akak." selepas menamatkan perbualan dengan nur. Saya menghabiskan kek yang berbaki.
Lama sangat duduk situ. Lebih kurang sejam setengah. Macam-macam perkara yang dibualkan. Zohor lambat lagi. Takpelah, jalan-jalan dulu. Walaupun saya sebenarnya risau takut k.atiqah tak larat, kaki belum kuat lepas accident hari tu. Tapi dia asyik cakap, "Insyaallah boleh."
Bukan boleh percaya sangat kat akak ni, asyik perasan 'macho' je. =_='
Masuk kedai buku, tengok-tengok je, tak beli pun. Tengok barang-barang yang dijual, belek-belek beg, jam, baju. Semuanya cuma tengok je. Hehe.
"So, kita nak ke mana pulak ni? Surau?" waktu tu dah zohor.
"Jom."
"Ha, lepas ni boleh la tengok muka kita kan!" macam kelakar pulak. Dah berjam-jam bercerita, makan dan jalan-jalan tapi belum tengok muka lagi. Sabar jelah. K.atiqah gelak je bila saya cakap macam tu.
“Akak tak cantik pun.”
“Ala akak ni, jie pun tak cantik la, comel je..” perasan!
"Biasanya kalau keluar jalan-jalan jie memang tak pernah pakai tudung hitam pun. Tak nak orang nampak syadid sangat. Tapi dah pakai niqab ni, kena la pakai tudung hitam. Tu yang pakai t-shirt dengan skirt, tak pakai jubah." lagipun rasa secure sikit bila berlagak 'macho' ni. Pinjam ayat akak jap, hehe.
"Mula-mula kan, akak ingat jie ni lemah-lembut, ayu, sopan-santun, sensitif...sekali bila dah jumpa, huru-hara rupanya. Sabar jelah." itu juga ayat yang k.atiqah cakap masa mula-mula jumpa. Ha, jangan tak tau. Jie ni ayu bertempat, tau. Dengan akak takpe nak jadi 'ganas' sikit, 'macho' sikit, huru-hara ke apa ke...tak payah penat-penat nak control ayu. :P
Sunday, January 23, 2011
Thursday, January 20, 2011
Hebatnya kuasa istikharah.
(( كان يعلّمنا الاستخارة في الأمور كلّها))
Maksudnya : Adalah dia (Nabi s.a.w.) mengajar kami beristikharah dalam semua perkara
(Riwayat Tirmizi)
(Riwayat Tirmizi)
Bukan mahu mengulas, sekadar ingin bercerita.
Gembira bila dapat menggembirakan orang lain. ( ◕‿◕ )
Buku ini saya beli dua. Satu untuk saya, satu hadiah untuk mira, ex-roommate. Birthday mira dah lama sebenarnya, tapi baru berkesempatan untuk bagi hadiah. Best kan dapat hadiah? Bagi hadiah kat orang pun best jugak tau!
Semasa saya ke bilik mira, jihan yang buka pintu. Jihan pun ex-roommate saya sebelum ni.
"Tolong bagi buku ni kat mira." pinta saya saya sambil menghulurkan buku tersebut.
"Mira? Ok." Jihan menyambut.
Saya kembali ke bilik di level 3. Bilik kami berhadapan, cuma biliknya berada di level 2.
"Salam, kak jie. Terima kasih bagi hadiah. Datang senyap-senyap ae..." saya tersenyum membaca mesej mira.
"Mana ada senyap-senyap. Dah ketuk pintu la tadi. Dah lama nak bagi sebenarnya, maaflah lambat, tak berbalut pula tu..huhu.." reply.
"Eh, takpe. Buat susah-susah je. Terharu, hehe... Lepas ni ada la buku baru buat teman tidur. :) "
"Ha, baguslah tu. Dapat petunjuk terus dalam mimpi nanti..:P " saya mengusik.
Kenapa buku ini?
Dah lama teringin nak beli, tapi tak beli-beli juga. Banyak sangat pasal istikharah, tak tau nak pilih mana satu. Baru pilih buku, dah konfius. Dah start baca dan sudah sampai separuh, ada sesiapa yang nak pinjam? :)
Sebelum ni, selalu juga tanya pandangan sahabat-sahabat tentang sesuatu perkara. Ada ketikanya, kalau ada orang tanya saya tentang sesuatu yang saya tak dapat bagi jawapan, saya akan panjangkan kepada sahabat-sahabat lain. Tak salah untuk berkongsi.
Ini antara jawapan dan pandangan sahabat-sahabat saya bila ditanya tentang membuat sesuatu keputusan.
"Guna fatwa hati, tawakkal kak, sebab hati yang dipandu iman akan tenang dengan perkara yang baik dan gelisah dengan perkara yang sebaliknya. Wallahu a'lam."
"Pendapat saya kan, mula-mula kaji baik buruknya setiap pilihan tu. Sambil solat hajat supaya dapat pilihan yang tepat, dan solat istikharah agar dipandu pilihan kita. Bila hati dah rasa agak tenang dengan mana-mana pilihan, solat hajat banyak-banyak agar itulah pilihan yang terbaik untuk kita, dan kita kuat menghadapinya, serta tawakkal lah, serah kat Allah the rest. :) "
"Akak bagi pandangan ikut pengalaman la ye. Of course pertamanya minta doa, supaya Allah bagi petunjuk di samping solat istikharah. Akak juga biasanya akan tanya pendapat family, sahabat-sahabat dan orang di sekeliling yang dah berkecimpung atau terlibat dengan pilihan yang kita nak buat. Then kita buat timbang tara before decide the final answer."
"Istikharah sampai yakin. Selagi tak yakin istikharah lagi. Berbeza bila keputusan tu dari Allah. Cuba jie baca buku tentang istikharah."
Semoga manfaatnya dapat dikongsi bersama. Sekadar copy paste buah fikiran sahabat-sahabat. Sedikit info berkenaan buku ini.
"Hebatnya Kuasa Istikharah merungkai segala kekeliruan, salah tanggap dan persoalan yang melingkari konsep solat Istikharah. Buku ini membantu dalam memberi kefahaman yang tepat dan jelas menerusi dimensi yang lebih menyeluruh, sekaligus memimpin kita memanfaatkan solat Istikharah dengan efektif.
Hebatnya Kuasa Istikharah juga mengadun aspek ikhtiar manusia dalam membuat keputusan dan memilih tindakan berdasarkan ketetapan Ilahi. Semoga kita kekal optimis dan sentiasa percaya kepada hikmah atas segala kejadian."
Wednesday, January 19, 2011
~♥~ Ujian hati ~♥~
Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda bahawa Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingatkan kita dalam usaha kita mengingatkan orang lain!
-Ustaz Pahrol Md Juoi.
"Kalau lah hati ni boleh ditukar..." saya mengadu.
"Hati tak boleh ditukar, dik..tapi boleh dibersihkan. Ambil wudhu', dan terus menghadap Allah..."
"Ya Allah, Kau tahu aku tak mampu, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi perkara ini.."
"Sebaik-baik pertolongan sebenarnya adalah dari Allah. Semua ujian yang Allah beri, sebenarnya tujuan DIA satu je dik, Allah nak kita dekat dengan DIA. Dekatkanlah diri jie pada DIA..banyak-banyak munajat pada DIA. Akak cuma boleh ingatkan jie apa yang jie terlupa tapi selebihnya, jie yg kena kuat mujahadah. Nak dapatkan cinta Allah, bukan boleh bertolong dik, jie sendiri kena buat. Akak cuma bagi direction je."
Memang benar. Saya perlu tolong diri sendiri. Tiada siapa yang boleh bantu melainkan diri sendiri. Nak harapkan orang doa untuk kita, boleh. Tapi kalau kita sendiri tidak berdoa, apa gunanya?
"Tapi kerja sekolah siapa yang buat murid-murid? Jie lah yang buat. Nampak? Sebab tu akak kata, akak tak boleh nak masuk campur tadi. Jie yang kena kuat mujahadah. Yang akak boleh buat, bila jie buat macam ni, jie tanya kat akak, "macam ni ke?"
"Kalau salah, akak bagitau. Kalau betul, jie boleh hantar terus kerja rumah tu. Insya Allah, kalau jie nak bertanya apa-apa kat akak, insya Allah akak cuba bantu apa yang patut. Takpe..yang penting, jie kena terus berjalan dan tersenyumlah..kerana senyuman tu lah menjadikan jie bahagia dengan ujian Allah."
Terasa banyak sangat tompok-tompok hitam yang melekat. Makin lama, makin tebal, cuma tak dapat dilihat. Andai hati mampu dibersihkan umpama mencuci kain, pasti akan saya sental habis-habisan! T_T
"Allah nak seimbangkan perasaan kita. Kalau sebelum ni jie dah selalu gembira, seronok, sekali-sekala Dia bagi perasaan sedih pula. Rasa terluka, sakit, semua tu ujian, dik. Kifarah dosa-dosa yang lalu."
~Muhasabah lagi untuk diriku.~
♥ Ingin bernafas dalam cinta-Nya.
♥ Kerana hati ini milik Dia.
♥ Moga Allah redha.
♥ Moga Allah redha.
Subscribe to:
Posts (Atom)