Setelah berbincang, akhirnya jadi juga perancangan kami untuk keluar bersama. Berjalan-jalan, makan-makan, dan menziarahi sahabat yang lain. Susah betul nak contact puan insyirah, banyak kali call tidak berjawab, juga tidak berkesempatan untuk ketemu.
Syira dah balik cameron highland, jadi tak dapatlah nak tengok bakal ibu muda yang sedang berbadan dua. Nak tengok dah makin tembam ke tak. :P Mungkin jumpa pada masa akan datang, bersama baby yang bakal menjengah dunia, terus jumpa umi-umi angkatnya sekali. Ops, perasan pulak! Syira tak kisah kan? Lalala~
Seperti sebelumnya, syida yang memandu. She's the only one yang ada kenderaan. Datang UIA ambil saya di mahallah sebelum menjemput nur di kolej anggerik UiTM shah alam. Pertama kali saya sampai di UiTM. Ada je sahabat-sahabat lain di sana cuma belum berpeluang untuk melawat. Lepas tu singgah di rumah mashie, area UiTM shah alam juga, ingatkan rumah family, rupanya sewa bilik dengan kawannya.
Memandangkan baru saja masuk waktu asar, maka kami bertiga turun solat dahulu. Alhamdulillah semua sudah ada wudhu', jadi cuma turun dan terus solat.
"Boleh tak kat rumah fira nanti akak nak suruh dia pakai balik baju pengantin lepas tu ambil gambar?" saja tanya soalan tu.
"Kenapa pulak?" soalan yang dibalas soalan.
"Sebab akak takde masa dia kahwin hari tu. Mana aci korang je yang ambil gambar dengan dia. Nak jugak." saya jeles sebenarnya. Tak puas hati tak ada gambar dengan fira. :P
"Nanti kitorang edit gambar akak letak kat gambar kahwin fira ye." Nur saja nak kenakan saya.
Destinasi seterusnya, ke rumah pengantin baru di puchong. Memang kecoh budak-budak ni. Nur dan syida dah mesra dengan umi fira nampaknya. Umi fira sangatlah peramah, dan kecoh juga. Hehe. Saya dan mashie je yang senyap sikit. Kita memang sopan kan, mashie kan? :P
Terima kasih fira sebab masakkan spageti untuk kami. Memang tengah lapar masa tu. Lagipun fira dah bagitau awal-awal nak masak. Ada orang tu sampai 3 kali tambah. Sedap sangat kot fira masak. Ke sebab lapar sangat? Lepas ni bolehlah pergi makan lagi kan...
Sebelum balik, kami bergambar depan rumah fira. Lepas tu saya cakap dengan umi,
"Umi, boleh tak nak kidnap fira?" boleh pulak bagitau umi macam tu. Umi tak kisah pun. Tapi...
"Ala lupa pulak, fira kan dah kahwin. Mana boleh mintak izin umi lagi dah, kena mintak izin suami dia." tak jadi la kidnap fira. Yang lain-lain gelak je.
Destinasi utama ke masjid wilayah untuk sesi fotografi. Tapi dah gelap pun. Sebab masa kami sampai dah masuk waktu maghrib, jadi terus solat. Makanya, aktiviti berDSLR dimulakan selepas solat. To syida, mashie dan nur, kalau nak upload gambar kat fb tu sila 'tapis' habis-habisan. Maklumlah macam-macam gaya ada. Romantik habis. Yela, orang tu kan dah tak lama dah, so dia practice la dulu kan. ^_~
Lepas tu syida bawa kami ke 'Ice Room'. Sedapnya aiskrim! Tempatnya pun cantik, hijau. I love green! Puan syira kalau nak jeles amat dialu-alukan. :P
Sesuatu yang agak tragis telah berlaku sebenarnya. Semasa kami sedang menikmati asikrim, tiba-tiba....sepinggan nasi telah tumpah ke atas syida. Err, separuh je kan? Adui, tabah jelah. Syida kata sebab timun tu keras sangat, pinggan terbalik (masa nak potong timun) dan nasi dalam pinggan tu pun selamat 'menjunam' ke atas riba (jubah) syida. Jadi lantai masih bersih, harap maklum. Hee~
Lama betul syida memandu, dari pagi sampai malam. Lepas hantar saya balik UIA, hantar nur dan mashie balik shah alam pula. Mesti penat kan? Terima kasih sangat-sangat sebab luangkan masa bersama. Sekurang-kurangnya dapat hilangkan sedikit tension dengan berjalan-jalan. Emosi yang sentiasa berubah-ubah. -_-"
Lain kali kita date lagi ye? Tolak fira dan syira je, yang lain-lain still single. Nanti bolehlah ajak k.atiqah pula. Kalau semua dah kahwin, cari kawan baru yang belum kahwin. Mesti ada yang nak join nanti. Sayang semua! v(^_^)v
~gambar walimah toiyibah zafirah~
"UKHUWWAH yang dimaksudkan ialah HATI dan JIWA terikat dengan IKATAN AQIDAH.
Aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan bernilai.
Ukhuwwah adalah saudara iman, manakala perpecahan pula adalah saudara kekufuran.
Kekuatan yang paling kuat ialah kekuatan kesatuan.
Tiada kesatuan tanpa kasih sayang.
Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati terhadap saudara seislam, dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain dari diri sendiri)".
Aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan bernilai.
Ukhuwwah adalah saudara iman, manakala perpecahan pula adalah saudara kekufuran.
Kekuatan yang paling kuat ialah kekuatan kesatuan.
Tiada kesatuan tanpa kasih sayang.
Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati terhadap saudara seislam, dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain dari diri sendiri)".
(Hassan al-Banna)





13 comments:
Salam Kak Jie.
Insya Allah, nanti datang umah syira lah pula... :)
Salam dik..
Insya Allah..nanti kita set date ea..hi3..
insyirah,
w'slm adik cyg. :D
haruslah!
syira kena la masak sedap2..^_~
k.atiqah,
w'slm akak cyg, :D
insyaallah.
dah lama xmakan secret recipe ni..hehe
Salam~
Eh, pegi Puchong x singgah rumah pun~ Lain kali "merayap" lagi, singgah lah rumah~ :D
Er masak sedap-sedap?
Kalau masak x sedap macammana? :p
Syarat kene datang sebelum berpantang la... ^_~
zini,
w'slm puan..:P
a'ah kan, lupa plak pengantin baru yang ni pun duk kat puchong, isy3..
takpe2, still ada masa, nanti jie bawak rombongan, zini kena masak banyak2 la, minta tolong en.zauj sekali..hee~
ari 2 ada cakap dengan cik puteri semut nak ziarah pengantin baru yang tak berapa baru ni..:P tapi tak tau lagi bila.
insyaallah ada masa lapang nanti sampailah kami. dah makin tembam ke? lalala~
insyirah,
kalau masak tak sedap pun kitorang makan je. masa gi rumah fira semua tambah, ada sorang tu sampai 3x tambah..teeeetttt...:P
xtaula sempat tak nak jumpa b4 baby kuar, sebab sem ni pun dah nak habis, huhu..
ala kalau berpantang pun syira je yang tak boleh makan.
syira masak, kitorang makan, syira tengok, ok? :P
Salam kak jie.
aduhai, sabar je la ngan akak ni. memang la syira tengok je orang lain makan -yang tu takde masalah sangat- cumanya macam pantang kat cameron je. hohoho... ^_~
jumpa kt umah akak nanti ye, insyaallah..:)
hah..baru ada kesempatan wat blog walking. tehehehe.....kiut miut je ayat propaganda cik jie. haha....NANTI KITA NGEDATE LAGIIII ;p
Salam kak Jie..
rumah shira dekat je dengan Masjid yg buat walimah dik Fira.. hee
syida,
kiut ke? tgkla tuan dia..:P
ok nanti2 kita dating lagi yep! ;)
shira,
ws, dik..
ye ke..tapi akak tak tau masjid mana sebab akak tak pegi pun masa fira kawen..huhu
Post a Comment