Followers

Monday, March 14, 2011

Seharian di Shah Alam.

Mula-mula azlina cakap ada program mahallah, under BRC. Tanpa segan-silu nya saya pun nak join, padahal duduk mahallah haleemah. Rupa-rupanya nak pergi bukit cerakah. Sem lepas dah pergi under BRC haleemah, blok saya la. Disebabkan tak jadi date dengan k.yuz (tetibe plak dia ada hal..T_T) maka saya pun join program BRC maryam. Tak ramai mana pun yang pergi, dalam 20 lebih je. Banyak lagi tempat kosong dalam bas tu.

Sampai sana dalam pukul 9 pagi. Ingatkan nak naik basikal dulu, tapi tak ada kosong, jadi kami pun naik bas yang disediakan dalam tu untuk jalan-jalan. Pergi Taman Haiwan, tengok ikan, bagi makan ikan, ada burung kakak tua, iguana, landak, kuda, rusa, arnab, macam-macam. Tak payah pergi zoo pun takpe. Ada lagi tempat-tempat lain dalam tu, besar jugak la.


Baru separuh hari dah kepenatan. Penat bergambar je sebenarnya. Dah habis gaya dah nak posing. Tak tau berapa ratus gambar yang diambil. Siap panjat-panjat lagi (termasuk saya. :P), duduk bersila kat tengah-tengah jalan pun ada. Isy3.


Lepas makan tengahari baru naik basikal, dekat pukul 1 dah masa tu. Tapi best, sebab kawasan bukit. Cumanya, sangatlah penat nak kayuh naik bukit tu walaupun dah "eeeyyyaaaahhhh!" banyak kali. Huhu.. Berat sangat masa nak kayuh tu. Terpaksa turun dan heret je basikal tu, bila jalan dah stabil baru naik semula. 

Then bila patah balik tak payah kayuh dah. Basikal meluncur laju dengan sendirinya. Sangat best! Tapi gerun pun ada, sebab meluncur turun laju sangat. Terbang-terbang dah purdah ni. 'Terbang' segala stress dan masalah. ^_^


Rasa macam nak lepas dan depa dua-dua tangan. Tapi saya masih waras untuk berbuat demikian. Silap haribulan terbabas masuk dalam semak naya je. :P Setengah jam lebih kot naik basikal pusing-pusing kat kawasan tu. Puas hati. Lama sangat dah tak kayuh basikal macam ni. Teringat pulak zaman sekolah dulu naik basikal ramai-ramai. :)

Dalam pukul 2 lebih ke masjid shah alam, solat zohor di sana. Banyak la pulak orang jual jubah, tudung, minyak wangi, makanan, buku, macam-macam. Sebenarnya berkenan kat satu blouse ni, harga pun ok dah, tapi kecik la pulak, tak ada saiz lain. Mula-mula anis yang tengok, lepas tu saya, last-last nad yang beli, muat la sebab dia kecik.


Lepas sejam lebih berada di masjid, kami ke PKNS pulak. Nak ke muzium dulu sebenarnya tapi tak jadi, ramai dah kepenatan kot. Dalam bas pun sempat terlena sekejap, kira qailulah la tu.

Bila sampai, kami jalan berpecah. Dah ramai sangat, macam rombongan sekolah je gayanya. Masa masuk dalam tu, dengar macam ada ceramah, familiar sangat suara tu. Tengok-tengok ustaz akil hayy rupanya, ada forum apa entah, sempena hari wanita sedunia kalau tak silap. Tengok banner dari jauh je. Tak duduk situ pun, jalan-jalan kat tempat lain. Tapi ada yang siap ambil gambar dengan waheeda lagi.


Masuk waktu asar, cari surau pulak. Lega dapat duduk. Kesian kat kaki asyik berjalan tak berhenti. Ada jumpa budak-budak UIA lain dalam tu.

"Aku tengok budak ni macam kenal, yang tu macam kenal..macam budak UIA. Kau rupanya." Farah tegur ummi. 

"Kau buat apa kat sini?" tanya ummi.

"Aku datang ngan mak aku. Korang buat apa ramai-ramai ni?" sambil tanya, sambil salam dengan kami. Dia pun baru siap solat.

"Kitorang datang buat lawatan sambil belajar." selamba saya menjawab. :P 

Lepas solat asar cari tempat makan pulak, kena la tambah tenaga kan. Lambatnya nak tunggu pukul 8 malam, baru pukul 6 masa tu, bas datang balik lepas maghrib. Saya beli aiskrim je.


Saya jalan dengan ummi, berdua. Ummi pakai jeans dan kemeja biasa, saya pulak pakai t-shirt labuh. Of course la pakai seluar sebab pergi bukit cerakah tadi. Ummi cakap ramai asyik pandang kami. Sebab nampak kami berbeza kot. Saya dah lali dah orang asyik pandang-pandang ni. 

"Dia pandang k.jie ke pandang ummi ke pandang kita?" saya bertanya sambil jalan.

"Pandang k.jie. Tapi tak payahlah tengok sampai macam tu. Geram betul la!" ummi membebel. Saya gelak je. Sabar, sabar. :P 

"Dah dekat 5tahun kenal, ni baru 1st time keluar sama-sama kan."

"Tau takpe."

Saya kenal ummi masa mula-mula masuk matrik lagi, tengah taaruf week masa tu. Tapi sekali pun tak pernah keluar dengan budak tu. Takpelah, ada jugak rezeki nak jalan sama-sama masa ni kan.  

Destinasi seterusnya, i-city. Bateri kamera pun dah nazak dah. Memang ke sana untuk bergambar je pun. Bergambar dengan pokok-pokok yang bercahaya. 

"Kalau blackout semua ni habis la..." 

"Siang-siang mesti nothing je kan kat sini..."

Ada yang nak masuk tempat salji kat dalam. Salji ke? Entah. Tak masuk pun. Bayarannya rm25. Fikir 16 kali dulu sebelum masuk. Fikir sekali setengah pun dah boleh buat keputusan, tak masuk, huhu.. Tapi ada je yang pergi. Masing-masing berpecah. Bas datang balik pukul 10.30 malam.


Tak ada yang best sangat pun. Cuma tengok pokok-pokok yang berlampu tu jelah. Macam "kota bercahaya" je gayanya. Budak-budak memang suka la. Yang datang dengan family pun ramai, yang ber'dating' pun boleh tahan. Tapi saya rasa lagi best datang ramai-ramai dengan kawan-kawan. Mana best bergambar sorang-sorang. Lepas satu pokok ke satu pokok, habis gaya dah nak posing. Last-last berdiri statik je. :P

Masa kami nak balik macam makin ramai pulak orang yang baru datang. On the way balik ke UIA sunyi sepi je dalam bas. Masing-masing terlelap la tu. Tak tau lah dah berapa kilometer berjalan, mana tak penat. Tapi tetap tabah! Keluar jalan-jalan ni dapat hilangkan stress sebenarnya. :)

Tiba di UIA sejam kemudian, dalam 11.40 lebih kurang. Kaki ni memang lenguh sangat. Apa lagi, terus collapse la lepas tu. Tak jadi date dengan k.yuz, jadi date dengan satu rombongan pulak. Akak, sila jeles ye! :P



“Pergilah berjalan (mengembara) di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah.” 

(Surah al-An’am, ayat 11)

2 comments:

Hujjati said...

Salam..

Ni tempat nama pe ek? Kat mane? Taman pe?

sufygirl said...

Ws.

Bukit cerakah @ bukit cahaya.
Kat shah alam.
Macam2 ada dalam kawasan tu, rumah 4musim pun ada, tapi masa gi ni tengah renovate, xleh masuk la.