"Alamak, nangis ke?" dia bertanya, dan saya cuma diam. Mesti awak kelam-kabut kan? Sori ye, awak.
Lepas tu macam-macam dia cerita.
"Awak nak tau tak..." the story begin.
Mungkin sebab nak pujuk saya, mungkin sebab nak tenangkan hati saya, mungkin sebab nak pulihkan semangat saya. Ok, saya agak stress. Memang stress sebenarnya, yang menekan jiwa. Disebabkan oleh beberapa faktor yang menyebabkan saya rasa hampir berputus asa.
Saya menangis dan terus menangis. Lama. Dan dia terus bercakap dan bercakap. Sampai habis modal nak cerita.
"Boleh tak kalau saya kata saya dah berputus asa?" soalan yang tak patut saya tanya sebenarnya.
"Tarik nafas, selawat, lepas..." beberapa kali dia mengulang ayat tu.
"Ada masalah apa sampai menangis macam ni?"
Saya menarik nafas seketika. Kemudian bercerita, berkongsi apa yang saya rasa. Sharing benda yang tak best pun, kesian awak. :P
"Pernah tak awak senaraikan semua masalah yang awak hadapi dalam satu kertas? Dari sekecil-kecil masalah hinggalah sebesar-besar masalah."
"Em..tak semua."
"Cuba awak buat macam tu. Walaupun ada lagi masalah-masalah lain, tapi bila dah kurang, awak akan rasa lega. Lagi satu, bandingkan masalah kita dengan orang lain. Cuba fikir, ada lagi orang lain yang hadapi benda yang lebih berat dari awak."
Agaknya sebab dah lama pendam, tiba-tiba 'meletup', dan awak jadi mangsanya. :P Nak dekat exam ni macam-macam hal pulak yang jadi. Terima kasih sebab sudi mendengar.
"Ada pape lagi nak pesan? Nak cakap jangan nangis ke?" saya bertanya lagi sebelum menamatkan perbualan.
"A'ah jangan menangis. Eh, tak boleh. Kena menangis. Jangan pendam." nak tergelak pulak bila dia cakap macam tu. Kena menangis ye? Hehe.
Banyak yang saya kena muhasabah balik ni. Kawal emosi, that's right. "Turning point", saya ingat tu...masih, sedang, dan akan terus mencarinya.
Terima kasih sebab banyak 'membebel' semalam. Hampir dua jam. Dan saya tak mampu nak tulis semuanya di sini. Apapun, saya sangat menghargainya.
Saya ada ALLAH! Dan DIA adalah sebaik-baik tempat mengadu.
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”.
(Surah Al-Zumar: Ayat 53)


1 comment:
Sesekali bila melihat perkataan berputus asa..akak selalu teringat satu firman Allah..DIA melarang kita berputus asa..(~_^)..
Ada kenimatan dariNYA yang menunggu adek di sana..
Jadi, berusaha!!!
Post a Comment