Ada seorang adik ni, dia cakap nak copy gambar-gambar yang saya letak dalam fb. Ada berapa album entah, saya pun tak ingat. Gambar yang 'comey-comey'. Kalau ada kawan-kawan tag gambar kat fb, saya biarkan dulu, dah lama sikit baru saya remove tag. Ada yang faham dan tidak menge'tag' saya. Hehe.
Sebelum ni pernah upload gambar kat picasa, tapi masa tu cuma try and error, tak tau apa benda tu. Cek balik, ada la beberapa gambar yang pernah diupload 3 tahun lepas. Lepas tu tinggal macam tu je. Huhu...(tak reti)
Hari tu ada tengok gambar-gambar zini dekat album picasa. Patutlah zini cakap tak payah attach kat emel satu-satu (pernah send gambar program nisa' through emel), upload je kat picasa kan senang. Sorry la, jie ni agak ketinggalan sikit. :">
Beberapa hari lepas baru upload macam-macam gambar, create album baru. Baaaanyak sangat. Gambar-gambar yang saya upload kat fb sebelum ni, dan gambar-gambar lain jugak. Kebanyakannya memang koleksi yang ada dalam laptop. Sama ada ambil dengan kawan atau search kat internet. Dan juga sumber yang tak dapat dikenalpasti, mana entah dapat gambar-gambar tu. Saya memang suka simpan gambar-gambar comel macam ni. :D
Ini koleksi buku saya. Ada lagi yang tak ada dalam gambar. Dan tak semua yang sudah habis dibaca. Yang dah khatam pun kena baca balik kot. -_-" Setiap bulan, saya HARUS beli majalah solusi. Walaupun agak 'kering', tapi rasa tak best kalau tak beli. Dah jadi bahan bacaan tetap saya, walaupun lambat nak habis baca. Keluar edisi baru, terus beli. ^_^
Saya pun tak pasti apa lagi function album kat picasa ni. Setakat yang saya tengok, nak komen boleh, tapi nak tag tak boleh kot. Tak taula. Sesiapa yang nak copy, silakan je. Boleh klik di sini untuk melihat gambar-gambar yang ada. Setakat ni ada dalam 40 album, dah letak link kat bahagian kiri blog. Dan ini album photobucket saya. Tak tau dah berapa lama tak buka, apatah lagi upload gambar-gambar baru. Huhu..
Oh, ya. Biasanya kalau orang tanya saya tentang 'muslimah dan gambar', saya akan jawab, "Saya bukan jenis yang tak boleh letak gambar langsung (tapi kalau boleh elakkan lagi baik), tapi saya sangat menghormati pendapat orang yang bagi dia muslimat tak boleh letak gambar langsung sama ada di fb, blog, etc." Sorry la kalau ayat ni agak berbelit-belit sikit. :P
Tak semua orang fikir macam apa yang kita fikir. Kita pun tak fikir sama macam orang lain fikir. Jadi, raikan perbezaan dan jangan cepat menghukum orang. Saya pun tak perfect la...:)
P/s: Alangkah best nye kalau ada DSLR...kan3? *berangan*
"The BEST and most BEAUTIFUL things in the world cannot be seen, nor touched ...BUT...are felt in the HEART"
~Hellen Keller~


No comments:
Post a Comment