Followers

Friday, March 11, 2011

Kita sendiri yang pilih.

Sukarkah membuat pilihan? Kena tengok jugak, pilihan apakah yang hendak dibuat. Jeng, jeng, jeng...:P

Bercakap tentang pilihan ni, semuanya berbalik pada diri kita. Mungkin orang lain boleh memberi pandangan untuk kita buat atau pilih sesuatu, atau mungkin kawan-kawan akan mempengaruhi kita, tapi akhirnya tetap berbalik pada diri sendiri juga.

Bak kata Hlovate dalam novelnya (tajuk 'versus' kalau tak silap, tak ingat).

"Live well or live hell. 
You choose. 
Your choice."



Saya tengok memang banyak majlis ilmu yang ada di UIA ni. Boleh dikatakan memang sentiasa penuh dengan program. Lepas habis 'ummatic week' ada 'al-quds week' pula. Macam-macam. Cuma pilih je nak pergi yang mana satu, dan pilih sama ada mahu pergi atau tidak.

Saya rasa memang rugi lah kalau tak pergi majlis-majlis ilmu macam ni. Dalam UIA je pun, free pulak tu, cuma perlu luangkan sedikit masa saja. Kecuali lah kalau ada masyaqqah, atau hal yang tak dapat dielakkan, ataupun ada discussion, meeting, etc. Biasanya talk, forum, atau ceramah diadakan pada waktu malam.

Minggu lepas ada talk "dean list atau deen list" oleh ustaz hasrizal, sampai tak cukup kerusi dekat ADM LT3. Nak kejar kejayaan di dunia atau di akhirat?  Pendek kata, dua-dua penting, dua-dua kena seiring.

Malam berikutnya ada book review "mukmin professional" oleh ustaz pahrol. Nama pun book review, bedah buku, ustaz ulas tentang buku tulisan beliau. Memang sangat best. Saya belum ada lagi buku tu, akan diusahakan untuk memilikinya insyaallah. Makin banyak benda yang kita tau, rasa makin banyak benda yang kita tak tau.

Lepas tu ada interfaith dialogue antara kristian, hindu, buddha dan islam (bro shah kirit). Sebesar-besar main audi tu pun memang tak muat jugak. Brothers ramai yang berdiri di belakang, sisters pulak ramai yang duduk dekat tangga dalam main audi. Itu yang saya nampaklah. Lagipun ramai juga orang luar yang datang. Jadi rugilah kalau student UIA pun tak nak pergi.

Minggu ni ada public debate tentang "3rd gender" di moot court AIKOL. Tajuk penuhnya "It's time for Malaysia to recognize 3rd gender". Oh, tidak! Debat cuma satu round je, tapi tetap best. Terpegun saya tengok debaters berdebat dengan gaya masing-masing.

3rd gender ni neither a male nor a female, di tengah-tengah la maknanya. Huhu. Konklusinya memang tak boleh recognize "mereka" ni, sebab menyalahi syari'at. Debat ni tamat agak awal, dalam pukul 10 lebih. Then, bergerak ke mini audi. Ada kuliyah sirah oleh ustaz syaari. Sempat duduk sana dalam setengah jam.

Memang panjang kalau nak cerita satu-satu. Lagipun saya ni bukannya reti sangat nak explain. Jadi, kalau rasa ada kelapangan tu, sama-samalah kita isi masa dengan menghadiri mana-mana majlis ilmu yang ada.

Hari selasa minggu kedua ada talaqi ustaz muhadir di surau engineering, jumaat pula kuliyah habib ali, juga di tempat yang sama. Setakat ni kalau tiada sebarang masyaqqah, saya cuba mengistiqamahkan diri untuk hadir. (sedar diri takde ilmu kena la cari kan)

Seronok dapat pergi talaqi atau kuliyah agama ni. Salah satu cara nak jaga hati dan tak nak bagi lalai, maka sibukkanlah diri dengan perkara-perkara macam ni.

Nanti dah cuti lama mesti rindu kat UIA... Dan rindu juga nak menadah kitab di pondok sebenarnya. Mungkin boleh isi masa cuti nanti. Insyaallah. Ustaz rahim kata ada permintaan untuk buat program pengajian di pondok masa cuti semester (yang sangat lama) nanti. :)


Sabda Rasulullah S.A.W: 

"Barangsiapa yang berjalan bagi mendapatkan ilmu, nescaya akan dipermudahkan oleh Allah jalan menuju ke syurga". 
(H.R Abu Daud dan Ibn Majah, hadis hasan)

No comments: