"Dan Dialah yang mengangkat darjat sebahagian antara kamu di atas yang lain,untuk mengujimu atas kurniaan yang diberikanNya kepadamu"
Membaca blog dua orang adik saya, hamidi dan izzat, membuatkan saya terkedu seketika. Kehilangan barang-barang yang berharga memang menyakitkan, walaupun boleh dicari ganti. Tapi sebagai pelajar, nilai yang sedikit itu tidak sedikit. Apatah lagi barang keperluan, yang perlu digunakan sehari-hari. Resah usah dikata.Saya pernah ada pengalaman ini. Sewaktu di matrik, 1st year, 1st semester. Baru balik dari program Young Leadership Training MC HUSS (Human Sciences Students Society). Malam tu tunggu abang datang jemput di mahallah untuk ke hentian putra, (naik bas balik kampung) bersama seorang kawan. Nak dijadikan cerita, handset dicuri, lesap dalam sekelip mata. Berlaku di mahallah. Padahal waktu tu ramai yang dah balik, hampir tiada orang. Sunyi.
Pertama kali menggunakan handset sewaktu melangkah ke matrik. That was my very first handphone.
Saya agak terkejut, bercampur resah. Tapi tidaklah sampai menangis atau menyumpah seranah. Cuma diam. Terdiam sebenarnya, redha dalam terpaksa. Sebaliknya, kawan saya pula yang lebih-lebih mengutuk si pencuri, macam-macam dia maki-hamun. Handset siapa yang kena curi sebenarnya ni? Huhu.
Sebelum ini membaca blog k.nony, kisahnya lebih memeranjatkan. Tabahnya sahabat-sahabat yang diuji dengan kehilangan sebegini.
Juga ada seorang sahabat yang diuji dengan masalah hati dan masalah kesihatan. Hampir putus asa, hampir kehilangan arah. Saya tidak mampu membantu apa-apa selain memberi sedikit sokongan moral dan kata-kata semangat. Allah pilih awak sebab dia tau awak mampu hadapinya, mungkin kalau saya berada di tempat awak saya takkan sekuat awak. Sabar ye. Semoga terus tabah!
Saya tidak tahu bagaimana keadaannya jika saya berada di tempat mereka. Apatah lagi jika kehilangan orang-orang yang tersayang. Tak mampu untuk dibayangkan! Pemergian arwah k.hajar 3 tahun lepas dan pemergian arwah nenek 2 tahun lepas cukup menyesakkan nafas dan melumpuhkan semangat. Allah...
Namun, percaturan Allah adalah yang terbaik. Allah nak latih kita sabar, Allah nak uji kita, Allah nak ganti dengan yang lebih baik. Yakinlah. Ya saya tau, cakap memang senang. Hanya orang yang melaluinya yang merasa dan memahami. Tapi anggaplah ini didikan secara tak langsung dari Allah, ini adalah tarbiyyah dari Allah. Terima segalanya dengan redha dan ikhlas.
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
(Surah al-Insyirah: Ayat 5-6)
(Surah al-Insyirah: Ayat 5-6)
"Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…."
(Surah Al-Baqarah : Ayat 286)
(Surah Al-Baqarah : Ayat 286)


1 comment:
Tidaklah Allah menguji melainkan kerana sayang-Nya dan mahu orang itu dekat dengan-Nya..
Post a Comment