"Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah..."
Followers
Wednesday, March 2, 2011
Sesuatu...
Setiap hari kita memang tak lepas dari melakukan dosa. Sama ada sedar atau tidak, sama ada sengaja atau tidak. Sebab itu kita kena sentiasa beristighfar.
Pernah tak rasa 'kosong' je sepanjang hari?
Pernah tak rasa gelisah je sepanjang hari?
Rasa serba tak kena.
Orang tak buat salah pun, kita marah.
Mesti ada kan?
Apa yang saya buat hari ni ye...
Sebelum maghrib tadi, iron niqab. Seterika panas sangat. Terbakar, berlubang. Allah... Satu-satunya niqab hitam, pemberian kak ibah. Nasib baik cuma sikit, dan ada dua lapisan. Masih boleh dipakai.
Singgah di bilik adah, makan dan solat maghrib. Sedang solat, terpijak skirt yang dipakai semasa hendak rukuk. Lepas solat tengok, rupanya terkoyak sedikit. Allah... Pinjam jarum dan benang adah, jahit masa tu jugak.
Kenapa ye? Terfikir, ada sesuatu yang Allah nak tegur mungkin?
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment